KEMASKINI BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT) RISDA 2021 | Assalammualaikum, hebahan ni setiap tahun pasti akan dilakukan khusus buat Pekebun Kecil atau Penoreh getah yang terlibat. RISDA kini dalam giat mengemaskini maklumat serta data peribadi pekebun kecil atau penoreh yang layak menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA bagi tahun 2021 bermula 15 September 2021. Cuma sepanjang pandemik ni, perlu di lakukan secara online.  Rata-rata kebanyakkan ada yang datang ke Ibu Pejabat RISDA untuk dapatkan borang permohonan Bantuan Musim Tengkujuh tanpa rujuk dokumen apa yang perlu dikemukakan terlebih dahulu. Namun mereka juga boleh terus ke Pejabat RISDA yang berhampiran.

Syarat Dan Kelayakan Penerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA 2021

Sebelum nak buat permohonan atau kemaskini, mohon semak semula syarat utama, adakah kita layak ataupun sebaliknya. Berikut adalah dua syarat utama penerima Bantuan Musim Tengkujuh RISDA :-
  • Pekebun Kecil 
    • Pemilik dan pengusaha tanah yang berdaftar dengan RISDA, dan mempunyai kebun tidak melebihi 2.5 hektar. 
    • WargaNegara Malaysia
    • Pemilik Tanah Yang Sah dan berdaftar
    • 1 Lot hanya seorang Penerima bantuan sahaja

  • Penoreh Bukan Pemilik ( Penoreh yang Bukan Pemilik Tanah Yang Ditoreh)
    • Penoreh yang bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA dan menoreh di kebun getah tidak melebihi 2.5 hektar 
    • Warganegara Malaysia
    • Mendapat pengesahan dari “PEMILIK TANAH” yang sah
    • 1 Lot hanya seorang Penerima bantuan sahaja
    • Mempunyai Kad Permit Authoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (Rujuk Lembaga Getah Malaysia)

SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH SECARA ONLINE 

Namun yang demikian, ada yang telah mendaftar, tetapi masih tidak berpuas hati dengan permohonan tersebut, dan ada yang ragu-ragu berfikir adakah pernah menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun lepas. Boleh juga terus buat semakan secara online di atas talian.

Bagi mereka yang ingin bertanyakan tentang Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA 2021, Sila buat temujanji anda di Pejabat RISDA yang berhampiran.

Untuk Keterangan Lanjut
03 – 42564022
( Ibu Pejabat RISDA, Kuala Lumpur )
Bahagian Produktiviti Pemasaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge