RESIPI UDANG GORENG KUNYIT BERKUAH | Assalammualaikum jika sebelum ni, Cikza pernah berkongsi dengan anda semua resipi Udang Goreng Kunyit, tapi itu versi kering. Kalini perkongsian Cikza mengenai udang ni adalah sama cuma membezakan ianya versi Udang Goreng Kunyit Berkuah.
Arwah mama selalu request lauk sebegini, dapat pula makan bersama nasi panas-panas lembut pula tu, memang kenalah dengan hidangan yang bakal di kongsi kan oleh cikza kalini. Kalau sebut sahaja udang, confirm dalam minda dah set buat sambal. Jangan risau kalau bulan puasa, waktu sahur lauk ni lah yang sentiasa menjadi pilihan.
RESIPI UDANG GORENG KUNYIT BERKUAH
Bahan-Bahan :
- 1/2 kilo udang sayur
- 1 ulas bawang holand / bawang besar dihiris dan dimayang
- 2 ulas bawang putih ( ketuk sahaja )
- 2 tangkai cili padi merah dihiris
- 1/2 inci halia di hiris halus
- 1/2 cawan Air Asam jawa
- 1/2 sk serbuk kunyit
- Garam
- Maggi Cukup rasa
- Minyak untuk memasak
Cara penyediaan :
- Perapkan udang sayur bersama garam dan kunyit dan biarkan selama 5 minit bagi ramuan tersebut bersatu.
- Panaskan minyak goreng udang yang diperap tadi dengan api yang sederhana. Kalau api terlalu kuat, nanti overcooked pula udang tu, kalau boleh bila separuh masak tu terus masuk bahan seterusnya
- Masukkan bahan hirisan tadi dan gaul bagi sekata antara udang dan bahan hirisan tadi. Mesra-mesra gitu
- Masukkan air asam jawa sedikit demi sedikit, sebab ada yang suka kuah berlebih ada yang sekadar sipi-sipi sahaja kuahnya.
- Perasa garam dan masukkan maggi cukup rasa, biarkan selama 5 minit sebelum tutup api.
- Bila dah masak boleh dihidangkan bersama nasi panas-panas.
HIDANGAN WAJIB WAKTU SAHUR KETIKA BULAN RAMADHAN
Kalau korang nak tahu, inilah lauk wajib waktu sahur tau, cukup ada telor dadar dan lauk ni memang dah cukup nikmat tak terkata. Gorengan kunyit berkuah ni bukan setakat udang sahaja, korang boleh gantikan dengan ayam, daging ataupun sotong tau. Bukan apa lauk-lauk sebegini kebiasaan laku keras di bulan ramadhan tau. Tak percaya cubalah buat. Penyediaan pun mudah sepantas 10 minit sahaja