TONTON DRAMA BUDAK TEBING 3 EPISOD 1-13 LESTARY TV3 | Siapa yang dah mengikuti budak tebing 1 dan 2. Semestinya korang tak sabar nak tunggu budak tebing 3 betul tak? Seronok melayan drama Budak Tebing 3 ni sebabnya ianya mengambil pendekatan masalah di kalangan remaja yang sentiasa mendapat perhatian dan ikutan ramai terutama remaja.
Drama Budak Tebing 3 terbitan Country & Universal Sdn Bhd kini bersiaran selama 13 episod, diarahkan oleh Nizam Zakaria dan penulisan skrip oleh Shah Rizal Mashur. Masih lagi mengekalkan Aedy Ashraf sebagai pelakon lama dan tambahan pertukaran beberapa pelakon baru. Drama boleh ditonton menerusi slot Lestary, setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam atau melalui iQIYI 1 jam selepas tayangan di TV3.
TONTON DRAMA BUDAK TEBING 3 EPISOD 1-13 SLOT LESTARY TV3
- Episod: 13
- Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam
- Rangkaian: Lestary TV3 / iQIYI
- Penulis Skrip: Shah Rizal Mashur
- Pengarah: Nizam Zakaria
- Produksi: Country Universal Sdn Bhd
WATAK DAN PELAKON DRAMA BUDAK TEBING 3
- Aedy Ashraf sebagai Tongki
- Adam Lee sebagai Arif
- Nabil Aqil sebagai Kylo
- Eyka Farhana sebagai Ira
- Firdaus Ghufran sebagai Talam
- Izz Ilham sebagai Yoyol
- Nelissa Nizam sebagai Maria
- Nia Atasha sebagai Husna
- Azhar Sulaiman sebagai Badass
- Zarina Zainuddin sebagai Sabrina
SINOPSIS DRAMA BUDAK TEBING 3
Drama Budak Tebing 3 kini memasuki alam dewasa dan berhadapan dengan cabaran hidup yang lebih besar. Arif menjadi lebih serius sehingga membuatkan Talam yang bekerja dengannya rasa tertekan. Hubungan Arif dengan Yoyol juga tidak seperti dulu. Arif kerap naik angin apabila Yoyol banyak menghabiskan masa di Tebing. Malah dia turut melarang Yoyol untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.
Kemunculan Kylo yang mendakwa dirinya ialah adik tiri kepada Tongki ingin menyatukan semula budak-budak tebing. Namun, keadaan itu disalahtafsirkan oleh Arif. Pada masa yang sama, muncul Badas yang kerap datang ke tebing. Badas mendekati Kylo dengan mengakui dirinya ialah teman rapat kepada arwah ayah Tongki. Arif dan Kylo berselisih faham lagi kerana masing-masing menganggap Badas sebagai ayah angkat. Siapakah Badas sebenarnya dan apakah motif Badas mendekati budak-budak tebing ini? Adakah Arif menerima Kylo sebagai seorang sahabat atau lawan?
TONTON DRAMA BUDAK TEBING 3 EPISOD 1-13 SLOT LESTARY TV3
EPISOD 1 | EPISOD 2 | EPISOD 3 | EPISOD 4 | EPISOD 5 | EPISOD 6 | EPISOD 7 | EPISOD 8 | EPISOD 9 | EPISOD 10 | EPISOD 11 | EPISOD 12 | EPISOD 13 AKHIR