DRAMA TERIMA KASIH CINTA EPISOD 1-20 AKHIR AKASIA TV3

DRAMA TERIMA KASIH CINTA EPISOD 1-20 AKHIR AKASIA TV3 | Alamak! Maafkan saya tau korang. Rupanya Drama Wanita Milik Tuan Putra dah tamat. Ending pun best lah Tapi terbaru ni jangan pernah segan untuk terus stay tuned tau. Sebab Drama terbaru ni lakonan Amar Bahrin dengan gandingan heroin terbaru Anna Jobling pun tidak kurang hebatnya.

Drama adaptasi novel Terima Kasih Cinta karya Aisya Sofea dibintangi oleh Amar Baharin, Anna Jobling, Rita Nadira dan Azrel Ismai dan untuk 20 episod ini diarahkan oleh Azri Izhar, dibawah terbitan Global Station Sdn Bhd. Terima Kasih Cinta hanya di slot Akasia, pada Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam, di TV3.

DRAMA TERIMA KASIH CINTA EPISOD 1-20 AKHIR AKASIA TV3

  • Episod: 20
  • Tarikh Tayangan: 30 November 2022
  • Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
  • Rangkaian: Akasia TV3
  • Penulis Skrip: Ayuni Zamani
  • Penulis Novel: Aisya Sofea
  • Pengarah: Azri Izhar
  • Produksi: Global Station Sdn Bhd
  • Pelakon: Amar Baharin, Anna Jobling, Azrel Ismail, Rita Nadira, Wan Sharmila, Aida Khalida, Maryam Annisa, Kiky Hannah, Noniswara, Syafnida Shuhaimi, Faez Malek, Azhar Amir, Aleza Shadan, Laila Nasir, Shah Rezza

WATAK PELAKON DRAMA TERIMA KASIH CINTA

  • Amar Baharin sebagai Dr Harris
  • Anna Jobling sebagai Wan Raihana
  • Rita Nadira sebagai Dr Nora
  • Azrel Ismail sebagai Razman
  • Aida Khalida sebagai Ummi
  • Maryam Annisa sebgai Lea
  • Kiky Hannah sebagai Yaya
  • Noniswara sebagai Tokma
  • Azhar Amir sebagai Tokpa
  • Faez Malek sebagai Dr Adam

SINOPSIS DRAMA TERIMA KASIH CINTA

Pertemuan An dengan dua anak kecil Yaya dan adiknya Lea membawa pertelingkahan dan perselisihan faham antara dia dengan Harris Ibrahim. Lelaki bongkak dan sombong itu tidak perlukan pertolongan An untuk menjaga anak-anaknya. Malah Harris memberi amaran pada An untuk tidak lagi mengambil berat terhadap mereka. Tapi tidak bagi Yaya dan Lea. Anak kecil itu belum pandai hidup berdikari. Mereka tetap mengharapkan belas dari An.

Bagai menjilat ludah yang telah dihamburkan, Harris kembali menagih pertolongan dari ummi; ibu saudara An, untuk menjaga kedua anaknya itu tatkala dia bertugas malam. Razlan yang bakal mengahwini wanita pilihan keluarga datang menagih cinta lama dan mahu memperisterikan An. Razlan bukan lagi cinta hatinya kerana lelaki itu tidak pernah berani mengota janjinya.

Saat itulah Harris datang melamar mahu memperisterikan An demi anak-anaknya yang sudah menjadikan An mommy mereka. Harris bukan lelaki idaman An, jauh sekali untuk dijadikan suami. Biarpun usia An sudah menginjak 33 tahun, tapi dia belum terdesak untuk menamatkan zaman bujang. Apakah akan jadi pada rumahtangga mereka jika kasih sayang tidak akan wujud di antara mereka?

Mampukah kebahagiaan jadi miliknya jika kasih sayang datang dari Yaya dan Lea sahaja? Benar, cinta bukan segalanya. Tetapi penting dalam membina rumahtangga bahagia. Apakah cinta mampu dimilikinya jika cinta lelaki itu hanya pada arwah isterinya?  Apakah An sekadar dijadikan pengasuh dan penjaga ke dua orang anaknya? Jangan Lupa tonton sampai habis tau.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge