DRAMA KAMPUNG PEOPLE 3 EPISOD1-13 AKHIR LESTARY TV3 | Kampung People kini kembali untuk musim yang ketiga dengan barisan pelakon asalnya iaitu Rashidi Isyak, Elly Mazlein, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah yang akan menemui anda semua menerusi slot Lestary harini tau. Drama komedi santai kekeluargaan ini diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin dan diterbitkan oleh KL Motion Pictures. Yang pasti ini yang ditunggu-tunggu sebab kak kepomm ada tauuu. Rugi siapa tak tengok.
Kampung People 3 bakal ditayangkan pada bermula harini pada pukul 9.30 malam setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam di TV3 menerusi slot Lestary. Kalau mana yang ada Disney+ Hotstar. Sebabnya yang bestnya setiap episode seterusnya akan dimasukkan hari yang sama tayangan seawall 9.00 pagi.
DRAMA KAMPUNG PEOPLE 3 LESTARY TV3
- Episod:13
- Waktu Siaran:Rabu-Sabtu, 9:00 malam
- Rangkaian: TV3 slot Lestary & Disney+ Hotstar
- Pengarah:Wan Hasliza Wan Zainuddin
- Produksi: KL Motion Pictures
- Watak Pelakon
- Rashidi Ishak sebagai Mona
- Elly Mazlein sebagai Razi
- Riena Diana sebagai Laila
- Kamarul Eqifshah sebagai Imran
- Hun Haqeem sebagai Jaafar
- Razak Ahmad sebagai Tok Penghulu
- Haeriyanto Hassan sebagai Norbik
- Danish Hazriq
- Haidar Hasanudin
SINOPSIS DRAMA KAMPUNG PEOPLE 3 LESTARY TV3
Setelah Razif sekeluarga dan beberapa orang kampung yang lain ditidurkan selama dua tahun akibat pandemik Covid-19, mereka semua telah dikejutkan semula dengan identiti diri yang baharu untuk mengaburi mata geng Cengkih Manis yang masih lagi mengancam keselamatan mereka. Demi keselamatan yang lebih terjamin, mereka semua kini mendiami sebuah perumahan flat di sebuah bandar.
Untuk menyembunyikan kesilapan Pacerat sendiri, Agen Shukrinah dan Agen 1 terpaksa berbohong kepada Laila yang mengatakan bahawa otak Jaafar terpaksa dipindahkan ke dalam badan Badrul bisu. Namun, Razif dan Laila sekeluarga dapat membongkar agenda kedua-dua agen Pacerat ini dan mula mengatur strategi untuk mengenakan mereka semula.
Berpindah ke kawasan yang baharu ini bukannya sesuatu yang mudah. Razif turut menghadapi masalah dengan penduduk flat itu. Sejak kehilangan Jaafar, Laila mengalami kemurungan yang berpanjangan namun perkara itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mencari Jaafar. Dapatkah Razif sekeluarga dan orang kampung menempuh segala cabaran dan ujian yang bakal dihadapi mereka? Adakah geng Cengkih Manis akan muncul dan mengancam keselamatan mereka lagi?
DRAMA KAMPUNG PEOPLE 3 LESTARY TV3
EPISOD 1 | EPISOD 2 | EPISOD 3 | EPISOD 4 | EPISOD 5 | EPISOD 6 | EPISOD 7 | EPISOD 8 | EPISOD 9 | EPISOD 10 | EPISOD 11 | EPISOD 12 | EPISOD 13 (AKHIR)
[…] Drama arahan Pali Yahya, sebanyak 13 episod kini telah pun menemui penonton, kalau tengok pada sInopsis jalan cerita tu, memang sedih. Penampilan gandingan Ummi Nazeera dan Izzue Islam, jika sebelum ni mereka berdua pernah berganding Bersama juga tau. Best atau tidak, jom lah tengok sampai penghujung. […]