Hotel Review | Furama Bukit Bintang KL Sesuai Liburan Seisi Keluarga | Furama Bukit Bintang, KL terletak di lokasi tepat segitiga emas Kuala Lumpur, memang best dapat bermalam dekat hotel yang terletak disini, terutama facing atau berhadapan dengan KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Furama Bukit Bintang, Kuala Lumpur ni berada betul-betul di belakang Berjaya Times Square dan bersebelahan Mitsui Shopping La La Port KL.
Hotel ni mempunyai 27 tingkat dan keseluruhan jumlah bilik sebanyak 433 buah itu memang luas, walaupun ada part perabutnya yang kelihatan sangat outdated. Furama Bukit Bintang menawarkan 8 variasi bilik yang boleh dibuat pilihan termasuk bilik bertema iaitu Castle, Safari dan Underwater, sangat sesuai bagi yang membawa kanak-kanak agar mereka tidak bosan bila berada dalam bilik.
Pengalaman menginap di sini bagi Cikza sangat menyeronokkan sebab melangkah di lobi yang luas tu, terdapat beberapa facilities yang bersesuaian, dari awal menunggu dan sehingga mendapat kunci bilik. Jika malas nak lepak di café, Starbucks Machine turut disediakan di ruangan lobi hotel tersebut.
Taman tema Waka Waka KL
Bersesuaian hotel berkonsepkan mesra keluarga, sebuah taman permainan kanak-kanak bertema “kingdom” seluas 10,000 kaki persegi dibina di tingkat bawah hotel ini. Nasiblah Cikza ni mak budak, kalau tidak dah tak ingat suami dah, terjah terus je taman tu.
Taman tema yang difokuskan kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun ini sangat bagus untuk meransang minda, emosi dan skil sosial melalui aktiviti fizikal yang menghiburkan. Bila suami puji hotel ni mesra family, dalam kepala dah terfikir, memang mudah kalau ibu ayah nak perabih duit di Mitsui Shopping La La Port KL anak-anak boleh parking dekat Waka-Waka KL ni.
Pengalaman Menginap Di Furama Hotel, Kuala Lumpur
Kita bermula daripada bilik, setelah dapat sahaja kunci, ini disebabkan Anniversary Trip, apa yang menariknya, bilik kami suami isteri di upgrade dari bilik biasa kepada Family Room Dengan ruang tamu dan kamar berehat yang luas dan sangat menyenangkan. Kalau korang nak tahu, kamar yang Cikza dapatni Kamar seluas 90 meter persegi ini memiliki 1 kamar tidur yang terhubung dengan ruang tamu, dan ruangan menulis.
Bilik kami tersangat best tau, sebab ada wifi, meja kerja, television LCD 32″, dengan saluran satelit, Peralatan untuk membuat kopi dan the. Kamar mandi yang luas, botol air mineral, sofa dan kursi dengan pegangan samping dengan meja kopi, tempat charger internasional, pengering rambut, seterika dan papan seterika, alat penimbang.
Mineral Water Tidak Disediakan Tetapi Water Heater Disediakan
Tetapi, kalau kita pergi mana-mana hotel, akan disediakan beberapa botol mineral water, namun mineral tidak disediakan dan water heater disediakan di ruangan berhampiran lift, Cuma botol kena cari sendiri. Macam Cikza kebetulan suami ajak liburan malam, terus beli siap-siap mineral water. Secara kebetulan, di ruangan lobi turut disediakan Starbucks Coffee Machine 24 jam. Tengah malam mula hakak mencari kopi tau.
Peralatan mandi juga disediakan sangat mencukupi, bermula dari sabun, shower cap, peralatan memberus gigi, tuala muka dan badan. Cuma tempohari, sinki tu tersumbat agaknya air slowly nak turun dari sinki.
Indian Cuisine & Dining Room
Untuk makanan, Cikza dan suami tak sempat nak mencuba Dining –Room dalam bilik, berikutan suami dah booking grab untuk liburan di tengah Bukit Bintang. Pada awal nya memang teringin nak mencoba, sebab ada juga promo indian cuisine dekat sana. Kalau tengok beberapa feedback, makanan yang disediakan terbaik dan sangat baik. Kebetulan ada promosi Indian Cuisine bermula dari RM 20 dan ke atas sahaja, ada yang untuk mereka adalah vegetarian dan bukan vegetarian.
Ruangan Fasiliti Lain
Terdapat beberapa fasiliti yang lain seperti, kolam renang, ruangan gymnasium dan beberapa ruang berehat louge disediakan. Semuanya tersedia seperti fasiliti yang ada di hotel-hotel terkenal Kuala Lumpur. Rate Harga bermula dari RM195 tetapi kami memilih booking .com tapi bergantung pada peak season sahaja, waktu yang suami buat tempahan tu dapat Rm135.00 untuk satu malam. Murah sangat tu. Keseluruhan pengalaman menginap disini sangat berpuas hati dan akan repeat lagi trip akan datang, Cuma bilik dah boleh upgrade agar Nampak lagi ceria.
Berkonsepkan mesra famili dan pelanggan, yang terbaiknya hotel ini turut menyediakan kemudahan Check out atau Check in bagi mereka yang menginap disitu. Khas untuk kelainan upaya, turut disediakan ruangan parkir dan ruangan khas untuk mereka yang berkerusi roda. Termasuk jockey beg untuk membantu dalam mengangkat barat.
Sejujurnya, Cikza sangat merekomendasikan Furama hotel untuk penginapan seisi keluarga, lagi seronok kalau pergi ramai-ramai sambil-sambil tu boleh tempah Jersey Sublimitation Murah buat baju khusus untukk ahli keluarga sahaja, kesemua fasiliti membeli belah sangat hampir dengan hotel tersebut, hanya parkir kenderaan dan berjalan kaki sahaja menikmati panorama berhampiran. Sebarang pertanyaan dan tempahan korang boleh hubungi nombor yang disertakan di bawah.
FURAMA BUKIT BINTANG
136, Jalan Changkat Thambi Dollah, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel (60) 3 2788 8888 Fax (60) 3 2788 8889
Email: bukitbintang@furama.com
Furama Bukit Bintang, Kuala Lumpur
[…] mesra famili dan pelanggan, yang terbaiknya hotel ini turut menyediakan kemudahan Check out jam 12.00pm atau Check in seawal 2.00 petang. Khas […]