EPISOD AKHIR DRAMA VILLA KRISTAL, BUAT AKU PUASHATI DENGAN ENDING DIA! Ada sesiapa dekat sini yang setia mengikuti drama bersiri Villa Kristal? Kita geng. -Siapa yang tengok mesti dah tahu sinopsis awal kenapa Villa Kristal sentiasa menjadi tumpuan. Drama HOT terkini, Villa Kristal genre romantik, komedi dan misteri sudah ditayangkan di WeTV Malaysia dikatakan memberi tamparan hebat buat golongan para wanita, perempuan, ibu dan juga para isteri di luar sana.
Drama dibawah arahan Kabir Bhatia dan Jason Chong, dan dibintangi oleh Mimi Lana, Tiz Zaqyah, Mawar Rashid, dan Jasmine Suraya. Berkaitan pelakor, skandal, dan sebagainya. Pada awalnya aku rasa mungkin jalan cerita agak bosan, tapi ternyata tidak.
Sebab namapun ada selitan unsur komedi, aku serius mengikuti drama ni start bermulanya kematian idris sehingga harini tertanya sampai penghujung drama semua persoalan terus terjawab, nak tahu apa recap episode terakhir yang akan aku kupas dan keluarkan baca sampai habis. Scene-scene menarik dalam final recap drama Villa kristal ni.
KITA RECAP SEMULA SINOPSIS DRAMA VILLA KRISTAL
Villa Kristal menampilkan watak Hani (Mimi Lana), yang menyamar sebagai menantu seorang ahli politik untuk mencungkil rahsia, drama dan masalah rumah tangga madu-madu dan kekasih-kekasih rahsia VIP terkenal yang mendiami “Villa Kristal”. Di sebuah Kondominium eksklusif “Villa Kristal” nama diberi ia turut didiami oleh golongan elit bersama-sama madu dan kekasih rahsia mereka.
Hani cuba menyamar sebagai seorang menantu ahli politik dan cuba membongkar segala skandal, drama dan masalah rumahtangga Rose dan rakan-rakannya, Angel (Jasmine Suraya Chin) dan Diana (Tiz Zaqyah). Betul-bertul berani Hani untuk mendapatkan bahan penulisan novelnya.
Melangkah ke dalam dunia “Wanita Nombor Dua”, Hani terjerumus ke dalam sebuah penyiasatan pembunuhan seorang jutawan hartanah, Idris, (Tony Eusoff) yang telah merubah kehidupannya bersama wanita-wanita lain di Villa Kristal. Dapatkah Hani merungkai kesemuanya, apakah kesudahan semuanya? Jawapannya ada di bawah.
HANI MERUBAH SEGALANYA DARI YANG OBSES DENGAN FIKSYEN NOVEL KEPADA PENYIASAT KEMATIAN PULA ADUH GEMES BANGAT
Pada awal, aku agak obsess dengan watak Hani yang agresif sehingga sanggup dikecam dan ketepikan segalanya demi mengejar rating pembaca novel beliau. Ibarat bukan kira apa akan jadi lepasni, janji rating pembaca aku naik kan. Namun persepsi beliau berubah selepas terjumpa mayat idris di kolam renang, dari situ beliau memulakan investigate bagi mengetahui siapakah pembunuh sebenar idris.
Bila Rose yang buka cerita siapa pembunuh sebenar adalah suaminya sendiri, terkejut juga. Tapi ditepis oleh persepsi Hani dan suspek yang di anggap oleh Hani semua tak betul, si Robin macam yang s-otong tergeliat tu pun menjadi suspek juga. Memang buat aku ketawa berdekah, Rupanya……………….
ALIA DAN BEN MASTERMIND SEGALANYA DALAM SIRI PEMBUNUHAN IDRIS GILA BETOL MINAH NI
Korang ingat tak watak Alia yang katanya yang berkawan dengan suami Rose, tak sangka rupanya dia bekerjasama dengan Ben nak jatuhkan ustaz tersebut. Berpura-pura mengandung tapi rupanya ada agenda tersendiri, mencari pak sanggup yang sentiasa beri duit padanya. Dalam beliau, memberitahu identity sebenar yang juga merupakan penggoda suami orang tapi dia dan Ben adalah mastermind sebenar dalam pembunuhan idris.
Alia yang berdendam kerana video adegan panas yang dirakamkan oleh idris tersebut, dan ini membuatkan Alia bertindak di luar batasan. Kalau korang nak tahu, kisah video panas tersebut telah di ketahui oleh Isteri Idris, dan kerana video tersebut itulah Alia menjadi seorang psiko.
Idris ni sebenarnya ahli perniagaan yang berjaya, tapi sebenarnya disebalik kejayaan idris dalam membina empayar beliau merupakan seorang yang tamak dan sentiasa pentingkan diri. Terlupa pula, beliau ni kaki perempuan dan miang orangnya sehingga sanggup tikam belakang kawan baiknya sendiri si Alvin dengan kerja-kerja kotor beliau. Terungkai sudah misteri kematian Idris yang sentiasa menjadi tanda tanya sampai buat aku sendiri terkedu.
WATAK ANGEL ADALAH PENYELAMAT JALAN CERITA VILLA KRISTAL
Kesimpulan drama Villa Kristal ni, memang terbaik, merungkai kehidupan sebenar tentang kekasih gelap, skandal, bini kedua dan sebagainya. Namun bagi mengelakkan kecaman dan focus tidak selalu serius, Watak Angel ni yang banyak membantu dalam menaikkan jalan cerita tersebut.
Yang bestnya, aku suka betul watak Angel, setiap kali part beliau ada sahaja perkara lucu yang beliau buat. Dengan dialek nya ala amoi tu. Lepastu ada beberapa part yang buat korang akan berdekah dengan watak Angel ni tapi disebaliknya beliau sebenarnya cuba mencari dirinya dan kehidupan termasuk kebahagiaan yang sebenar.
Bagi yang belum menonton Drama Villa Kristal ni, Korang juga boleh download aplikasi WeTV secara percuma di Play Store untuk pengguna android dan Apps Store untuk pengguna IOS. PERCUMA dan eksklusif di @WeTV Malaysia