PENANGAN VIDEO PINK VENOM BLACKPINK VIEW HAMPIR 10 JUTA | BLACKPINK kumpulan yang telah ditubuhkan dibawah naungan oleh YG Entertainment dan memulakan kerjaya pada 8 Ogos 2016. Saban hari nama Blackpink seringkali disebut-sebut oleh golongan muda bahkan mereka yang meminati K-pop. Apa yang min tahu lah, Semasa penampilan sulung mereka, BLACKPINK mengeluarkan single dalam album ‘Square One’ yang dikenali sebagai ‘BOOMBAYAH’ dan ‘Whistle’.
Nama asal ‘BLACK’ dan ‘PINK’ ini menggambarkan tentang kehebatan seorang wanita yang bukan sahaja dapat dilihat dari raut wajahnya yang jelita malah mempunyai bakat yang paling hebat. Perkataan cantik berasal daripada ‘PINK’ dan antara yang berbakat, kuat dan tegas ditunjukkan daripada perkataan ‘BLACK’. Tepat Jam 11.30 pagi, waktu Malaysia. Blackpink melancarkan Video terbaru mereka iaitu Pink Venom yang hampir di tonton sebanyak 6 juta setelah 20 minit baru di launch dalam youtube. Begitu kuat penangan “Blackpink” ni rupanya. Tapi itulah kalau dah minat, 2-3 jam tunggu kalau sedap memang berbaloi.
PENANGAN VIDEO PINK VENOM BLACKPINK VIEW HAMPIR 10 JUTA
Apakah maksud lagu “Pink Venom” itu? Kalau mana yang masih ingat, MV Kill This Love tu memang betul-betul penangan habis dekat dunia, adakah Pink Venom akan mengikut jejak yang sama.
Mengenai maksud atau maksud lagu Pink Venom , ia telah dibocorkan oleh agensi Blackpink, YG Entertainment. Ternyata lagu itu ditafsirkan sebagai gabungan warna yang melambangkan Blackpink dan perkataan yang bermaksud racun, yang memberikan kesan yang sangat kuat.- Solopos.com – Panduan Insformasi & Inspirasi
Turut mendapat pengesahan bahawa lagu itu sememangnya akan menjadi single utama daripada album kedua Blackpink yang akan datang, Born Pink . Jangan lupa dapatkan tau. Album ini adalah kemunculan semula mereka selepas berehat selama 1 tahun 10 bulan. Ini lah yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang menjadi peminat setia “BlackPink”.
Pembelian tiket boleh didapati disini ( selepas tarikh penjualan diumumkan ) – Beli Tiket Blackpink
Sementara itu, Blackpink sendiri akan memulakan siri jelajah dunia pada bulan Oktober, atau sebulan selepas album baru dikeluarkan dan dijangka untuk mereka peminat di Malaysia, konsert tersebut bakal diadakan pada 04 Mac 2022. Tapi sebelum penutup, korang yang minat drama Korea jangan lupa scrol yang ada di MyDramago.com tau