Cara Turunkan Berat Badan 13kg Tanpa Pil Kurus Hanya Kawal Makan | Jujurlah Cikza dah cuba macam-macam cara nak turunkan berat badan. Tapi semuanya menjadi lepastu berat naik mendadak. Yang tu Cikza tak suka. Awal tahun semua orang punya perancangan. Salah satu keinginan Cikza adalah ingin berat badan angka 6 di depan. Tapi tahu itu agak mustahil.

Kata orang sakit ni, datang tidak diminta tapi ujian tu buat apa keinginan aku tercapai. Cuma kena struggle, Lepas disahkan SLE aktif, semua hormon dalam badan terus bertukar. Kalau dulu aku seorang pemakan. Jujurlah aku memang seorang pemakan yang kata orang akan cari sentiasa makanan sedap, fast food, pasta atau sebagainya. tapi tu dulu.

 

Disahkan Food Allergic sekitar bulan April waktu tu 82kg terus down, bila tersilap makan akan terus naik kemerahan dan allergic satu badan. Tapi paling menyampah di tapak kaki. Dulu arwah mama yang banyak perhati tindak-tanduk makan setiap hari. Sampai satu tahap dia sekat semuanya. Bermula dari tulah, Cikza belajar kentalkan hati, disiplin. Cuba elakkan apa yang boleh dan tak boleh dimakan. Tak payah nak rujuk-rujuk mana surgeri kurus pun. Sebenarnya ada surgeri yang menawarkan untuk buang lemak kita.

82KG Berat Masa Admit Dalam Ward, Kejamnya Angka 8 Depan Tu

Temujanji pertama selepas discaj, berat Cikza 77kg waktu tu, Doc memang suggest turunkan berat badan, sampai dia kata nak refer MAC semula wajib turunkan berat badan. Masa tu juga, salah satu rupanya ujian Food Allergik ni lah yang menentukan masa akan datang CIkza. Ambil kesempatan dalam masa sama disiplinkan diri.

Temujanji kedua pula, berat Cikza turun 72kg. Ingat lagi, terkejut terus, sampai suami duk perli-perli gurau macam-macam. Tapi kalau nak tahu, rumah Cikza takde penimbang berat badan, jadi harapkan temujanji doctor sahaja lah untuk tahu, berapa KG naik atau turun.

Cikza sendiri hanya avoid makan tapi tak sedar berat Cikza sendiri dah makin turun rupanya, lepas arwah mama meninggal, Cikza memang betul-betul kurang selera makan. Banyak perkara kena fikir waktu tu, selesaikan urusan mama, makan pun tak terjaga.

Bila baru-baru ni dapat je masuk decalthon, terus cari penimbang, terkejut habis bila tengok angka 6 di depan. Berat Cikza turun sampai 67kg dari 82kg tau. Walau susut asbab sakit, tapi kesempatan harus diambil juga. Whistlist tahun 2021 tercapai juga. Tapi terkejut sampai sekarang masih ada, tapi syukur, next tahun 2022 dah boleh buat perancangan keluarga.

Menu Sepanjang 8 Bulan Turun 13kg 

Kalau arwah mama ada, udah di panggilnya nama kita “Timah Gelek” sebab montel kan. Tapi arwah tak dapat nak tengok kejayaan anak beliau. Rutin ni kadang Cikza buat kadang tidak, tapi cubalah ikut confirm 13 kg dalam masa setahun tu berbaloi. Takde video tutorial tau, tapi yang ada ini rutin jujur dari Cikza ya.

Menu Pagi : 

  • Nasi Lemak + Limau Kosong Suam ( Portion Nasi Lemak Adalah Suku sahaja )
  • Roti Canai + Limau Kosong Suam
  • Roti Bakar + Limau Kosong Suam

Menu Lunch : 

  • Nasi suku (3 sudu) + sayur ( Cikza tak makan nasi, if pagi dah ambil nasi lemak )
  • Tembikai + marigold oren
  • Tembikai + Mineral water
  • Oreo / Chipsmore + Hot Water ( Nescafe hehehe ai tetap ambil kaffeine)
  • Tembikai / Buah-Buahan lain

Menu Malam 

  • Nasi suku (3 sudu) + ikan goreng ( Cikza tak makan nasi, if pagi dah ambil nasi lemak )
  • Biskut tawar + teh o
  • Biskut tawar + milo kosong
  • Buah-Buahan + marigold oren atau sunquick oren
  • Oat Coklat + Biskut Tawar (Hancurkan)

Menu Supper (Biasanya jam 1-2 pagi Cikza akan terjaga cari makanan)

  • Buah-Buahan (Cikza pilih strawberi sebab masam, salah satu lawaskan pembuangan di awal pagi)

Inilah laluan sebagai pesakit food allergic, fungsinya mudah, kalau kita disiplin macam kita hari-hari check-in My Sejahtera, penghujung bermacam hasil kita akan dapat. Tapi sesekali Cikza cheat juga, makan ayam goreng, tapii satay tetap makan seminggu sekali tau, hanya satu kedai sahaja yang serasi dengan Cikza, sebab lepas makan memang tak naik pun allergic padahal dah makan ayam. Tapi semenjak kena Food Allergic ni, hanya ayam nutriplus sahaja yang Cikza akan borong.

Minum Air Sejuk Setiap Bangun Pagi, Lawaskan Pembuangan

Makan je macam biasa tak usah fikir apa-apa, senaman? Cikza hanya buat senaman naik tangga sahaja, dan berjalan jauh. sebab Lutut kita dah expired. Dan Cikza ada SLE Athritis. Kebiasaan akan serang sendi-sendi jadi dulu Cikza sangat aktif, now kena berpada-pada. Tapi kalau korang buat senaman insha allah cepatlah turun berat tu. Untuk makanan sedap-sedap lah kan, biasanya kalau pergi kedai-kedai tomyam ni, Cikza akan makan nasi 3 sudu sahaja atau makan lauk sahaja. Yang paling penting teguklah mineral water sekurang 2 liter sehari.

Hasilnyaa (Rujuk Gambar Bawah Sampai Habisss)

Ini cara Cikza semoga korang pun boleh target dan whislist tahun ni akan tercapai. Yang tak sangka lah, masa awal-awal dlu jari tak muat nak pakai Cincin nikah mama, bila dah jumpa balik beg barang kemas mama yang salah letak ritu, terus cuba semua cincin beliau, dah berjaya satungkan tau. Yang penting istiqamah. Tips terakhir nak lawaskan pembuangan, Setiap celik je mata, minum air sejuk terus, tunggu 10-15 minit confirm membuang.

Sebelum Menangis Tengok Berat Badan

Selepas Berjaya Turunkan Berat Badan

 

 

4 thoughts on “CARA TURUNKAN BERAT BADAN 13KG TANPA PIL KURUS HANYA KAWAL MAKAN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge