DRAMA SUAMIKU LELAKI PENDOSA EPISOD 1-15 (AKHIR) TV3 | Harini nak kongsi dengan korang ni, drama terbaru terbitan TV3 bagi slot samarinda. Tapi jalan ceritanya agak berani tau. Cuma korang kena terima hakikat yang pelakon kesayangan korang Dato’ Aaron Aziz akan bertindak di luar batasan. Aduhai tu dah lah hero farveret Cikza tau.

Sebuah drama Suamiku lelaki Pendosa terbitan Global Stesen Sdn Bhd turut menampilkan beberapa pelakon yang tidak asing lagi seperti Aaron Aziz, Gambit Saifullah, Maria Farida dan ramai lagi. Sebuah karya dari Umi Nadzimah di bawah tajuk asal novel Imamku lelaki Pendosa. Ia juga mengisi slot samarinda TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis Jam 10 malam. Bermula esok 9 Februari 2021 ( Isnin ) .
INFO DRAMA SUAMIKU LELAKI PENDOSA SLOT SAMARINDA TV3
- Episod / Tayangan : 15 Episod
- Tarikh Tayangan: 09 Febuari 2021 ( Isnin )
- Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10.00 malam
- Slot: Samarinda TV3
- Penulis Novel: Umi Nadzimah ( Karya : Imamku Lelaki Pendosa )
- Penulis Skrip: Siti Jasmina & Ctna Marzuki
- Pengarah: Eyra Rahman
- Produksi: Global Station
- Pelakon :
- Sophia Albarakbah sebagai Cahaya Malaika
- Aaron Aziz sebagai Dean Ilyas
- Gambit Saifullah sebagai Izfairin
- Shima Anuar sebagai Anggun Dania
- Fauzi Nawawi sebagai Firdaus
- Maria Farida sebagai Datin Junaidah
- Aleza Shadan sebagai Wahidah
- Edika Yusof sebagai Datuk Seri Afnan
- Hafeez Mikail sebagai Hael Idris
- Fiza Thomas sebagai Maya
SINOPSIS DRAMA SUAMIKU LELAKI PENDOSA SLOT SAMARINDA TV3
Hidup Cahaya Malaika yang bahagia dan ceria bertukar rentak selepas rahsia identitinya terbongkar. Dia bukan anak kandung Encik Firdaus yang penyayang itu. Lalu pertunangannya dengan Nik Safri diputuskan dan dia dihina Berlakon Sebagai anak tak sah taraf!
Tapi apakah dosanya? Kenapa dia yang harus menanggung akibat atas khilaf orang lain? Secara tiba-tiba ibu Dean Ilyas bereya-eya hendak jadikan Cahaya Berlakon Sebagai menantu. Nak cepat pula tu langsungnya. Malah majlis besar-besaran sudah dirancang Datin Junaidah. Ada agenda lah tu?
Dean Ilyas yang serba sempurna dan miliki segala-galanya. Ikhlas menerima Cahaya seadanya tanpa mempersoal kisah silam dan status, walau diminta untuk nikah mengikut hukum secara rahsia. Rupa-rupanya Datin Junaidah ada agendanya. Cahaya yang cantik dan sangat baik itu hanyalah alat untuk menyelamatkan maruah keluarga dan menjaga egonya sahaja. Dah agak dah!

Dengan harapan kehadiran Cahaya akan memisahkan Dean dari ‘Best Friend Forever’nya, Izfairin yang menjadi api dalam sekam. Bila Dean merayu supaya jangan tinggalkannya, maka Cahaya Malaika letakkan syarat. Dia mahu Dean mencintainya Berlakon Sebagai seorang isteri sepenuh hati kerana Allah, bukan berkongsi kasih dengan insan yang tak sepatutnya.
Tapi bagaimana dengan Dean? Apakah syarat Cahaya Malaika? Mampukah dia memenuhi permintaan dan syarat-syarat Cahaya? Sedangkan Cahaya telah berkorban seluruh jiwa raga demi mendampingi dan menyokong dirinya yang sering tersasar itu. Mampukah kedua-duanya menggapai bahagia yang sebenar pada akhirnya? Sila tonton sampai habis.

DRAMA SUAMIKU LELAKI PENDOSA SLOT SAMARINDA TV3
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 |Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26| Episod 27 | Episod 28