KENAPA ANDA WAJIB MENONTON VILLA KRISTAL TERBITAN WETV | Baru-baru ni Cikza ada menonton beberapa trailer drama kalau tak silap Villa Kristal, bakal ditayangkan di WeTV. Cerita ni mengisahkan tentang isu kekasih gelap vip atau kelas atasan. Rupanya baru tahu, drama ni arahan Kabir Bhatia dan Jason Chong, serius kalau Kabir Bhatia yang buat drama, jalan cerita mesti menarik dan meletop. Filem sepi arahan beliau pun, Cikza sering duk ulang-ulang sehingga hari ini.
Terbaru kini beliau mengarahkan drama berunsur komedi, Villa Kristal. Turut menampilkan beberapa artis yang pernah bekerja sama dengan beliau salah seorangnya Tiz Zaqyah. Selain itu juga drama ini turut menampilkan beberapa pelakon yang tidak asing lagi seperti Mawar Rashid, Mimi Lana dan Jasmine Suraya.
DRAMATIK, KOMEDI DAN KISAH MISTERI DALAM SATU DRAMA
Kisah Villa Kristal ni, memaparkan kehidupan Hani (Mimi Lana), yang menyamar sebagai menantu seorang ahli politik untuk mencungkil rahsia, drama dan masalah rumah tangga madu-madu dan kekasih-kekasih rahsia VIP terkenal yang mendiami “Villa Kristal”. Di sebuah Kondominium eksklusif “Villa Kristal” nama diberi ia turut didiami oleh golongan elit bersama-sama madu dan kekasih rahsia mereka.
Kiranya dalam drama ni, Demi untuk mencari bahan sensasi penulisan novelnya, Hani (Mimi Lana), seorang novelis wannabe yang naif terpaksa menyamar untuk membongkarkan kisah skandal setelah mendapat tahu bahawa isteri muda seorang Ustaz terkenal, Rose (Mawar Rashid), merupakan salah seorang penghuni di sana juga seorang selebriti dan pengacara terkenal, Ini termasuk juga masalah kawan-kawan Rose seperti Diana dan Angel. Bermakna task Hani ni perlu membongkar ketiga-tiga mereka di bawah satu Villa, wah! Jalan cerita yang menarik ni.
“ Kenapa mereka ni cari suami orang? Tak boleh ke cari lelaki single yang lain, Bahagia ke mereka, boleh ke hidup dengan tenang? Aku akan bongkarkan perangai mereka ..” – Hani ( Mimi Lana )
SETIAP WATAK MEMPUNYAI CERITA TERSENDIRI
Jom kita lihat peranan watak masing-masing, setiap watak ada drama dan cerita tersendiri. Selain Rose, Hani ni seorang yang terlalu naif. Biasalah, seorang novelis kan setiap jalan cerita perlu dikarang seperti jalan cerita yang sebenar. Baru seronok pembaca beliau nak membaca novel keluarannya. Angel pula, lakonan Jasmine Suraya, membawa watak sebagai kekasih gelap kepada ahli perniagaan yang berjaya bernama Robin lakonan Alvin Wong, disebaliknya merupakan guru yoga yang cantik dan bergaya.
Mampu membuat siapapun cair dengan gaya daringnya. Watak Diana lakonan Tiz Zaqyah, Diana ni seorang yang garang, serius tegas. Merupakan bekas kekasih kepada Idris lakonan Tony Eusoff. Walau beliau nampak bersahaja, namun ada sesuatu yang dipendam.
BABAK PANAS BAKAL LAKONAN YASMIN SURAYA BAKAL MELEDAKKAN LAGI DRAMA VILLA KRISTAL
Setelah meneliti kedua-dua video trailer ni, Cikza sangat tertarik dan tak sangka Yasmin Suraya agak berani melakonkan scene panas, yang terlalu daring dan menonjol sangat dalam drama tersebut. Memang ditunjuk betul-betul cara daring dalam trailer tu nampak seakan real, Scene tu memang buat Cikza nak rasa tepuk tangan, sebab Jasmine Suraya berjaya mengambil watak yang kena dengan beliau. Kalau korang tak percaya boleh tengok sendiri trailer tu.
Cikza yakin babak sebegini penting dalam perjalanan dan pengembangan cerita, sejurus selepas melihat scene panas Angel dan Alvin ni, confirm ianya bakal menaikkan lagi drama Villa kristal ni. Jarang Jasmine Suraya bertindak berani sebegini tau. Cikza yang tengok trailer tu pun tergoda if Cikza ni lelaki lah. Itu baru Cikza apatah lelaki yang lain hahahah! Confirm ramai tak sabar nak tunggu scene panas ni.
“ Sebenarnya tiada adengan sentuhan yang melampau antara saya dan Alvin, Kebijakkan pengarah menggunakan trick kamera untuk mencari sudut yang sesuai dengan babak intim tu, Dan selepas disuntinga ianya nampak seakan real bersentuhan tapi hakikatnya tidak…” – Jasmine Suraya ( Angel )
Dah nampak tak? Jadi itulah perkongsian secara jujur oleh Cikza, tapi ada beberapa lagi jalan cerita agak menarik. Tapi fokus Cikza dalam satu trailer ni adalah scene yang bakal menaikkan drama tersebut. Selebihnya korang sendiri kena tonton drama Villa Kristal yang bakal secara percuma dan eksklusif di WeTV
Cikza juga ada buat perkongsian mengenai Full Drama Villa Kristal setiap episod tau. (Jom Tonton Drama Villa Kristal) atau korang boleh terus follow WeTV Malaysia dekat situ ada pelbagai update drama terkini termasuk drama Villa Kristal yang bakal di tayangkan tak lama lagi.
WeTV Malaysia | Instagram WeTV | Facebook WeTV | Twitter WeTV | TikTok WeTV
Selain itu juga, korang boleh stream WeTV melalui telefon bimbit korang tau :-
Bagi Pengguna Android : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.tencent.qqlivei18n&hl=en&gl=US
Bagi Pengguna Apple : https://apps.apple.com/my/app/wetv-asian-local-dramas/id1441531611