TONTON DRAMA BUKAN LELAKI TERHEBAT EPISOD 1-15 (AKHIR) TV3

TONTON DRAMA BUKAN LELAKI TERHEBAT EPISOD 1-15 (AKHIR) TV3Drama adaptasi novel Bukan Lelaki Terhebat karya Dilla Ahmad turut menampilkan gandingan Adam Lee dan Sweet Qismina. Pasangan terpaling sweet katanya. Drama bersiri 15 episod terbitan Orangetree Production diarahkan oleh Eoon Shuhaini. Drama Bukan Lelaki Terhebat disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 bermula 26 Januari 2023, pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam dan boleh tonton di iQIYI satu jam selepas siaran tv untuk VIP dan percuma 48 jam kemudian.

DRAMA BUKAN LELAKI TERHEBAT EPISOD 1-15 (AKHIR) TV3

  • Episod: 15
  • Tarikh Tayangan: 26 Januari 2023
  • Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
  • Rangkaian: Samarinda TV3 / iQIYI / tonton
  • Penulis Skrip: Zarihah Hassan
  • Pengarah: Eoon Shuhaini
  • Produksi: Orangetree Production Sdn Bhd

PELAKON DRAMA BUKAN LELAKI TERHEBAT

  • Adam Lee sebagai Jaden Haqeef
  • Sweet Qismina sebagai Sri Dhia
  • Halim Radzi sebagai Doktor Iqram
  • Anies Hann sebagai Ariana

SINOPSIS DRAMA BUKAN LELAKI TERHEBAT

Jaden merupakan seorang anak yatim piatu dan bekerja sebagai pengawal peribadi Datuk Samsul Azri. Suatu hari, Jaden telah diserbu oleh Datuk Samsul Azri kerana Jaden didakwa menjalin hubungan dengan perempuan simpanan beliau iaitu Ariana Jaden dibelasah teruk sehingga cedera parah lalu dicampak ke kebun getah milik Pak Samad .

Sejak kejadian itu, kehidupan Jaden di kampung telah ditampung oleh Pak Samad dan Seri Dhia termasuk makan minumnya. Jaden akhirnya jatuh cinta dengan Seri Dhia. Pertunangan Seri Dhia dan Dr. Iqram terbatal apabila Puan Zalina, ibu kepada Dr. Iqram telah menuduh Seri Dhia ada hubungan cinta dengan Jaden. Seri Dhia kesal dengan perbuatan Dr. Iqram yang menelan pertuduhan itu bulat-bulat.

Setelah empat bulan Jaden dan Seri Dhia berkenalan, mereka meluahkan perasaan cinta mereka terhadap satu sama lain dengan hati yang terbuka. Dalam kemanisan pasti ada terselit kepahitan, keadaan menjadi semakin rumit apabila fitnah antara Seri Dhia dan Jaden tersebar seluruh kampung walaupun Jaden telah berpindah di Homestay Pak Samad. Dapatkah Jaden dan Seri Dhia pertahankan cinta mereka saat diuji? Berjayakan Jaden menjadi lelaki terhebat buat Seri Dhia?

DRAMA BUKAN LELAKI TERHEBAT EPISOD 1-15 (AKHIR) TV3

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 (Akhir)

 

One thought on “TONTON DRAMA BUKAN LELAKI TERHEBAT EPISOD 1-15 (AKHIR) TV3”
  1. […] Drama adaptasi dari novel Ku Akad Kau Dengan Bismillah karya Wawa Akil kini mengisi slot Akasia TV3. Drama 28 episod terbitan Nuansa Sdn Bhd, diarahkan oleh Osman Ali dan menampilkan gandingan Aliff Aziz dan Sophia Al-Barakbah. Ku Akad Kau Dengan Bismillah kini telah menemui penonton mulai 6 Februari 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam di TV3 atau strim di tonton.com.my […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge