Covid Stage 3 Dan Sle Flare Diuji Tanpa Mama Tersayang | Tatkala Cikza menaip ni, masih lagi di hospital dan menanti waktu untuk discaj sahaja. Seperti kebiasaan akan ada satu semangat yang sentiasa mengikuti perkembangan Cikza dari awal masuk ward sehingga discaj, cuma rindu panggilan insan yang bergelar “MAMA” baru 3 bulan lebih mama pergi namun sehingga harini, jujur Cikza tak seperti selalu. Hanya masa yang menentukan.

Bila kehilangan mama tersayang, seluruh jiwa dah di bawa sekali oleh mama, mulut orang mung boleh kata be strong, tapi itu dah syukur untuk kembalikan semangat Cikza kembali. Cuma hanya masa yang menentukan. Siapa tak sedih kehilangan mama dalam sekelip mata, dan everything will show down, and ada people talk behind back, and ada people yang down kan kita. anda ada people tikam dari belakang. Dan sebab itu lah azam tahun 2022 ni i nak sikitkan circle positive.

COVID STAGE 3 & SLE FLARE PEMBUKA TAHUN 2022  

Rasanya awal tahun 2022 ni, bagi Cikza tak rasa sangat produktif, bukan apa semua yang sepatutnya on planning terus jadi drop down, lagi bertambah bila kehilangan bonda tercinta. Lagi bertambah drop down, banyak planning yang telah disusun by monthly, tup-tup alahaii. Apa nak buat semua atas arahan jadi kena patuh jerlah, jadi planning tu di bawa kepada tugasan hakiki selesai bekerja, Alhamdulillah setakat progress ada 3-4 sudi bekerjasama dengan Cikza Com Network untuk hire blogger naikkan produk mereka.

Lupakan seketika pasal kerja, kita buka cerita Covid-19 pula. Tarikh 17 Januari memang keramat, tak pernah minta pun untuk merasa, tapi mungkin allah nak uji jadi Cikza terima sekali lagi ujian ni. Waktu tu sebenarnya memang dah terasa badan tak berapa sedap, kerap demam dan sentiasa sendi membengkak. Tapi siapa yang kenal Cikza pasti akan tahu, Cikza tak suka nak layan sakit-sakit manja ni. Cikza kalau dah betul-betul tak larat baru akan minta suami atau abah bawa terus ke hospital.

Ceritanya memang 2 hari sebelum disahkan Positif Covid-19 Stage 3 ( Long Covid ), Cikza ulang alik temujanji di hospital, hakikat sebenarnya lah SOP dah disediakan ramai yang tiada kesedaran, sepatut di Check-in dan semak suhu, walhal ada lagi yang masih tidak buat terutama di kaunter farmasi hospital tersebut. Redha jerlah kalau berpunca dari situ pun. Agaknya lepasni kena letak Rela yang bertugas baru nak jadi disiplin agaknya.

Tanda-tanda Cikza alami sebelum di sahkan Covid – 19 

  • Cirit Birit berturut sampai tak tidur malam
  • Makan Tak berapa selera
  • Kerap Muntah
  • Demam
  • Lemau Badan
  • Stress
  • Sendi membengkak sekitar part jari
  • Hilang deria bau ( time Cirit tak rasa apa langsung, rasa macam makanan lalu camtu je )
  • Batuk

Waktu di sahkan tu, masa prosedur nak kemasukkan wad, semua pesakit kena buat swab test, sekali tersangkut. Waktu awalan kalau nak tahu, Cikza disahkan Stage1 sahaja, hanya simptom biasa. Selepas hari 5 kuarantin, waktu tu semua selepas buat beberapa ujian, CT Scan paru-paru dan Xray terdapat air dan beberapa tompokan kuman di sekitar paru-paru dan Doctor yang merawat pesakit Covid sendiri mengesahkan Stage 3 (LongCovid)

Rawatan Dalam Wad Sewaktu Di kuarantin

  • Meta Pred drip
  • Hydrocod drip
  • Potasium Drip
  • Calcium
  • Antibiotik Drip
  • Loratadine
  • Becotide Puff/Ventolin Puff
  • Ubat Cair darah ( Cucuk Sendiri )
  • CT Scan Paru-Paru
  • Xray Paru-Paru
  • ada lagi beberapa treat tapi lupa.

Maka pulun beberapa hari lagi dalam wad kuarantin Cikza terpaksa menahan sakit, stress akibat ambil darah, on beberapa jenis ubat dan sentiasa update MySejahtera kena jawab beberapa soalan termasuklah jawab beberapa panggilan dari Klinik Kesihatan,  Suami dan adik pula kategori kontak rapat. Tapi salah sorang tu dah ambil booster cuma kuarantin 5 hari sahaja.

DIUJI SAKIT TANPA MAMA TERSAYANG

Bayangkan bila kita sakit, siapa akan selalu dengan kita. Jika dulu, 24hr mama akan sentiasa bagi kata-kata semangat dan sentiasa bertanya khabar setiap beberapa jam. Walaupun ayat beliau sangat brutal, cukup buat aku berdekah dan terhibur dengan typo nya, dengan lawaknya as a part kalau dia typo selalu adik yang menyakat dia. Lepastu, setiap jam 2 dia selalu bagitahu dah siap masak, nanti suruh aiman bawa makanan hahah! tapi kadang jam 2 dia suruh anta tapi dia pula jadi pacak depan wad. arghh rindunya!!!

Tapi tu semua dulu, sekarang “Mama dah ke negeri abadi, syurga buat mama…” selepas mama takde, jujurlah pada diri sendiri. Cikza pun tak tahu nak ungkap bagaimana, Cikza lagi banyak menyendiri, menangis, memendam rasa, mudah terasa dan paling terkesan semua tu sterjadi selepas mama pergi. semuanya ibarat kita buat sorang diri.

Cikza berharap sangat, kembalikanlah keceriaan, dan semangat Cikza seperti dahulu yang periang, suka buat orang happy gelak dan kuat makan dan sebagainya. Tapi semua tu memerlukan masa. Jujur lah Cikza sekarang ni sangat memerlukan sokongan yang penuh terutama dari keluarga. Satu jer nak pesan, biarlah kita agungkan orang tua (Mak dan Abah termasuk adik beradik) kita sendiri, kerana mereka yang membesarkan kita. Syukurlah allah beri keluarga, dan sahabat yang sangat positif tak putus beri kata semangat, dan doa. Serta ada yang memberi air penawar penyakit dibaca yasiin bagi pulihkan semangat selepas ketiadaan mama dan hadap ujian penyakit ni lagi.

Dan jangan sisih orang yang pernah lukakan hati kita kerana hat tu lah sebenarnya yang selalu dari jauh bertanya khabar kita. dan setiap masa minta telefon kita setiap 2-3 hari yaa sambil mengesat air mata saat kita perlukan “MAMA”  ini bukan meraih simpati, tapi ini pengalaman sendiri. Sepanjang 36 years yang pernah lalui menerusi rambang 4 mata bukan dengar dari mulut orang tepi. (maybe sebab aku manja). 

KORBANKAN SAKIT SEMATA INGIN ZURIAT

Tak minta banyak, baru ni temujanji merayu pada Doctor pakar, nak minta salah satu ubat untuk di hentikan, sebab nak zuriat. ALhamdulillah Doc luluskan dan kena buat beberapa ujian sebelum nak hamil. Tapi kena rehab badan selama 3 bulan. Kemungkinan Cikza akan memilih IUI untuk dapatkan zuriat, salah satu faktornya adalah usia. Doakan Cikza dan suami ya, Cikza faham, ramai di luar sana ada yang senasib dengan Cikza, tapi tak salah kita mencuba ikkhtiar dan berusaha. Semoga allah gantikan pelangi indah dengan hadirnya zuriat buat Cikza sekeluarga. amin!

 

One thought on “COVID-19 STAGE 3 DAN SLE FLARE DIUJI TANPA MAMA TERSAYANG”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge