RESIPI SINGGANG IKAN KEMBUNG MUDAH DAN CEPAT | Auchak! Kita bertemu lagi, lama dah gambar ni tersimpan dalam gallery handphone. Tunggu masa nak buat perkongsian sahaja. Harini Cikza nak kongsi dengan korang menu yang paling tersangat ringkas semudah ABC rasanya ramai yang selalu buat. Tapi tak kira nak kongsi jugak dekat korang. Menu Diet lah juga boleh dikatakan, sebab tak menggunakan minyak langsung. Singgang ikan kembung cepat dan mudah, kalau ada tetamu korang kena cuba buat, confirm tak pandang belakang.

Baru-baru ni sebelum Cikza sakit lah ye, kiranya tahun lepas lagi, Suami kachak kita teringin nak lauk simple singgang air tangan kekonon nak isteri montel dia masakkan lah ya. Macam selalu dekat kedai tu. Katanya lama tak rasa air tangan isteri sejak sakit lepas. Maka taknak lah dikatakan isteri derhaka jadi, teruslah ke dapur, mujur ada bahan yang semuanya cukup.

RESIPI IKAN MASAK SINGGANG MUDAH DAN CEPAT

Bahan-Bahan Utama :

  • 7 ekor ikan kembung anggaran nak nampak ala kedai beli lah saiz besar sikit
  • 4 batang sayur bendi
  • 4 keping asam gelugor ( 3 buat air rebusan ikan & untuk singgang )
  • garam
  • Maggi Cukup Rasa
  • Air

Bahan – Bahan Untuk Dihiris/ Ketuk 

  • 1 ulas bawang besar ( Hiris) atau 5 ulas bawang kecil
  • 1 ulas bawang putih ( 2x ketuk sahaja )
  • 3 batang cili padi ( 2x ketuk)
  • 1 inci halia ( hiris halus &kalau malas boleh 2x Ketuk)
  • 1 inci lengkuas ( hiris halus &kalau malas boleh 2x Ketuk)

Cara Penyediaan : 

  • Rebus ikan bersama, asam gelugor selama 10-15 minit dalam api yang sederhana. Setelah selesai Air rebusan jangan dibuang. Keluarkan dan asingkan untuk dijadikan ikan rebus goreng dan singgang
  • Dalam air rebusan tadi, campurkanlah kesemua baki bahan hirisan dan bahan utama yang belum dimasukkan lagi dan baki ikan yang hendak digunakan untuk masak singgang. Termasuk sayur bendi tadi
  • Renehkan dalam api yang sederhana dan biarkan selama 10-15 minit tujuan nak bagi bahan dalam tu bersatu dengan ikan tadi.
  • Baki ikan rebus tadi korang boleh lah terus menggoreng sehingga garing. Hidangkan bersama ulam, budu, petai dan tempoyak kalau adalah termasuk singgang dan nasi panas. Confirm bertambah-tambah.

Catatan Cikza : 

  • Cikza lagi senang dan jimat menggunakan air rebusan ikan, tapi sebelum tu perasa tahap kemasaman air tersebut, sebab masa merebus dah diletakkan asam gelugor, ada yang suka lagi masam, dan ada yang sedang-sedang elok sahaja
  • Selain ikan korang juga boleh gantikan dengan daging bagi mereka yang alah pada seafood. 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge