DRAMA MELAYU

TONTON DRAMA KERANA CINTA ITU ADA 1-28 (AKHIR) AKASIA TV3

TONTON DRAMA KERANA CINTA ITU ADA 1-28 (AKHIR) AKASIA TV3 | Drama adaptasi novel Kerana Cinta Itu Ada karya Sophilea kini mengisi slot Akasia TV3. Drama 28 episod terbitan Global Station dan diarahkan oleh Azri Izhar. Menampilkan Aedy Ashraf dan Nabila Razali selaku teraju utama. Drama Kerana Cinta Itu Ada bersiaran pada setiap hari bermula 28 Disember ini di TV3 atau boleh ditonton di Disney+ Hotstar.

TONTON DRAMA KERANA CINTA ITU ADA 1-28 (AKHIR) AKASIA TV3

Peminat setia pelakon Aedy Ashraf jangan lepaskan peluang jadi penonton setia drama Kerana Cinta Itu Ada, Teaser dekat TikTok pun memang jalan cerita ni Nampak menarik dan best sangat. Cuma gandingan Nabila Razali tu kena tengok dulu best atau tidak kena atau tidak.

DRAMA KERANA CINTA ITU ADA 1-28 (AKHIR) AKASIA TV3

  • Episod: 28
  • Waktu Siaran: Setiap hari, 7:00 malam
  • Rangkaian: Akasia TV3 / Disney+ Hotstar
  • Penulis Skrip: Sophilea & Zarihah Hassan
  • Pengarah: Azri Izhar
  • Produksi: Global Station Sdn Bhd

PELAKON DRAMA KERANA CINTA ITU ADA SLOT AKASIA TV3

  • Aedy Ashraf sebagai Aisy (Tengku Aisy Mateen)
  • Nabila Razali sebagai Bella (Nabila Aulia)
  • Puteri Khareeza sebagai Dahlia Rizal
  • Dian P Ramlee sebagai Puan Arifah
  • Alvin Chong sebagai Rayyan
  • Syazuwan Hassan sebagai Zhafran
  • Raden Zaharatul sebagai Dayyan
  • Emelda Rosemila sebagai Puan Dhia
  • Mas Anizan sebagai Puan Alawiyah
  • Dato Shah Rezza sebagai Encik Nazri
  • Safura Yaakob sebagai Puan Hasni

SINOPSIS DRAMA KERANA CINTA ITU ADA SLOT AKASIA TV3

Pertemuan Nabila Aulia ataupun Bella (Nabila Razali) dan Tengku Aisy Mateen (Aedy Ashraf) dimulakan dengan insiden pergaduhan kerana berebut bunga Lily di kedai bunga. Bella berhenti kerja di sebuah hotel dan pulang ke kampungnya. Tengku Aisy mengambil keputusan untuk mengambil alih hotel milik bapanya setelah terdengar perbualan Zhafran (Syazuwan Hassan) dan ibu tirinya, Tengku Lydia (Emelda Rosemila) yang ingin membolot semua saham hotel bapanya. Keputusan ini telah membawa kepada pertemuan semula Aisy dan Bella yang kini menguruskan resort milik keluarganya di kampung, Vila Paksina.

Zhafran memperkenalkan Dahlia (Puteri Khareeza) kepada ibu angkatnya, Tengku Lydia tapi Dahlia dihina oleh Tengku Lydia. Zhafran yang terpengaruh dengan kata-kata Tengku Lydia mula mengejar cinta Bella dan tinggalkan Dahlia. Kedatangan Tengku Aisy telah menarik perhatian Dahlia. Dahlia cuba memikat Tengku Aisy tetapi Tengku Aisy telah melamar Bella sebagai isterinya. Dahlia semakin membenci Bella tetapi dia masih berbuat baik dengan Bella demi kepentingannya.

Menjelang hari pernikahan, Bella difitnah mempunyai hubungan dengan Rayyan (Alvin Chong). Oleh kerana trauma dengan kecurangan bekas tunang, Aisy terus menghukum Bella tanpa berfikir secara rasional. Aisy mahu memutuskan pertunangan namun Bella merayu Aisy untuk hadir ke majlis pernikahan demi maruah ibu bapanya. Aisy bersetuju dengan mengenakan syarat pada Bella. Aisy menyakiti hati Bella dengan tindakan memilih Dahlia. Bella semakin terluka melihat Aisy dan Dahlia. Bella nekad sambung belajar dan meninggalkan surat untuk Aisy melepaskannya. Setelah beberapa tahun, Bella pulang ke Malaysia dan terkejut bahawa dia masih isteri yang sah kepada Aisy.

Masihkah ada peluang untuk Aisy membetulkan kesilapannya? Dapatkah Bella menerima Aisy kembali sebagai suaminya? Apakah yang terjadi kepada Dahlia yang sanggup mengkhianati sahabat baik demi kepentingan diri? 

DRAMA KERANA CINTA ITU ADA 1-28 (AKHIR) AKASIA TV3

EPISOD 1 | EPISOD 2 | EPISOD 3  | EPISOD 4 | EPISOD 5 | EPISOD 6 | EPISOD 7 | EPISOD 8 | EPISOD 9 | EPISOD 10 EPISOD 11 EPISOD 12 | EPISOD 13 EPISOD 14 | EPISOD 15 | EPISOD 16 | EPISOD 17 | EPISOD 18 | EPISOD 19 | EPISOD 20 | EPISOD 21 | EPISOD 22 | EPISOD 23 | EPISOD 24 | EPISOD 25 | EPISOD 26 | EPISOD 27 | EPISOD 28 (AKHIR)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge