GEGAR VAGANZA 9 TAMPIL KELAINAN SAINGAN SENGIT PESERTA

GEGAR VAGANZA 9 TAMPIL KELAINAN SAINGAN SENGIT PESERTA | Yess! ini yang di tunggu-tunggu, Gegar Vaganza 9 terbitan Astro bakal berlangsung tidak lama lagi. Kalau dilihat edisi kalini, seakan kita bakal menonton konsert besar setiap minggu. Kerana bakal peserta yang ditampilkan bukan calang-calang orangnya, hampir kesemuanya berpengalaman dan saingan tu memang sengit lah.

Paling mengejutkan penyanyi paling popular yang berbakat besar Shila Amzah yang menjadi antara peserta yang bakal bersaing dengan nama-nama besar yang masih aktif berkarya seperti Jaclyn Victor, Tomok dan Bob Yusof. Dah admin kata memang sengit kan.

Juri tetap bergandingan bersama Encik Ramli sebagai juri tetap adalah penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang dan guru vokal berpengalaman, Syafinaz Selamat. Itu wajiblah, penampilan Hetty Koes Endang yang sangat ditunggu-tunggu. Namun edisi kali ini masih mengekalkan Nabil Ahmad sebagai pengacara, manakala tempat Jihan Muse diambil alih artis serba boleh, Elly Mazlein.

KONSERT GEGAR VAGANVA 9 BERMULA PADA 18 SEPTEMBER 2022

Bagi yang bertanya, bilakah ianya ditayangkan, Gegar Vaganza 9 bakal bermula konsert pertama pada 18 September 2022 setiap Ahad, Jam 9 Malam. Jika dilihat dari konsep Gegar Vaganza itu sendiri, program ini dapat dilihat menghidupkan kembali kerjaya dan bakat penyanyi solo mahupun berkumpulan yang sudah lama menyepi tampil kepada umum selain memperkenalkan diri kepada generasi baru. Namun percayalah Gegarvaganza kalini bukan sekadar konsert biasa-biasa tapi sebenarnya luar biasa

SENARAI PESERTA GEGAR VAGANZA 9 SETELAH DIKEMASKINI

SENARAI PESERTA GEGARVAGANZA 9 – BARISAN PENYANYI WANITA

  • Dina Nadzir
  • Pat Candy
  • Shila Amzah
  • Jaclyn Victor
  • Tom
  • Haida

SENARAI PESERTA GEGARVAGANZA 9 – BARISAN PENYANYI LELAKI 

  • Bob Yusof
  • Hazrul Nizam
  • Asheed Def Gab C
  • Tomok
  • Roy Kapilla
  • Fuad Rahman

SENARAI PESERTA GEGARVAGANZA 9 – BARISAN PENYANYI BERKUMPULAN

  • Kumpulan VE

Siapakah bakal tersingkir, Siapakah bakal dapat komen pedas? Yang dinanti-nanti lagu pembuka konsert dari Nabil dan Elly Mazlien seperti tradisi sebelum-sebelum ni. Tapi adakah Elly Mazlien bakal bersahaja seperti Jihan kita sama-sama tunggu tau. Tak sabar rasanya min nak tunggu konsert pertama. Lama pula tak dengar nabil bergurau kasar dengan Ramli MS kerana itulah part yang ditunggu-tunggu setiap kali tonton konsert.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge