MAKAN NASI GORENG BODOH JE PUN DAH NIKMAT

MAKAN NASI GORENG BODOH JE PUN DAH NIKMAT |  Lama juga tak update resepi kan. Asyik drama hangat je. Tapi harini perkongsian Cikza adalah mengenai resepi Nasi Goreng Bodoh. Kalau sebut sahaja menu tu, confirm ramai yang angkat tangan. Kebiasaan abah yang selalu nak sangat nasi goreng bodo tapi pedas. Pada Cikza ni simple je pun, tak perlu nak buh isi ayam lah bagai atau yang menyusahkan kepala otak untuk berfikir. Nasi Goreng Bodoh ni, Cikza rasa pasti ada kenangan nostalgik dekat korang kan. Maklumlah benda simpla sangat. Terutama zaman kekecik memang pasti lah korang akan ada kenangan nasi goreng bodoh ni. Kalau ingat kembalik rindunya zaman kekecik dulu.

Nasi Goreng Bodoh ni kalau makan panas-panas memang nikmat, di tambah ada nescafe tarik segelas, memang kata orang dah complete terus kehidupan seharian. Nasi goreng Bodoh ni kebiasaan khusus untuk mereka yang rasa malas tapi lapar. Yang penting tak perlu banyak ramuan pun takpe. Yang penting ada telor hahahaha. Dulu teringat zaman tetengah malam sebelum kahwin, memang jam 1 je kalau ada nasi, confirm cari bahan buat nasi goreng bodoh sambil layan drama tengah malam. Yang rajin melayan nasi goreng bodoh tetengah malam , adik aku. Dalam tidur boleh terjaga terus makan satu meja bersama.

Resepi Nasi Goreng Bodoh 

Bahan-Bahan :

  • 2 cawan Nasi Putih
  • 3 Sudu Besar Cili Boh
  • 5 Tangkai kacang panjang ( hiris halus atau ikut suka )
  • 1 ulas bawang besar hiris
  • 1 ulas bawang putih ( ketuk sahaja)
  • 1 Sudu Besar Kicap Manis
  • 1 biji Telor Ayam
  • Garam
  • Maggi Cukup Rasa
  • Minyak Masak
  • ** Hirisan Cili Padi Merah

Cara Penyediaan :

  • Panaskan minyak masak, tumiskan bawang putih dan cili boh  sehingga garing, masukkan bawang hiris. ( ** nak pedas buh hirisan cili api merah )
  • Pecahkan telor dan kacau-kacau ala telur hancur
  • Masukkan garam, Maggi Cukup Rasa, dan Kicap. Gaul bagi sekata dn biarkan 3-4 minit dahulu.
  • Masukkan nasi dan kacau sekata bagi rata.
  • Masukkan Kacang panjang yang telah dihiris tadi, kacau seketika.
  • Hidang sambil makan panas-panas.

 

 

One thought on “MAKAN NASI GORENG BODOH JE PUN DAH NIKMAT”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge