Resepi Sambal Udang Nasi Lemak Padu Confirm Bertambah-Tambah | Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Macamana Cuti Hari Malaysia harini? dah ada yang dah pergi berkelah bersama keluarga ke? Bagi suri rumah tangga macam Cikza ni ada yang dah mula masak ke? Harini Cikza nak kongsi dengan anda semua Resepi Sambal Udang Padu Confirm Bertambah-tambah. Bukan apa, resepi ni ada juga yang mereka ambil untuk buat jualan nasi lemak dalam pandemik Covid ni.

Sambal Udang ni, kalau ada cekodok atau ubi rebus pun sodap tau. Tak percaya p lah cari confirm bertambah-tambah sampai tak ingat donia tau. Sambal Udang yang sedap, bila guna udang yang fresh bukan yang dah rendam 3-4 hari bila kunyah tu, terasa crunchynya tu. Style Cikza bila nak buat sambal udang ni. Perkara wajib mesti goreng udang dahulu separuh masak. Okeh jom tengok resepi Sambal Udang versi Cikza ni. Mujurlah tak pregnant tau..Terliur!!

Resepi Sambal Udang Nasi Lemak Padu Confirm Bertambah-Tambah

Bahan -Bahan Utama :

  • 1 Kg Udang Sederhana ( Buang Urat dan Goreng Terlebih Dahulu)
  • 1sk Garam
  • 1/2 sb Gula
  • Maggi Cukup Rasa
  • Minyak Masak
  • 1/2 Air
  • Air Asam Jawa
  • 1/3 Santan Pekat
  • 2 sb Kicap Manis
  • 1 Labu bawang besar (Hiris)

Bahan Untuk Kisar A : ( Asingkan Kisaran A dan B )

  • 2 Labu Bawang Besar
  • 3 ulas Bawang Putih

Bahan Kisaran B

  • 1 genggam Cili Kering ( 5 senduk Cili Kering Kisar )
  • 2 Ulas bawang putih

Cara Penyediaan Sambal Udang:

  • Panaskan Minyak, gorengkan Udag terlebih dahulu separuh masak atau nak garing pun takpe. Angkat dan toskan.
  • Tumiskan bahan kisar A ( bawang besar dan bawang putih ) sehingga pecah minyak dan naik ranum bau tumisan tu.
  • Masukkan 5 senduk cili kisar dan tumis sampai naik wangi, masukkan sedikit air biarkan separuh kering sedikit.
  • Lepas separuh kering tu, masukkan air asam jawa dan biarkan seketika.
  • Bila kuah hampir pekat, masukkan santan danĀ  kicap manis dan udang gaul sekata. Tujuan masuk kicap manis nak bagi tekstur nampak cantik.
  • Akhir sekali masukkan garam/gula/maggi cukup rasa dan perasakan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge