Drama adaptasi dari novel Ku Akad Kau Dengan Bismillah karya Wawa Akil kini mengisi slot Akasia TV3. Drama 28 episod terbitan Nuansa Sdn Bhd, diarahkan oleh Osman Ali dan menampilkan gandingan Aliff Aziz dan Sophia Al-Barakbah. Ku Akad Kau Dengan Bismillah kini telah menemui penonton mulai 6 Februari 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam di TV3 atau strim di tonton.com.my
DRAMA KU AKAD KAU DENGAN BISMILLAH
- Episod: 28
- Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
- Rangkaian: Akasia TV3 / tonton
- Penulis Skrip: Mimie Zakaria & Farah Izzati
- Pengarah: Osman Ali & Yus Yusop
- Produksi: Nuansa Sdn Bhd
- Lagu OST: Genggam – Aliff Aziz
PELAKON DRAMA KU AKAD KAU DENGAN BISMILLAH
- Sophia AlBarakbah sebagai Raisya Hannah
- Aliff Aziz sebagai Luth Mikail
- Shah Iskandar sebagai Adam Zikry
- Jasmine Suraya sebagai Maira
- Zaki Azeman sebagai Lukman Hakim
- Didi Astillah sebagai Aqilah
- Halim Radzi sebagai Haikal
SINOPSIS DRAMA KU AKAD KAU DENGAN BISMILLAH
Hannah adalah seorang usahawan kedai hiasan. Dia telah mendapat kejutan yang tidak diingini. Apabila membuka matanya daripada tidur di suatu hari, Hannah telah mendapati dirinya terbaring di atas katil di rumah sepupunya, Maira, di sebelah seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Siapakah lelaki tersebut? tetapi Insiden tersebut telah mengubah hidup 100 peratus kehidupan Hannah. Malah, gadis tersebut juga telah disisih keluarganya. Hannah mengambil keputusan untuk melarikan diri jauh dari semua orang. Dapatkah Hannah menepis segala dugaan dan rintangan yang bakal tiba.
Namun, takdir telah ditentukan kemunculan lelaki asing itu setelah beberapa tahun kemudian. Luth Mikail, seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat pembinaan, hadir kembali dan menuntut kemaafan serta sebuah perhubungan bersama Hannah. Adakah hati Hannah lutur untuk memaafkan beliau? Terdapat 1001 kemungkinan bagaimana seseorang akan bertindak balas apabila berdepan dengan kejadian sebegini. Reaksi Hannah apabila episod gelap dalam hidupnya kembali menghantuinya ini dapat memperlihatkan suatu perspektif yang bermakna. Jangan lupa tonton Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah slot Akasia TV3 sehingga habis bagi mengetahui penghujung hidup Hannah.
[…] Sdn Bhd. Menampilkan pelakon seperti Aeril Zafrel, Fasha Sandha, Elisya Sandha dan Shahz Jaszle. Drama Serpihan Sayang ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam melalui saluran […]