SERVIS PENGHANTARAN FOODPANDA SANGAT MENGECEWAKAN | Tengok tajuk pun dah terlalu gempak, tapi apakata korang baca dahulu pengalaman Cikza sendiri dalam menggunakan servis Foodpanda ni. Sejujurnya Cikza bukanlah rajin sangat nak buat tempahan makanan melalui online, asbab kalau terpaksa atau waktu bekerja memang terpaksa jugalah.
Baru-baru ni guna aplikasi FoodPanda jugalah, Maklumlah kita takkan biarkan adik kita keseorangan sepanjang kita kuarantin di hospital, Rupanya baru tahu, FoodPanda pun boleh menghiburkan hati seseorang dan buat hati orang tersenyum kembali. Dimana korang berada sekalipun, semuanya di hujung jari sahaja.
PERTAMA KALI MENGGUNAKAN SERVIS FOODPANDA
Cikza mula menggunakan servis FOODPANDA pada tahun 2019 jugalah, lepas beli telefon baru terus hilang data lama tu. Jadi Kalau di pejabat memang selalu akan guna servis Foodpanda berbanding aplikasi yang popular satu lagi. Kebiasaan Cikza akan compare harga terlebih dahulu. Tapi jauh lebih murah harga yang foodpanda tawarkan pun ada. Cara Cikza nak beli makanan mudah sahaja, sentiasa compare harga mana jauh lebih murah. Walau menu sama kedai yang berlainan.
Pengalaman mengecewakan tu ada lah juga, siapa tak pernah kecewa dengan servis foodpanda. Pernah satu kali shopping barang dapur cuma tak cukup satu barang sahaja, tapi kita tak boleh nak salahkan mereka, kadang di pihak sana mungkin tiada stok, masa awal-awal tu marah juga, tapi biasalah suami kachak lah marah ai balik, lepastu terus insaf. Kadang kalau korang order bahan basah ni, kena tawakal inahu lah.
Bukan semua cukup, kalau tak cukup pun if bayar pakai kad debit sekalipun, akan refund terus, melalui duit atau voucher, jadi tak perlu nak meroyan ala pah bedah dari rumah ke rumah. Selepas korang maklumkan ke customer servis, selang 2 hari korang pasti akan dapat refund, tapi Cikza gemar memilih voucher sebab sehingga harini menjadi pengguna tegar.
KINI SEMUANYA MUDAH LEPAS ADANYA APLIKASI FOODPANDA DALAM TELEFON
Haaa! suami pernah beritahu, jangan dok sangat menyumpah kalau barang tak cukuplah, itu la ini lah. Haa! tengok dengan siapa lebih kau cinta kalau bukan FOODPANDA. Setiap minggu pasti ada sahaja Cikza akan membeli tau. Sebenarnya disebabkan Cikza mempunyai penyakit Auto-Imun yang menyebabkan terhad sahaja pergerakkan, Cikza lebih suka memilih buat tempahan barang basah secara online sahaja tau. Lebih-lebih lagi di Panda Mart, apa yang Cikza perlukan pasti ada.
Percaya tak, disebabkan Cili Merah Api tu habis, hanya satu barang tu sahaja pun Cikza gunakan Khidmat Foodpanda tau. Sampai laki kachak ai tercengang habis. Kalau orang tanya Cikza sahaja pasal barang dapur, confirm akan suruh korang-korang yang bertanya ni buka aplikasi FoodPanda tau senang tak perlu bersusah payah, tak cukup barang duit tetap refund. Lagi banyak membeli lagi banyak voucher yang akan korang dapat.
” Jangan sesekali menyumpah, confirm akan jatuh cinta. Itulah penangan kemudahan hujung jari sekarang..”
DULU MENYUMPAH, KINI PENGGUNA TEGAR FOOD PANDA
Okeh! usah dok perli lagi, meh Cikza kongsi dengan korang semenjak menjadi pengguna tegar ni kan ada banyak sebenarnya yang boleh Cikza kongsikan, tapi perkongsian yang ni selalu Cikza akan repeat lebih dari 3 kali ya. Bukan apa senang mudah dan memang sangat sedap dan berhampiran dengan tempat kerja dan rumah Cikza di cheras. Tapi kalau fast food Cikza tak kongsikan sebab rakyat Malaysia pun dah tahu kan mana yang rating tertinggi 5 keatas.
5 Kedai FoodDelivery Yang Mantap Dalam FoodPanda
- Jaz Sinar Klasik Enterprise
- Nasi Lemak Ayam Rendang
- Nasi Lemak Sotong
- Restoran Kari Kepala Ikan Kampung Pandan
- Mee Goreng Daging Basah
- Nasi Kandar Ayam Goreng
- Kedai Makan Kak Rose
- Sup Tulang Padu
- Mummy’s Secret Porrridge
- Bubur Ayam Full Set
- Warung Kak Leha
- Daging Masak Kicap Kombo
5 Kedai FoodDelivery Barang Basah Yang Mantap Dalam FoodPanda
- Pandamart
- Backup barang yang kurang macam sayur yang tiada dalam list
- Lotus Ampang
- Kebiasaan Cikza akan beli barang basah terus, depa anta fresh!
- LuluHypermarket
- Kedai topup jajan hahaha! ini wajib kalau sayur atau barang basah tiada seperti dalam list pun cikza akan beli dekat sini
- Village Grocer
- Kebiasaan kalau nak cari barang buat spageti, atau buah freshhh!
- Sri Segar Fresh Market
- Darurat kalau semua bahan tiada diatas hahahah!
Buat Duit Dengan FOODPANDA Pun Berbaloi, Sampai Boleh Berhenti Kerja Atau Pakai Sebiji Honda
Alahai, kita ni tidak mengalakkan sangatlah mereka yang berhenti kerja terus, kalau boleh sekadar part time pun buat tambah-tambah duit pun dah okeh. Siapa nak bagi gaji sehari RM12 kalau korang rajin. Kalau korang nak tahu, Rider FoodPanda pun dah boleh pakai sebiji Honda kalau korang betul-betul rajin, ada yang purata pendapatan tu sampai RM9k sebulan dan purata dua bulan kalau konsisten sahaja RM18k beliau dapat. Tapi if korang pilih full time. (Baca Sini Kalau Tak Percaya : Gaji FoodPanda RM18k)
Mana-mana yang rasa tiada pekerjaan tetap lagi, atau masih menjadi penganggur terhormat, cubalah jadi Rider Food Panda. Mana tahu kalau korang konsisten, setiap bulan capai target boleh jadi seperti mereka. Yang nak cari duit kahwin pun ramai yang buat servi Rider FoodPanda ni sebenarnya.
DAFTAR SEBAGAI RIDER FOOD PANDA