Panduan Dan Tips Tips Motivasi

605,000 Usahawan Bangkit Dari Pandemik Kejayaan RichWorks 2021

605,000 Usahawan Bangkit Dari Pandemik Kejayaan RichWorks 2021 | Cikza sebenarnya dari awal lagi suka mengikuti perkembangan RichWorks bukan apa, sebab kagum ada bangsa melayu sanggup berhabis tenaga ingin membantu usahawan yang bermula dari bawah. Kalau kemunculan awalannya penuh kontroversi, kini RichWoks mampu tersenyum bangga kerana telah melahirkan 605,000 usahawan sahaja yang bangkit dari pandemik melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu. Bangga dengan Kejayaaan RichWorks

Rasanya korang pun tahu, tahun 2021 adalah tahun yang dikatakan pelbagai dugaan dengan musibah Covid-19 yang menghadkan jualan, dan yang terkini musim bah banjir besar. Rasanya terlalu ramai yang terkesan dengan bah tersebut termasuk usahawan-usahawan sendiri. Dan salah satunya sahabat saya sendiri yang terkesan adalah sahabat saya sendiri. Rasanya hampir terduduk asbab semua musnah dalam sekelip mata.

RICHWORKS DIKATAKAN KHAYALAN SEMATA-MATA

Jika kita sebut sahaja RichWorks ramai yang mengatakan ianya khayalan semata-mata, kelas tak berbaloi dengan harga dan macam-macam yang Cikza dengar. Tapi sebenarnya nama RichWorks International ni telah sinonim dengan kepakaran motivasi speaker di peringkat antarabangsa. Tapi lebih terkenal di Malaysia membantu Usahawan yang betul-betull ingin berjaya. Nak jadi usahawan kena korban masa, tahan cacian makian semuanya, mana ada jalan singkat nak terus berjaya. Bayangkan dalam setahun beberapa Usahawan telah mendapat pendapatan 1 juta dari profit beliau, apatah kita yang terus mengata langsung tak bertindak seperti mereka.

Asbab sebab itu juga, pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19 ini termasuk ibu mertua beliau yang meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan. Dan Alhamdulillah sehingga harini diberi peluang kedua untuk bernafas sehingga harini. 

DIBERI PELUANG KEDUA TEKAD BANTU USAHAWAN TERKESAN DILUAR SANA

Diberi peluang kedua ni, beliau manfaatkan sebaik mungkin dan Cikza begitu kagum beliau push diri beliau 24/7 turun padang bantu usahawan yang sama-sama terkesan dalam pandemik dan bah banjir, RichWorks pun jangan kata gah, mereka pun hadapi duagaan banjir bah besar haritu tau rupanya, banyak keperluan dan kerosakkan yang perlu ditangguung tapi itu tidak patahkan semangat Datuk Wira Dr Azizan Osman sama-sama bantu menaikkan semula RichWorks dan dalam masa sama turut fokus usahawan yang juga terkesan. 

Berbekalkan kecekalan beliau sendiri komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang. Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. Sekurangnya dapat membantu usahawan menaikkan kembali produk-produk mereka yang terkesan sepanjang pandemik dan musibah tempohari. Secara puratanya RichWorks telah melahirkan 605,000 usahawan sahaja yang bangkit dari pandemik melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu. Ini satu pencapaian yang cukup membanggakan di bawah Richworksacademy. 

RICHWORKS NAMANYA GAH DI DEWAN RAKYAT TERMASUK RICHWELL

Percaya atau tidak, nama RichWorks kini telah hangat menjadi sebutan di Dewan Rakyat melalui Program Wanita Bangkit Berniaga (WBB) dan paling membanggakan ianya salah satu kejayaan hasil kolaborasi dengan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Nama ini di angkat oleh Datuk Seri Rina Harun sendiri dalam dewan rakyat bagi menampakkan sendiri betapa RichWorks sangat membantu Usahawan golongan wanita yang turut terkesan.

“Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga…”

Sementara itu,Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell). 

“Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, projek pahala RichWorks juga diteruskan dengan ahli Titanium & Spire yang juga turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini. Dan menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul. Allah sangat besar kejayaan yang di buat dalam diam sdan baru harini Cikza berjaya kongsikandengan semua. 

BUKAN OMONGAN KOSONG SAHAJA DAN BOLEH DIKATAKAN FROM ZERO TO MILLION KINI BERMULANYA DI SINI

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).Bermula dari awal penubuhannya ia boleh diklafikasikan sebagai syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini dan  tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi. Kini RichWorks setanding dengan nama motivasi antarabangsa yang perlu kita banggakan.

Buktinya??????

Alhamdulillah pada tahun lalu, Richworks bantu rakyat dengan jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion. Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX). Termasuk melalui program bimbingan Spire yang melatih dan menyediakan usahawan untuk capai jualan RM1 juta pertama setahun, dan paling membanggakan sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya dan yang terakhir sebanyak 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021. 

Syukur, dalam diam walau di cemuh Richworks prihatin tetap berdiri teguh untuk membantu kesemua usahawan yang komited untu di bantu agar lebih terus maju ke hadapan. Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT. Dengan rekod prestasi yang terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

TENTANG RICHWORKS & KISAH KEJAYAAN SEPANJANG TAHUN 2021

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).  Merupakan Syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan yang telah berjaya lahir ramai usahawan yang sangat komited. ini dapat dibuktikan oleh video Perjuangan Richworks 2021 & Perjalanan RichWorks 2021di bawah yang boleh ditonton bersama. 

Visi RichWorks adalah menjadi ‘Netflix’ Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian – RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

 

 

 

 

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge