ASAH MINDA ANAK DENGAN PERMAINAN MONEY GAMES MORTGAGE CALCULATOR

ASAH MINDA ANAK DENGAN PERMAINAN MORTAGE CALCULATOR | Kebiasaan sebut sahaja perihal permainan video secara online bagi ibu bapa yang punya anak, menganggap ianya agak melekakan kanak-kanak tersebut. Namun persepsi tersebut harus di ubah. Ini kerana tidak semua permainan video secara online itu melekakan atau melalaikan kanak-kanak. Apa kata korang baca perkongsian yang Cikza ceritakan sampai habis.

Sejujurnya, Cikza suka permainan video melalui aplikasi secara online, yang melibatkan susun atur warna, cabaran dan sebagainya. Namun untuk kanak-kanak, baru-baru ni cikza terbaca perkongsia dari sahabat maya Cikza berkaitan satu permainan yang sangat bersesuaian untuk kita sebagai ibu mengasah minda anak berkaitan tentang kewangan.

ASAH MINDA ANAK DENGAN PERMAINAN MONEY GAMES MORTGAGE CALCULATOR

Pernah dengar Money Games Mortgage Calculator ? Permainan yang melibatkan unsur-unsur pengiraan dan kewangan yang akan membuat kanak-kanak belajar sambil mengira. Jadi kita sebagai ibu, puas hati anak terleka dengan permainan yang mengasah minda tau. Bukan setakat kanak-kanak yang menyukai, bahkan orang dewasa pun boleh terleka dengan game berkaitan kewangan ni

Lebih dari 10 jenis permainan yang anak-anak boleh cuba sendiri dan pelajari tanpa rasa jemu. Budak-budak ni, cepat tangkap apa yang orang dewasa ajar. Untuk pemilihan permainan yang bersesuaian ia memerlukan minat yang tinggi di kalangan anak-anak tersebut. Namun ada permainan yang agak rumit dan membosankan tetapi ada juga permainan yang agak menyeronokkan. Bergantung pada ibu bapa untuk memilih. Antara Game Yang Cikza dah cuba :-

  1. Grocery Cashier
  2. Real Estate Tycoon
  3. Supermarket Numbers
  4. Stocks
  5. Lit Ape NFT Generator
  6. Bit Coin Tap-Tap Mine
  7. Idle Money Tree dan banyak lagi

Grocery Cashier Antara Permainan Yang Wajib Di Cuba 

Dalam banyak-banyak permainan yang ada dalam Mortgage Calculator ni, Grocery Cashier antara game yang wajib untuk di cuba. Dulu berangan nak jadi Cashier dalam company sendiri, akhirnya tercapai walaupun tiada mesin kira-kira. Tapi boleh lah berangan seketika. Menariknya permainan ini, kanak-kanak boleh berlatih berkaitan tambah dan tolak dengan kebiasaan  mengendalikan daftar tunai secara maya.

Pada awalnya agak sukar nak biasakan permainan tersebut, namun lama-kelamaan aianya semakin enjoy dan memerlukan kepantasan pengiraan dan kecekapan dalam urusan jual beli dan pengiraan di kaunter pembayaran. Permainan ini amat mudah, hanya perlu scan barang yang dibeli, Masukkan kos setiap item kemudian ketik butang tambah. Menariknya yang wajib korang kena tahu tentang permainan ni, Setiap pelanggan mewakili tahap permainan yang lain. Apabila anda bermain lebih lama, bilangan item yang anda telefon meningkat manakala had masa untuk setiap pelanggan berkurangan.

Mudah sahaja permainan perkara pertama selepas anda scan item, anda perlu memasukkan pembayaran, dengan menekan butang pada juruwang dan bukannya menggunakan papan kekunci. Apabila memasukkan amaun anda tidak perlu memasukkan apa-apa selepas perpuluhan jika harga produk adalah angka dolar keseluruhan & anda tidak perlu memasukkan sen untuk produk yang berharga dalam dolar dan sen.

 

Yang seronoknya, sambil scan, sambil key in total, apa lagi selepas semua item dah siap scan jangan lupa klik butang jumlah.  Jika pelanggan membayar melalui sijil hadiah, anda kemudian masukkan jumlah sijil hadiah dan tanda tolak. Anda tidak membuat perubahan untuk pelanggan yang bermain dengan sijil hadiah. Hanya masukkan amaun, tanda negatif, dan kemudian klik butang SELESAI di sebelah kanan. 

Jika pelanggan membayar dengan wang anda masukkan jumlah yang mereka bayar dan kemudian klik pada butang bayar. Anda kemudian klik pada bil dan syiling yang dikaitkan dengan jumlah yang terhutang dan kemudian klik butang selesai apabila anda selesai. Mudah kan, bukan kanak-kanak yang suka, mak pak budak pun lagi suka dan terleka. Percayalah. 

Bagi mereka yang suka komplen dan komen, apa kata korang cuba sendiri permainan dalam website https://www.mortgagecalculator.org/money-games/  ada pelbagai permainan yang wajib korang cuba. Dan kanak-kanak akan terisi masa lapang dengan penuh benda-benda bermanfaat. 

2 thoughts on “ASAH MINDA ANAK DENGAN PERMAINAN MONEY GAMES MORTGAGE CALCULATOR”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge