Tampil Anggun Dengan Rekaan Itali Dari Lucca Vudor Singapore | Alhamdulillah, kasut Cikza sampai dengan jayanya, pada awalnya 50/50 sebab jangkaan nak pakai di pagi raya, sekali dapat lepas raya. Tapi syukur dah sampai dari buat tempahan tak dapat langsung, tidak ke hati terluka bagai di robek-robek. Dah berangan nak melawa di pagi raya.
Sejujurnya, Cikza jarang nak membeli kasut secara dalam talian, sebab risau takut saiz yang dipohon tak sama dengan saiz kaki Cikza.Tapi ini kali kena ubah, semuanya kena berbelanja secara di hujung talian. Lagi pula jimat masa katanya, tak perlu nak drive jauh-jauh pusing satu mall nak dapatkan kasut idaman.
Tampil Anggun Dengan Rekaan Itali Dari Lucca Vudor Singapore
Dikalangan kawan-kawan Cikza ada yang dah cuba kasut dari Lucca Vudor, katanya kasut yang diperbuat daripada kulit. Pada awal ragu, lepas tengok review beberapa sahabat yang telah cuba sendiri Lucca Vudor ni brand dari Singapura tengah hangat tu.
Menariknya kasut diperbuat daripada 100% kulit tulen, lembut dan selesa, dengan gabungan keselesaan bukan untuk acara santai, bahkan untuk ke pajabat pun agak bersesuaian. Buat korang yang tak tahu, Lucca Vudor ini juga ada mempunyai satu-satunya cawangan di Malaysia yang terletak di Selangor.
Menarik Yang Buat Ramai Orang Memilih Lucca Vudor
Jika kita memakai kasut biasa terasa berbeza bila kita memilih kasut kulit untuk kegunaan harian, perbezaan yang jelas bila kita mengenakan kasut kulit adalah salah satunya Insoles kusyen yang direka khas untuk sokongan dan daya angkat tambahan untuk member keselesaan pada si pemakai.
Kasut yang tidak berkualiti bukan sahaja mencederakan kaki si pemakai bahkan boleh meninggalkan kesan parut kaki melalui lepuh dan luka, termasuk memberi kesan negatif kepada kesihatan, postur dan kesejahteraan kaki dalam jangka masa panjang. Dan sebab itu, untuk ke pejabat, cikza prefer untuk memilih kasut kulit.
Kasut Kulit Menjadi Pilihan Untuk Ke Pejabat
Kalini, Cikza mencari Lucca Vudor dengan memilih kasut untuk digayakan ke pejabat, dalam masa sama boleh di gayakan untuk ke majlis-majlis terbuka. Jadi pada asalnya, Cikza memilih warga coklat untuk di gayakan dengan semua padanan baju. Tetapi berbeza bila sampai di tangan.
Pada awal tak puas hati dengan pilihan warna tersebut, tak sampai ½ hari, Cikza dah mula jatuh cinta dengan warna tersebut. Pertama kali sepanjang bekerja, Cikza mengenakan kasut berwarna Crèam. Kebiasaan warna gelap menjadi pilihan. Rupanya cantik juga dan padanan baju tu kena pula dengan warna kasut Cikza.
Kalau korang perasan, kasut tersebut semakin naik gah, dengan jahitan yang kemas dan teratur, termasuk lapisan kulit tersebut yang buat Cikza pakai memang sangat selesa. Kalau sebelum ni, Cikza pernah gayakan kasut kulit ke pejabat, tapi kasut tersebut dah menyebabkan kaki lepuh dan melecet di sekitar kaki.
Dengan Lucca Vudor ni, Cikza yakin dengan keselesaan dan rekaan tersebut sangat sesuai dengan mereka yang menjadikan Lucca Vudor sebagai jenama pilihan untuk acara santai mahupun ke pejabat. Tak salah lah jenama ini semakin gah di Singapura pada ketika ini. Jangan lupa dapatkan Lucca Vudor secara atas talian atau kunjungi cawangan yang berhampiran. Ok dah boleh lah padan dengan baju Karabum pilihan warna yang kena dengan kasut.
Lucca Vudor Website | Facebook Lucca Vudor | Instagram Lucca Vudor
Cawangan Malaysia :
Lucca Vudor Malaysia
Atria Shopping Gallary G-15
Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400
Pretaling Jaya,Selangor, Malaysia
Opening Hours: 11.00AM TO 7.00PM
Cawangan Singapura : (Contact us at +6592304287)
Lucca Vudor Singapura
Suntec City #02-346
3 Temasek Boulevard Singapore 038983
Opening Hours: 11.00AM TO 8.30 PM
Lucca Vudor Singapura
Star Vista #01-30
Envy And Pride
1 Vista Exchange Green Singapore 138617
Opening Hours: 11.00AM TO 9.00PM
Lucca Vudor Singapura
Beauty World Centre #02-30
Envy And Pride
144 Upper Bukit Timah Road Singapore 588177
Opening Hours: 11.00AM TO 7.00PM