Rindunya Zaman Budak Hingusan Baru Nak Belajar Kenal Game Online

Rindunya Zaman Budak Hingusan Baru Nak Belajar Kenal Game | Rindunya zaman masa mula-mula mama beli komputer untuk kegunaan beliau siapkan tugasan kerja. Tapi saya waktu tu, curi-curi guna sebab ada game solitaire dan minesweeper dalam tu. Siapa yang pernah gua PC versi microsoft awal-awal dahulu mesti tahu game-game yang Cikza sebut. Tapi game online ni dapat mengeratkan kami laki bini tau

Menariknya Permainan Online Dapat Mengasah Minda 

Game yang Cikza minat adalah Solitaire, rasanya ramai yang tahu game tu dah popular ada dalam PC sejak zaman Cikza sekolah Rendah tau. Setiap kali balik sekolah sahaja, mesti buka PC semata nak main game solitaire sahaja. Solitaire tu kalau korang nak tahu, alah yang susun card ikut corak yang ditetapkan.

Memang asah minda betul main game tu. Nak-nak bila tiada yang sepadan dengan corak yang di perlukan. Memang menguji kesabaran lepastu nak selesaikan mengikut masa yang di berikan. Bila ada masa terluang seronok main game yang ada dalam online ni, sebab di samping dapat uji kesabaran lepastu dapat pula asah dan tajamkan minda termasuk penglihatan kita.

Rupanya Ingatkan Game Solitaire Tu Dah Pupus

Baru-baru ni, tiba-tiba sedang borak dengan adik pasal game-game online, tiba-tiba beliau duk sebut pasal solitaire. Rindunya nak main game tu. Yang ada dalam PC atau laptop tak sama macam dahulu. Dalam duk scroll tu terbacalah blog eksplorasilea.com pasal game solitaire. Tak sangka rupanya ada lagi solitaire memang sama macam dulu.

Selepas mencuba memang ambil masa berjam-jam juga duduk depan laptop semata main game solitaire ni. Tapi Cikza nak kongsi juga. Kalau nak diikutkan memang seronok sebenarnya main permainan PC percuma macam Solitaire ni. Dalam masa kita nak kejar masa dan point untuk lengkapkan semua kad yang ada tu. Secara tak langsung  kita akan jadi lebih peka, belajar untuk berfikir dengan lebih pantas dan penglihatan tajam.

Setelah kesemua kad-kad sudah disusun dengan betul dan teratur. Waktu ni rasa macam lepas azab tau sebab dah berjaya selesaikan misi tersebut dan ianya  macam suatu kelegaan tau.  Hilang sekejap tekanan waktu tu. Tak mustahil lah game ni menjadi kegilaan satu masa dulu, tak percaya cuba tanya abang dan kakak korang.

Rupanya Banyak Game Yang Boleh Kita Main Secara Online Tanpa Perlu Muat Turun Pun 

Setelah Cikza mencuba web Solitaire.org ni, rupanya banyak game-game percuma lain yang disediakan antaranya mencari barang yang tersembunyi. Game ni pun menjadi kegilaan Cikza sehingga harini. Jika ada masa terluang memang akan main game-game cari barang tersembunyi. Boleh jadi leka juga main game ni. Kalau dah biasa memang sekejap je ambil masa nak selesaikan semuanya. Tapi kalau pertama kali, memang ambil masa berjam-jam dibuatnya.

Tadi cabar diri, battle dengan suami kacak main game The Hidden Object ni, memang seronok disamping dapat luang masa berdua dan dapat mengeratkan lagi kasih sayang kami laki bini, hahahahah! Tapi suami kacak pula dah terjebak main game solitaire ni, katanya game ni lah yang buat dia rindu zaman kanak-kanak dahulu. Rupanya ingat kita seorang sahaja yang rindu zaman budak-budak. Dia pun sama. Kami kongsi minat yang sama rupanya.

Memang terbaiklah Solitaire.org ada macam-macam game yang boleh korang main secara online tanpa perlu muat turun. KIta hanya main game yang rasa sesuai dengan kita sahaja. walaupun dalam tu ada macam-macam game lain seperti mahjong, crossworld puzzle dan sebagainya. Jadi kita kena ambil langkah yang bijak memilih game yang bersesuaian. Tak rugi mencuba main game online ni asal kita berpada-pada.

Jom Main Game Percuma Di

Solitaire.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge