TERFIKIR NAK REFINANCE RUMAH ? BACA ARTIKEL PENTING INI | Covid-19 yang melanda seluruh dunia membuatkan ramai dikalangan mereka yang berpendapatan terjejas akibat dari pandemik tersebut. Ini menyebabkan ada diantara mereka yang terjejas teruk dari segi pendapatan bulanan yang menyebabkan di buang kerja, gaji di potong dan sebagainya.
Kebanyakkan mereka terbeban dengan hutang dan komitmen bulanan sehinggakan ada diantara mereka terpaksa menggadaikan emas atau menjual barangan keperluan elektronik atau kenderaan bagi melangsaikan hutang yang ada demi meneruskan dan kelangsungan hidup terutama mereka yang berkeluarga.
Tetapi umum ramai yang tidak mengetahui, cara yang betul untuk mendapatkan kewangan melalui sumber yang sah dan selamat. Jika anda mempunyai rumah, apa kata cuba refinance untuk dapatkan sumber kewangan bagi menyelesaikan segala komitmen yang ada. Tapi ada yang beranggapan, sebut pasal refinance pasti komitmen bulanan akan bertambah lagi. Tapi hakikatnya anda kena tahu tentang refinance.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN REFINANCE ?
Refinance atau pembiayaan semula ialah menutup pembiayaan sediada dan dipindahkan ke bank yang baru. Antara sebab-sebab tertentu adalah bagi tujuan untuk mendapatkan wang tunai, menutup hutang sedia ada, tambahan modal bisnes, dan banyak lagi. Kebanyakkan mereka akan memilih untuk refinance rumah bagi mendapatkan sumber kewangan. Walaupun akan ada orang yang bercakap tentang keburukan refinance rumah, apa kata kita lihat senarai semak sebelum membuat refinance rumah.
SEBAB MENGAPA PEMILIK RUMAH MELAKUKAN PERMOHONAN REFINANCE
Disebabkan kurangnya ilmu dalam perancangan kewangan, ramai dikalangan anak muda yang terjebak dengan situasi sukar, sejak mula dalam dunia pekerjaan. Pada mereka yang telah memiliki rumah, ada yang memilih membuat penyatuan hutang melalui refinance rumah. Jom semak senarai semak sebelum lakukan permohonan refinance perumahan.
Bagi individu yang mempunyai komitmen kewangan bulanan yang tinggi, pelan pembiayaan semula dengan tempoh pembayaran yang lebih panjang membolehkan anda membayar ansuran bulanan yang lebih kecil dan lebih penjimatan apabila bayaran bulanan anda adalah lebih rendah.
SENARAI SEMAK SEBELUM LAKUKAN REFINANCE PERUMAHAN
Mengetahui Had Kelayakkan Pinjaman
Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menyemak kelayakan tersebut dengan menggunakan aplikasi yang ada.Dari situ kita akan mendapat gambaran jelas jika kita layak membuat pinjaman refinance rumah atau tidak. Salah satu lagi cara, dengan menggunakan aplikasi pengiraan kelayakan pinjaman untuk mengetahui kelayakan kita.
Dapatkan Report CCRIS (Central Credit Reference Information System)
CCRIS ni adalah pangkalan data yang menyimpan semua rekod permohonan dan menunjukkan gambaran penuh kewangan. Jika ingin melakukan refinance, wajiblah sekiranya mempunyai rekod CCRIS yang teratur dan cantik. Ini penting untuk memastikan setiap pembayaran dkemaskini sepanjang masa.
Mengetahui Harga Terkini Pasaran Perumahan
Salah satu cara untuk refinance rumah, adalah dengan mengetahui anggaran harga pasaran rumah sebelum memilih untuk refinance. Apabila sudah mengetahui harga pasaran rumah semasa, bolehlah kita tawarkan harga kepada bank apabila membuat permohonan refinance dengan harga yang lebih rendah dan peluang kelulusan amat tinggi kerana kebanyakkan pemilik rumah yang lain akan menjual pada harga lebih mahal dari pasaran semasa.
Kos Untuk Refinance Rumah
Seperti kebanyakkan pinjaman yang lain, refinance juga mempunyai kos-kosnya tersendiri. Tetapi seharusnya perlu mengetahui kos ini sebelum membuat keputisan samada ianya wajar atau tidak untuk membuat refinance rumah. Perkara yang perlu diketahui salah satunya adalah kos duti setem, yuran penilaian dan yuran guaman, yang mana mungkin mengambil dalam 2-3% daripada harga pinjaman.
Selain itu, kos penalti bank yang dikenakan pada pinjaman terdahulu dengan anggaran kos penalti adalah 2-3% daripada harga pinjaman asal dan selalunya dikenakan selama 2-3 tahun sahaja.Untuk mengetahui jumlah kos penalti sebenar, bolehlah anda menghubungi bank anda.
Tempoh Lock-In Atau Tempoh Terkunci Period Rumah
Jika kita beli rumah baru, salah satu syarat dalam Perjanjian Jual Beli (SPA) adalah tempoh terkunci yang telah ditetapkan oleh bank supaya pembeli tidak boleh menjual rumah tersebut terlalu awal sebelum tamat pembayaran faedah dan prinsipal.
Biasanya tempoh terkunci atau lock-in period ni lebih kurang 3-5 tahun, tetapi jika ianya sebelum tamat tempoh, penalti bayaran adalah sebanyak 2-5% dari jumlah pinjaman.
Jumlah Aliran Wang Tunai
Penting juga untuk mengetahui berapa jumlah wang tunai atau dipanggil sebagai cash out yang akan diperolehi sebelum membuat permohonan refinance. Dengan itu, barulah dapat menentukan samada wang tunai yang akan diterima daripada pinjaman itu mencukupi atau tidak untuk memenuhi sebab anda membuat refinance tersebut.
Perbandingan Pakej Pembiayaan Semula Bank Lain
Sewaktu membuat urusan pembelian rumah, pasti kita akan buat pebandingan institusi bank yang menawarkan pembiayaan terbaik dalam membuat pinjaman perumahan. Seperti itu juga untuk membuat refinance perumahan, kita juga perlu membuat penelitian dan perbandingan untuk mendapatkan pakej yang terbaik untuk membuat refinance semula pembiayaan perumahan samada ianya berbaloi atau tidak.
Antara faktor yang boleh dipertimbangkan semasa memilih bank adalah kadar faedah, jenis pinjaman (fully-flexi atau semi-flexi), dan tempoh berkunci.Kenal-pasti objektif dan rancang strategi pembiayaan semula secara long-term.
Diharapkan panduan dan penerangan yang telah diberikan berkaitan refinance rumah ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada pemilik rumah yang sedang dalam pertimbangan untuk membuat pinjaman refinance.