TONTON DRAMA HARITH FAYYADH EPISOD 1-15 AKHIR TV3

TONTON DRAMA HARITH FAYYADH EPISOD 1-15 AKHIR TV3 | Nak tanya sebenarnya ni kita kena game ke apa? Kalau ikut schedule sepatutnya Drama 7 Hari Mencintaiku 3 bakal ditayangkan pada 01 April tetapi atas sebab teknikal drama lain pula muncul.

Cikza faham ramai yang tengah hangat tunggu drama viral ni betul tak. Bukan apa kalau dah 2 part punya sambutan tu luar biasa, itu belum tentu part 3 ni dapat ke tidak sambutan di hati peminat. Harini kita layan dulu drama Harith Fayyadh yang berlansung ketika ini.

INFO DRAMA HARITH FAYYADH TV3

  • Episod : 15
  • Tarikh Tayangan : 1 April 2022
  • Waktu Siaran : Isnin-Ahad, 6:58 petang
  • Rangkaian : Akasia TV3 / Disney Hotstar
  • Idea Asal : Mama Bella
  • Skrip : Mama Bella, Mohd Shahremy Ikmal
  • Pengarah : Ayie Mustafa
  • Produksi : Sha’s Media Sdn Bhd
  • Pelakon :
    • Hafidz Roshdi sebagai Harith
    • Adam Lee sebagai Fayyadh
    • Nad Zainal sebagai Sarah
    • Cahaya Nilam sebagai Vivy
    • Julia Farhana sebagai Shila
    • Hasnul Rahmat sebagai Kamal
    • Dynas Mokhtar sebagai Arisa
    • Fauziah Nawi sebagai Dato’ Ainon
    • Shamsul Ghau Ghau sebagai Ustaz Razak
    • Mak Wan sebagai Mak Ati
    • Badrul Muhayat sebagai Malik
    • Kirana Batrisyia sebagai Laila
    • Lan Siro sebagai Bakri

SINOPSIS DRAMA HARITH FAYYADH

Drama mengisahkan Harith (Hafidz Roshdi) dan Fayyadh (Adam Lee) merupakan adik-beradik tiri berlainan bapa. Harith merupakan anak sulung Arisa (Dynas Mokhtar) hasil perkahwinannya dengan Bakri manakala Fayyadh merupakan anak Arisa bersama Kamal (Hasnul Rahmat), pemandu peribadinya yang dikahwini setelah kematian Bakri.

Kisahnya, Arisa tidak pernah mencintai Kamal namun mereka berkahwin di atas cadangan ibu Arisa, Dato’ Ainon (Fauziah Nawi). 20 tahun berlalu, kini Harith dan Fayyadh sudah dewasa. Walaupun mempunyai minat yang lain, mereka mengambil jurusan perniagaan di atas permintaan Dato’ Ainon. Harith ingin mendalami ilmu agama.

Harith aktif dalam aktiviti persatuan dan kerja amal. Di hujung minggu, Harith mengikuti kuliah Ustaz Razak. Manakala Fayyadh lebih cenderung dengan dunia glamor dan minat dalam bidang fesyen. Selain melibatkan diri dalam modeling, Fayyadh juga sering menghabiskan masa dalam bersosial.

Fayyadh kemudiannya berkahwin dengan Vivy (Cahaya Nilam) manakala Harith pula masih dalam fasa mengenali Sarah (Nad Zainal), anak kepada Ustaz Razak. Dato’ Ainon kemudiannya telah menetapkan syarat bahawa Harith dan Fayyadh perlu mempunyai anak jika ingin mewarisi segala hartanya. Masing-masing terkejut. Sejak daripada itu, hubungan kedua beradik yang dahulunya akrab mula berantakan. Bagaimana kesudahan hubungan antara mereka, adakah akan berantakan selamanya kerana harta? jangan lupa saksikan drama tersebut sehingga habis.

TONTON DRAMA HARITH FAYYADH EPISOD 1-15 AKHIR TV3

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 Episod 8 Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 (AKHIR)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge