TIPS BELI KENDERAAN IKUT KEMAMPUAN BULANAN | Assalammualaikum dan Salam sejahtera semua, lama lah tak keudara since kita bercerita pasal perihal kasut yang lepas. Baru-baru ni, suami merungut lah pasal dah habis berbelas ribu baiki kenderaan, tapi dimana silapnya jika kita beli kenderaan secondhand yang kita lihat luaran tanpa perlu tahu dalamannya.
Cikza pernah cakap kat suami, nak beli kereta kalau boleh biarlah ambil yang baru terus, walaupun bayaran bulanannya tu asal boleh dan ikut kemampuan termasuk komitmen kita secara bulanan. Itu adalah paling penting, jika kita nak miliki kenderaan. Tapi zaman muda-mudi mana nak beringat, semua asal boleh. Sudahnya sakit tu datang harini, asyik membaiki kenderaan sampai naik menyampah.
Kenaikkan Gaji Tahunan Mengikut Keperluan
Siapa kata Cikza tak berkeinginan nak ambil kenderaan baru, yang sesuai untuk keluarga kecil Cikza, Pernah terfikir, kalau kerja sektor kerajaan, setiap tahun akan ada sahaja kenaikkan gaji, dari situ Cikza selalu buat kiraan untuk meletakkan budget bayaran bulanan kenderaan yang bakal Cikza nak ambil nanti. Dengan pandemik yang ada, semua harga barang naik mencanak tu pun salah satu faktor, Cikza terpaksa berjimat cermat dalam pemilihan kenderaan yang paling penting jimat minyak bulanan.
Target Bulanan Seorang Jurujual Kenderaan
Kalau korang pergi dekat mana-mana kompleks membeli belah, pasti ada jurujual yang akan buat promosi kenderaan tempatan mahupun import. Percaya atau tidak mereka harus mencapai KPI bulanan dalam jualan kenderaan. Dan sebab itu, terkadang ada yang sampai merayu-rayu datang minta kita submit dokumen kepada mereka. Tapi perasan tak setiap pembelian tu diselitkan dengan tawaran dan salah satunya baucar minyak petrol.
Musim Perayaan Meriah Untuk Tukar Kenderaan
Setiap kali perayaan, setiap tahun sahaja, pasti di atas jalan raya, meriah dengan kenderaan baru yang akan berselisih dengan kita. Sure! setiap kali menjelang perayaan, KPI setiap pengedar kereta akan melebihi target, kerana ramai diantara mereka yang akan mula bertukar kenderaan. Sebab setiap kali promosi menarik dan tawaran hebat semuanya bermula dari perayaan.
Beli Kereta Ikut Kemampuan Dan Bukan Ikut Hati Perasaan
Rata-rata terutama golongan muda belia, terutama yang baru dapat pekerjaan, mereka tanpa fikir panjang untuk membeli kenderaan untuk kegunaan harian, katanya “Biar Papa Kedana Asal bergaya” terkadang N19 pun ada yang pakai Honda yang melebihi kemampuan dan komitmen bulanan kita, semua sebab trend katanya. Cikza sangat setuju dengan sebahagian anak muda yang berfikiran jauh kehadapan, which mean, sebelum nak beli kenderaan kena kaji komitmen bulanan kita untuk jangka masa panjang bukan sekadar untuk bergaya.
Kalau boleh sebelum nak beli kenderaan tu ada baikknya cuba semak list di bawah :
- Semak kelayakan komitmen bulanan
- Kereta apa yang bersesuaian dengan budget bulanan kita
- Apa rancangan jangkapanjang selepas membeli kenderaan nanti
- Bagaimana perbelanjaan bulanan selain dari komitmen yang ada
Pening Nak Fikir Pasal Kenderaan Jom Kita Main Game Dahulu Baru Buat Keputusan
Rasa penat nak fikir pasal pembelian kenderaan, jadi apa kata rehatkan minda kita cuba permainan terbaru daripada carpayment arcade ni, ada pelbagai pilihan game yang boleh buat korang cuba, tapi aku prefer yang terbaik. Sambil-sambil korang main game lepastu minum kopi confirm akan dapat ilham nanti.
Car Lightning Speed
Permainan perlumbaan berdasarkan filem animasi The Cars Movie tahun 2016, kan tengah popular kan waktu tu. Yang best korang kena kumpul power turbo dan beberapa pass yang lain. Serius boleh jadi leka. Jangan kata Cikza kalau bab-bab game ni, sekali dengan asben kita pun boleh terleka. Tapi dalam banyak pilihan, game ini yang menarik perhatian
Semoga ianya memberi manfaat buat anda semua tau! Try Game Arcade tu memang best!
Bye!