AMALKAN 4 LANGKAH PENJIMATAN SECARA WANG BERHEMAH

TIPS BELAJAR UNTUK MENGAMBIL LANGKAH PENJIMATAN SECARA BERHEMAH | Boleh dikatakan zaman pandemic telah banyak memberi kesan yang mendalam khususnya buat golongan muda. Salah satunya kita semua terpaksa berhadapan dengan kenaikkan harga barang yang tidak masuk dek akal. Jadi, apa yang boleh kita lakukan untuk memastikan bahawa kita dapat menguruskan wang kita dengan baik pada waktu ini?

Ramai golongan muda kini berbelanja mengikut nafsu dan bukan kemahuan, dan kesannya ada yang dalam usia muda ini sudahpun di isytiharkan muflis. Jadi bagaimana nak membendung gejala seperti ini. Sudahkah juga anda berfikir.? Tahukah anda 3 bulan ni kita dapati? Apa itu OPR? Adakah ianya memberi kesan kepada semua peminjam ?

APA ITU OPR ?

OPR atau Kadar Dasar Semalaman merujuk pada kadar faedah semalaman yang ditetapkan oleh bank pusat atau Bank Negara Malaysia (BNM). Ia merupakan kadar faedah yang perlu dibayar oleh sesebuah institusi kewangan yang meminjam daripada bank yang lain. Secara asasnya, kadar OPR yang lebih tinggi atau lebih rendah akan menyebabkan kesan domino yang setara. Sebagai contoh, kadar OPR yang rendah akan menyebabkan kadar faedah pinjaman menjadi lebih rendah. Ia bertujuan untuk menggalakkan pengguna untuk berbelanja, membuat pinjaman bank serta merangsang ekonomi negara.

Jika kadar OPR yang lebih tinggi pula akan menyebabkan kadar faedah pinjaman menjadi lebih tinggi. Ia sekali gus menyebabkan kadar pinjaman perumahan atau pinjaman perniagaan menjadi lebih mahal untuk mengalakkan pengguna untuk menyimpan dalam deposit tetap dan sebagainya. Adakah anda bersedia perubahan yang akan mendatang ni? Adakah anda bersedia hadapi krisis kewangan yang mungkin bakal membebankan anda? Jom baca sampai habis langkah-langkah yang boleh di ambil dalam menguruskan kewangan agar lebih teratur dan terbaik.

AMALKAN 4 LANGKAH PENJIMATAN SECARA WANG BERHEMAH

AGIHAN PENDAPATAN BULANAN 

Perkara utama dan ini yang paling penting, anda perlu lakukanakukan agihan pendapatan bulanan anda untuk perkara yang lebih penting seperti membeli barangan dapur serta keperluan rumah. Dan corakkan pembelian, yang betul-betul penting sahaja dan bukan pembaziran semata-mata.

MEMBUAT TABUNGAN BULANAN ATAU KECEMASAN 

Jika anda tidak pernah saving atau tabungan sebelum ini, sekarang adalah masa paling sesuai berbuat demikian sebagai persediaan masa hadapan yang tidak menentu. Disiplinkan diri anda untuk menolak 10 – 30 peratus daripada gaji anda sebagai simpanan untuk kegunaan pada masa kecemasan. Ini sangat penting. Wajar dilakukan secara sistematik dan disiplin.

PEMBELIAN ATAS BELIAN 

Jangan pula bazirkan wang berkenaan untuk membeli barangan yang tidak diperlukan dalam talian. Cuba tahan sebarang godaan sekurang-kurangnya buat masa ini. Atau buat pembelian sebagai satu keperluan sahaja bukan nafsu semata-mata. Cuba cari harga yang berpatutan yang kita boleh dapat dengan hanya beberapa klik sahaja. Beberapa kedai dan platform dalam talian juga membolehkan pelanggannya memperoleh kupon pulangan tunai untuk pembelian mereka.

MANFAATKAN HIBAH UNTUK YANG TERSAYANG 

Berbeza dengan wasiat dan pembahagian harta pusaka, hibah adalah pemberian hadiah oleh seseorang kepada warisnya tanpa boleh dipertikaikan. Penerima adalah pemilik mutlak ‘hadiah’ tersebut, tidak kira dalam bentuk wang tunai atau harta benda. Apa itu hibah dan bolehkah ia digunakan untuk membayar hutang? Jawapannya Ya. Ia adalah jalan yang terbaik untuk memastikan ‘pemergian’ anda tidak menyukarkan dan membebankan mereka. Dapatlah mereka gunakan wang yang anda tinggalkan untuk melunaskan semua hutang-piutang anda dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

BELAJAR UNTUK MENGAMBIL LANGKAH PENJIMATAN SECARA BERHEMAH

Kesimpulannya, kita perlu sentiasa mencari jalan untuk menyimpan dan menguruskan wang kita dengan lebih baik. Mengurus dan mengawal kewangan kita sememangnya dapat menenangkan fikiran dan akan memberikan ganjaran yang indah pada akhirnya. Dan yang paling penting, kita perlu menguruskan kewangan kita dengan teliti dan betul., sekurang-kurangnya kita telah berusaha sehabis baik untuk menyimpan dan menguruskan kewangan kita.

Belajarlah untuk menyimpan, beli yang perlu sahaja dalam menguruskan langkah penjimatan. Meskipun terdapat pelbagai kemudahan bagi mengurangkan beban rakyat ketika ini, namun kita juga perlu memainkan peranan untuk mengambil langkah berjimat cermat kerana situasi melanda dunia ketika ini masih samar bila ia akan berakhir kita sendiri tidak ketahui.

4 thoughts on “AMALKAN 4 LANGKAH PENJIMATAN SECARA WANG BERHEMAH”
  1. […] Berpindah ke kawasan yang baharu ini bukannya sesuatu yang mudah. Razif turut menghadapi masalah dengan penduduk flat itu. Sejak kehilangan Jaafar, Laila mengalami kemurungan yang berpanjangan namun perkara itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mencari Jaafar. Dapatkah Razif sekeluarga dan orang kampung menempuh segala cabaran dan ujian yang bakal dihadapi mereka? Adakah geng Cengkih Manis akan muncul dan mengancam keselamatan mereka lagi? […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge