Dagu Berlapis Dan Kulit Kusam? Safi Youth Gold Kan Ada | Haluuuu! Assalammualaikum semuanya, Pagi-pagi Cikza nak kongsi dengan korang produk terbaru keluaran Safi Malaysia ni yang tengah hangat. Ramai yang tengah duk hangat perkatakan ni, produk apa tadi ehh! Pasti ramai pembaca blog Cikza merupakan pengguna tegar Safi Malaysia, keluaran kalini merangkumi Safi Youth Gold iaitu Lifting Golden C Duo Serum dan Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser. Bagus ke tidak wajib baca sampai habis, jangan sekerat-sekerat tau. Kalau dulu Cikza pengguna Wardah Acnederm tapi kisah jerawat pun hampir sihat, tup-tup nampak jeragat dekat muka.
Seperti yang korang pernah dengarlah kan rangkaian jenama Safi ni adalah satu jenama yang terkenal juga dekat Malaysia dan menjadi Halal skincare No. 1 dekat Malaysia ni. Rupanya baru-baru ni Safi ada keluarkan rangkaian Safi Youth Gold katanya upgraded version untuk Safi Rania Gold. Fokus utamanya memang untuk masalah aging dengan formulasi yang baru tapi dengan harga yang mampu milik. Serius Cikza teringat dengan Arwah mama, beliau pengguna tegar Safi Gold Rania tau.
Dagu Berlapis Dan Kulit Kusam Punca Utama Cikza Hadapi
Sedar atau tidak bila kita semakin berusia, penghasilan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan tau! Jadi kulit yang sihat perlukan penjagaan yang rapi. Masalah wanita Malaysia setakat ni apa yang Cikza nampaklah, kebanyakkan mempunyai jeragat di sekitar muka dan dagu berlapis terutamanya. Bila kita acuh dan acuh dalam penjagaan muka, waktu penghujung usia baru lah rasa menyesal. Dah sedar belom korang betapa wajibnya penjagaan muka ni.
Kalau korang nak tahu Cikza ada dua masalah utama semenjak usia makin meningkat ni tau, dagu berlapis dan jeragat hitam di muka. Semenjak baru tahu Safi mengeluarkan rangkaian baharu atasi masalah anti penuaan dan menganjal (anti aging dan lifting skincare) katanya dapat mengurangkan isu tentang penuaan seperti double chin atau kulit kendur yang boleh menyebabkan wanita berubah menjadi kurang keyakinan diri! Baru 5 hari penggunaan terasa lah perubahan sedikit. Awal lagi kan. Yang penting semuanya *Berdasarkan ujian saintifik dan klinikal.
Kelebihan Safi Youth Gold iaitu Lifting Golden C Duo Serum dan Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser
- Membantu mengurangkan *50% double chin sepantas 15 minit ajer! (Percaya atau Tidak Kena Cuba Dahulu)
- Diformulasi dengan Teknologi Golden C-Lift iaitu vitamin C yang diperkuatkan dengan Nano Emas 24K agar lebih berkesan
- Merawat secara Mikro dan Mengurangkan Tanda Penuaan seperti Dagu Berlapis dan Kulit Kendur
- Tampil Lebih Muda dengan Wajah Lebih Anjal, Runcing dan Tirus
- Ringan, Pantas Meresap, Tidak Melekit dan Selesa pada Kulit
- Kaya dengan Duo Age-Correcting Actives iaitu gabungan Golden C dan Ceramide 3 untuk ‘7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit’ yang boleh :
- Menegangkan kulit,
- Meningatkan keanjalan,
- Mengurangkan garis halus dan kedutan
- Meningkatkan kelembapan kulit
- Melindungi kulit dari pengoksidaan,
- Meningkatkan kehalusan kulit
- Memperbaiki kulit rosak.
Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser
Pembersih wajah diformulasi dengan 24K serum emas yang akan buat kulit jadi lebih lembut dan menganjal walaupun usia semakin senja. Mengandungi bahan aktif yang mengembalikan keremajaan iaitu Triple Gold, Asid Hialuronik Super dan formulasi Anti PM2.5 dapat membersih dengan lembut sambil menghidrat secara intensif dan menganjal agar kulit tampak lebih halus, terhidrat dan anjal.
Dengan Teknologi Golden C-Lift yang turut menggabungkan beberapa bahan-bahan dengan kuasa anti-penuaan dan menganjal Golden C dan Nano Emas 24K yang dapat meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk merawat secara mikro, menegang dan menganjalkan kulit matang, menjadikannya lebih awet muda, tegang dan anjal. Lepasni kalau kulit makin flawless confirm laki ai tak senang duduk.
- Golden C – Antioksidan yang melindungi kulit dari pencemaran luaran merbahaya dan merawat struktur kulit secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit.
- Nano Emas 24K – Mengembalikan ketegangan dan menghaluskan tekstur kulit untuk kulit yang lembut dan anjal.
- Triple Gold – Melindungi kulit dari radikal bebas, meningkatkan keanjalan kulit dan menaikkan seri wajah.
- Asid Hialuronik Super – Mengunci kelembapan kulit dengan berkesan, menghidrat dengan intensif dari dalam dan meningkatkan keanjalan kulit agar terhidrat dan anjal.
Cara Penggunaan Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser
- Cuci muka dan bersihkan wajah dari sebarang solekan ini penting untuk buang segala kekotoran yang ada.
- Picit cleanser ke tapak tangan dan gosok sehingga berbuih kemudian sapu buih ke muka dan Urut secara perlahan dengan lembut menggunakan dan jangan memberi tekanan kepada wajah
- Kemudian, bersihkan muka dengan air. Jangan terus lap muka dengan tuala selepas dicuci kerana ini akan akan mengeringkan kulit muka.
- Untuk hasil yang terbaik gunakan bersama toner dan sapu bagi mengecilkan pori, dan oles moisturizer dan serum
Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum
Formulasi serum ringan dan berkesan yang diperkaya dengan kuasa Aktif Duo Age-Correcting iaitu gabungan Golden C dan Ceramide 3 untuk memberikan °Pembaharuan Keremajaan Kulit 7D dengan menegangkan kulit, meningkatkan keanjalan, melindungi kulit dari pengoksidaan, meningkatkan kehalusan kulit dan memperbaiki kulit rosak. *Kulit kelihatan lebih tegang seawal 15 minit agar lebih muda, anjal dan berseri.
Teknologi Golden C-Lift menggabungkan bahan-bahan dengan kuasa anti-penuaan dan menganjal Golden C dan Nano Emas 24K yang dapat meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk merawat secara mikro, menegang dan menganjalkan kulit matang, menjadikannya lebih awet muda, tegang dan anjal.
- Golden C – Antioksidan yang melindungi kulit dari pencemaran luaran merbahaya dan merawat struktur kulit secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit.
- Nano Emas 24K – Mengembalikan ketegangan dan menghaluskan tekstur kulit untuk kulit yang lembut dan anjal.
- Ceramide 3 – Menguatkan lapisan kulit untuk mengunci kelembapan, menghaluskan tekstur kulit dan meningkatkan seri wajah.
Cara Penggunaan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum
- Nak kesan lagi baik titiskan 2 atau 3 titisan ke wajah atau letakkan titisan di tapak tangan, sapukan ke wajah dengan membuat urusan lembut sehingga serum meresap ke kulit wajah.
- Oles secara lembut dan bagi sampai meresap dalam kulit. Jangan sesekali beri tekanan pada kulit.
Safi Youth Gold iaitu Lifting Golden C Duo Serum dan Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser Sangat Membantu Cikza
Pertamanya setelah Cikza mencuba sendiri kedua produk ini cukup membantu kulit Cikza yang inginkan Nampak lebih anjal, tegang dan termasuk dapat mengurangkan garis-garis penuaan dan jeragat disekitar muka yang hampir kelihatan. Cikza nak syorkan pada mereka yang kini mempunyai masalah kulit disebabkan fakto usia, cubalah kedua-dua produk ni memang sangat sesuai dan harga pun mampu milik
SAFI ni sebenarnya adalah jenama yang dah lama bertapak di Malaysia dan bukan produk baru bahkan cukup dikenali dalam membantu penjagaan kulit wajah dan tidak dinafikan ianya sangat membantu untuk mereka yang inginkan kulit yang Nampak mulus dan cantik. Tak rugi untuk dapatkannya.
Cara Nak Dapatkan Produk Safi Youth Gold
Jom dapatkannya di semua cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring serta laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee & Lazada.
|
Butiran lanjut dan update terkini juga sebarang promosi korang boleh sahaja dapatkannya di :
Instagram – @safimalaysia
Facebook – @SAFI.My
Twitter – @SAFImalaysia
Youtube – SAFI Malaysia
#SafiYouthGold #SafiMalaysia #SkincareMalaysia