Hanya Disuruh Berhenti Oleh Suami, Jenama Hasnuri Semakin Di Kenali | Assalammualaikum dan salam sejahtera, Korang pernah dengar tak jenama Hasnuri? For sure pernah dengar sebab tu jenama wajib ramai golongan terutama wanita berkerjaya untuk dapatkan stock baju kurung pelbagai design. Kain yang tahan lasak, jahitan yang kemas memang wajar jenama tu sering menjadi perhatian. Nak berniaga bukan mudah, nak bermula dari bawah tu, bukan laluan yang senang dan mudah. Ada macam-macam laluan sempit yang perlu di lalui supaya menjadi zon selesa. Bukan sahaja Hasnuri pelbagai jenama lain yang ingin mula meletakkan diri di zon selesa, perlu bermula dari bawah.
Jika sebelum ni, Cikza berkongsi dengan korang tentang program Bangkit Bisnes Krisis 3.0 dari RichWorks harini kalau korang dengar tentang RichWorks, pasti korang pernah dengar nama Dato Wira Azizan Osman ni. Tak sangka kan, anak muda melayu yang sentiasa membantu usahawan dan menthoring usahawan rupanya adalah seorang jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri. Tapi rata-rata anak didik beliau bukan calang-calang orangnya yang dah berjaya tau. Dan salah satunya, jangan terkejut. Disuruh berhenti kerja sahaja untuk jaga anak sepenuh masa. Namun jenama dia makin gah dekat seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Hanya Disuruh Berhenti Oleh Suami, Jenama Hasnuri Semakin Di Kenali
Dalam erti kata ingin memenuhi hasrat suami tu, pasti akan ada halangan. Pn. Nuriah memilih untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan bersama suami yang juga ketika itu masih bekerja menyara keluarga sebagai guru pada tahun 2014. Dalam nak mula berniaga tu mesti akan ada jatuh dan bangkit. Tertarik dengan kisah jenama Hasnuri ni yang juga gabungan nama dari pasangan suami isteri ni En.Hasbullah da Pn. Nuriah Cikza yakin pasti ramai yang pernah dengar jenama baju kurung Hasnuri. Sebab kawan-kawan pejabat Cikza memang kemaruk sopping jenama Hasnuri sahaja tau. Tiap bulan ada je, parcel baru sampai.
Sebelum adanya jenama Hasnuri ni,Pn. Nuriah dan En Hasbullah sendiri mula berniaga dengan pelbagai barang antaranya seperti, blouse, cadar narita, skirt, dan macam-macam tapi kecuali Baju Kurung. Khabarnya ketika itu, di Kota Tinggi sendiri ramai yang berniaga baju kurung myanmar pada ketika tu. Bagaimana tercetusnya idea ingin berniaga adalah kerana beliau sekeluarga selalu balik ke Kelantan dari Kota Tinggi membuatkan ramai saudara dan kenalan memesan jersi. Maka bermula darii situ tercetus idea niat untuk berniaga.
Hasnuri Merupakan Titik Awal Perubahan Beliau Sekeluarga
Permulaan Awal merupakan satu titik yang akan ada jatuh bangkit, Hanya dengan membuat kesilapan apabila beliau menjual terlalu banyak barang tanpa mengkaji apakah kehendak dan keperluan yang diperlukan oleh pelanggan ketika itu. Termasuklah waktu perniagaan butik tidak konsisten dari segi masa operasi. “Ibarat ikut sukahati kerana aku kan bos hahahaha” kerana itulah perniagaan beliau menjadi cacamarba dan betul-betul tidak konsisten.
Bayangkan waktu tu, dengan banyak komitment, dan hanya mendapat RM30k setahun dan mengupah beberapa pekerja untuk bekerja bersama beliau. Sebagai permulaan juga beliau membeli 2 buah mesin jahit dan menyediakan kelengkapan peralatan jahit walaupun sebenarnya Nuriah tidak cekap menjahit. Tak cukup dengan tu, Mula menceburi online walaupun selama ini mereka sendiri tak pernah buat jualan di platform tersebut. Memang penuh struggle juga nak bina empayar ni.
IMKK Dan MMM Pemulaan Hasnuri Mencipta Nama Bersama RichWorks
Pada tahun 2017, beliau mula menyertai seminar iaitu Intensif Magnet Kejayaan & Kejayaan (IMKK). Setelah menghadiri seminar, beliau mula sedar dengan potensi bisnes yang diusahakan oleh beliau boleh dikembangkan lagi. Beliau juga hadir ke Program MMM dan memahami ilmu marketing. Dan penghujung tahun 2017 itulah permulaan rebranding marketing jenama Hasnuri yang hanya memfokuskan baju kurung,
Bermula dengan frasa growing tulah, mereka mula mencari setiap inci kesilapan yang perlu di perbetulkan antaranya seperti melihat sendiri Pasar Kemboja di Kota Tinggi, untuk mengetahui apa keperluan dan kehendak pelanggan. membuat research untuk mengenalpasti sasaran dan macam-macam lagi lah untuk bermula semula dari bawah. Dan dengan kepakarang dan kelebihan yang ada, sasaran utama beliau merupakan guru sekolah. Dan secara kebetulan, En. Hasbullah menggunakan sepenuhna networking yang ada sebagai guru sekolah.
Dan ketika itulah, jenama Hasnuri semakin di kenali ramai. Banyak lagi perkongsian menarik dari kisah permulaan jenama Hasnuri ni. Cikza tak nak cerita lebih-lebih tapi nak korang dengar sendiri perkongsian mereka ini tentang kisah inspirasi kejayaan anak tempatan dalam menjalankan dan membina empayar perniagaan yang terdapat dalam program Titan Summit 2021 10x Bina Bisnes Berjaya yang dianjurkan oleh RichWorks Academy bersama bimbingan mentorship Datuk Wira Dr Azizan Osman.
Program Titan Summit 2021 Kini Membongkar Rahsia Kejayaan 100 Orang Usahawan Yang Berjaya
Sedikit info mengenai program, Program Titan Summit 2021 ini akan menampilkan 100 usahawan jutawan yang dibimbing secara dekat oleh Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No.1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman untuk berkongsi rahsia yang membuatkan mereka berubah dan capai kejayaan hingga hari ini. Menarik bukan, bukan jenama Hasnuri sahaja tau, banyak lagi jenama anak muda tempatan yang kini telah berjaya mencipta nama di bawah bimbingan RichWorks.
Himpunan jutawan ini juga, dapat memberikan inspirasi dan harapan kepada usahawan lain malah anggota masyarakat di luar sana, bahawa mereka juga boleh berjaya dalam tempoh mencabar ini. Ramai yang struggle nak mula bisnes, Sebenarnya nak mula bisnes tak perlu modal yang besar. Dalam perkongsian ni, if korang dengar betul-betul, hanya menjadi dropship pun boleh berjaya semua di RichWorks Academy Program Summit Titan 2021 akan terjawab segalanya.
Program Titan Summit 2021 ini terbuka kepada semua usahawan dan bakal usahawan yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks pada 24 hingga 26 September nanti dan akan dijalankan secara webinar. Program tersebut khusus bagi usahawan yang mencatatkan jualan lebih RM1 juta setahun dalam program mentoring, Titanium. Usahawan-usahawan itu merupakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari 20 lebih industri di negara ini malah ada dari luar negara hebatnya perkongsian ni. Rugi kalau korang skip perkongsian ni. Bayangkan dari zero to million RichWorks lahirkan.
Oleh itu, bagi korang yang berminat untuk menyertai Program Titan Summit 2021, ini lah masanya dan jangan sesekali skip. Program ni agak sesuai untuk korang yang nak majukan dan kembangkan bisnes masing-masing. Setakat ni pendaftaran peserta hampir kepada 3000 orang. Pendaftara boleh di lakukan di link di bawah :-
JOM DAFTAR PROGRAM TITAN SUMMIT 2021