McDonald’s Malaysia Tawar 10,000 Peluang Kerja Buat Belia  – Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,. Masih ingat lagi dalam posting yang lepas, Cikza ada berkongsi mengenai McDonald’s Malaysia yang telah membantu para frontliner kita dengan memberikan beberapa sumbangan kepada para rider Foodpanda , Grab dan sebagainya.McDonald’s sentiasa berada di hadapan dalam membantu mereka yang memerlukan dan baru-baru ini juga, dikhabarkan satu lagi usaha murni McDonald’s khusus untuk semua belia Malaysia. Untuk pengetahuan semua, McDonald’s kini mempunyai lebih 14,000 kakitangan di lebih 300 restoran di seluruh negara. 

Sepanjang pandemik Covid-19, ramai yang terkesan dan terjejas pendapatan terutama sekali golongan belia. Tapi sebelum tu Cikza nak kongsi ni, tahu tak korang McDonald’s Malaysia juga mempunyai peluang kerjaya melalui Akademi Vokasional McDonald’s dan inisiatif ini bertepatan untuk terus membantu generasi belia melalui program-program kerjaya di McDonald’s. Segala usaha McDonald’s Malaysia patut di puji kerana berjaya meletakkan sasaran pembukaan 500 restoran menjelang 2026. Dijangkakan 10,000 peluang pekerjaan disediakan untuk semua golongan belia. 

Dengan adanya peluang pekerjaan ini, ianya dapat membantu golongan belia dalam memenuhi pasaran kerja di dalam negara. Justeru itu, matlamat McDonald’s Malaysia adalah untuk mempersiapkan golongan belia dengan kemahiran industri yang lengkap khususnya dalam industri perkhidmatan makanan dapat dicapai.

MENARIK TENTANG PROGRAM PERANTIS VOKASIONAL MCDONALD’S

Melalui Akademi Vokasional McDonald’s, McDonald’s berhasrat untuk membantu belia mendapat latihan dalam pekerjaan. Memegang kepada pepatah, “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara,” McDonald’s Malaysia terus memberikan sokongan kerjaya kepada belia muda negara. Dengan kelebihan yang ada di Akademi Vokasional McDonald’s ini, pastinya mampu menarik golongan belia untuk memulakan kerjaya mereka di McDonald’s. 

Mengambil contoh daripada Program Perantis Vokasional McDonald’s secara Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dengan kerjasama McDonald’s Malaysia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, melalui program ini, ianya merangkumi 70 peratus latihan praktikal di restoran-restoran McDonald’s dan 30 peratus lagi mereka akan belajar secara teori di pusat latihan. Menariknya. Bagus sangat apa yang McDonald’s lakukan khusus untuk golongan belia.

REBUT PELUANG BEKERJA SAMBIL BELAJAR

Perantis juga bakal menerima kemudahan elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200 sebulan. Wah! Memang lebih dari cukup dan ianya suatu jumlah yang agak banyak dan cukup untuk menampung kehidupan mereka sepanjang program dijalankan. Banyak manfaat lain yang bakal diperolehi, antaranya  termasuk tempat tinggal, manfaat perubatan, insuran dan makanan percuma sepanjang program berlangsung. Kenyang lah awok dik, siapa yang join projek perantis belia ni.

Jangan risau, peluang ini dibuka untuk semua belia lepasan Penilaian Tingkatan 3 ( PT3 ) atau lepasan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ). Sejurus tamat program, perantis berupaya untuk terus membina kerjaya di McDonald’s atau bekerja di mana-mana syarikat dalam industri perkhidmatan makanan di Malaysia. Bertuahnya badan. Tapi sepanjang program ini berlangsung, performance dengan majikan kena baik. Baru ramai yang akan berebut-rebut untuk mengambil kita bekerja. Eh! Dah ada yang berminat ke? Sabar dulu, baca sampai habis.

PROGRAM PERANTIS VOKASIONAL MCDONALD’S BANYAK IMPAK POSITIF

Pelbagai impak positif dalam kalangan perantis melalui Sistem Latihan Dual Nasional ( SLDN ) ini, antaranya seperti perantis dapat merasai sendiri pengalaman dan suasana bekerja yang sebenar malah mereka juga mampu untuk mengatasi serta menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan lebih sistematik.

“Di McDonald’s, kami bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan, tetapi kami juga komited dalam menyokong belia Malaysia untuk memenuhi potensi diri dengan membantu mereka membina keyakinan dan membangunkan kemahiran interpersonal. Sebagai majikan yang mementingkan pembangunan golongan belia Malaysia, kami ingin memastikan McDonald’s terus menjadi syarikat pilihan mereka, khususnya belia yang ingin membina kerjaya yang bermakna dan berkekalan dalam industri perkhidmatan makanan,” – Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

Cikza percaya Program SLDN ini telah membuktikan kejayaan bersama terutama kepada belia dan syarikat. Usaha berterusan perlu diwujudkan bagi meningkatkan kemahiran belia ke tahap yang lebih tinggi. Justeru itu, semua majikan diseru untuk mengambil peluang ini bagi melahirkan modal insan berkemahiran dalam usaha membantu negara dalam hasrat mencapai negara maju.

“Program Perantis Vokasional McDonald’s secara SLDN ini telah melahirkan ramai pekerja yang lebih kompeten serta mempunyai daya saing yang tinggi sejak diperkenalkan pada tahun 2018. Melalui program latihan kemahiran ini, dengan penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 bagi bidang penyediaan makanan dan minuman oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) setelah perantis menamatkan latihan adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan melahirkan modal insan yang berpengetahuan (K-Pekerja). SLDN menekankan latihan amali berbanding teori sesuai dengan keperluan alam pekerjaan sebenar. Belia disarankan untuk mengambil peluang melibatkan diri dalam program ini bagi memperolehi kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan sektor perkilangan dan industri,” – YBhg. Dato’ Ts. Haji Zaihan bin Shukri, Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran, JPK, Kementerian Sumber Manusia.

BELIA BIJAK REBUT PELUANG PEMBANGUNAN JANGKA PANJANG DAN PELUANG KERJA BAGI GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH UNTUK MASA HADAPAN

Dengan melalui kerjasama rapat dan berterusan daripada kerajaan seperti Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pendidikan, pihak McDonald’s sangat komited membentuk masa hadapan belia Malaysia dengan menyediakan pembangunan jangka panjang dan membantu kakitangannya mendaki tangga kerjaya dalam syarikat, sehingga mampu memimpin pasukan sebagai seorang pengurus.

Buktinya setiap tahun, lebih 1,000 Pengurus McDonald’s menamatkan program kurikulum Pengurusan Restoran McDonald’s, dengan kemampuan dalam memimpin, berkomunikasi, dan kepakaran dalam operasi restoran. Bagus juga program ni diteruskan sampai bila-bila, secara tak langsung dapat membantu anak muda yang kini sedang mencari pekerjaan. Eh! Tak habis lagi, kata nak bukti kejayaan mereka yang pernah menjadi Perantis Program Vokasional McDonald’s. Scroll lagi sampai bawah.

PERANTIS YANG BERJAYA REBUT PELUANG SEHINGGA BERJAYA MENEMPA NAMA DI ALAM PEKERJAAN 

Merupakan salah seorang Pelajar Terbaik dan juga penerima Anugerah Perantis Khas bagi Anugerah Prestasi Cemerlang. Bagi Iman sendiri, McDonald’s telah membantu beliau menjadi seorang yang berani dan berkeyakinan diri. Baginya ketika pertama kali menyertai program ini, beliau agak pemalu dan sentiasa takut untuk mencuba sesuatu perkara baharu.

Tetapi sepanjang melalui program ini dan selama beliau di McDonald’s, kini beliau menjadi lebih yakin dan lebih fokus untuk membina kerjaya, dengan mengatasi rasa takut melalui latihan intensif dan sokongan yang diterima di sini. Jadi Nur Fazera Natasya Iman Binti Mohd Azri kini telah berjaya membuktikan keupayaan beliau dan berkhidmat sebagai Ketua Kru di McDonald’s Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Perantis kedua pula Khor Wei Nern atau Khor kini menjalani latihan praktikal di McDonald’s Pandu-Lalu Bandar Seri Putra, Kajang. Beliau menyertai Program Perantis Vokasional McDonald’s atas galakan daripada guru di sekolah menengah beliau. Bertuah badan mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada pengurus-pengurus dan rakan sekerja yang mesra dan berpengalaman, tetapi juga dapat sama-sama menyumbang dan mengambil bahagian dalam operasi harian. Percaya atau tidak, Cikza yakin dengan umur beliau yang baru sahaja 18 tahun beliau boleh pergi jauh dan bina kerjaya yang kukuh dalam bidang ni.

Perantis ketiga kelahiran Program Perantis Vokasional McDonald’s, David Janil Raj A/L P.P. Sundaraj atau David, kini berkhidmat di McDonald’s Pandu-Lalu Rawang hanya bermula sebagai perantis dan kini berjaya memegang jawatan sebagai Penolong Pengurus dan Pengurus Syif di McDonald’s. Membina kerjaya bersama McDonald’s selama 3 tahun selain mahu menjadi Pengurus Besar Restoran bila masuk tahun ke-6. Bagusnya ada sasaran untuk capai kejayaan. Yang menariknya, beliau juga menetapkan matlamat dalam diri iaitu pada tahun ke-10, beliau ingin menjadi sebahagian daripada pasukan Konsultan Operasi. Pergh! mesti mantopp gaji manager Mc Donald’s yang besar tu. 

WAJAR DIPERLUASKAN KE KAWASAN PEDALAMAN

Jadi tak salah kita nak bina kejayaan hanya bermula dari bawah sehingga kita berjaya gapai apa yang kita mahukan. Asalkan ada kemahuan, dan yakin terhadap diri sendiri. Cikza yakin mereka yang bakal menyertai program ini bakal berjaya dan menjadi kebanggaan buat belia kita semua. Usaha ini patut di perluaskan termasuk ke kawasan pedalaman khususnya anak muda dari pedalaman yang berminat untuk menceburi bidang ini. 

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh layari laman web 

www.mcdonalds.com.my

Atau jika anda ingin membina kerjaya bersama McDonald’s, layari 

https://www.maukerja.my/mcd

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge