TONTON DRAMA LOCKDOWN EPISOD 1 – 10 (AKHIR) ASTRO RIA | Drama terbaru Astro RIA berjudul “Lockdown” memang gempak habis, baru tengok episode pertama pun dah berdekah. Turut menampilkan gandingan pelakon popular seperti Zara Zya, Beto Kusyairy, Nabila Huda, Izzue Islam, Kaka Azraff, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Sara Ali dan ramai lagi sebagai tunjang utama drama tersebut.
Skrip oleh Erma Fatima memaparkan realiti situasi sebenar yang berlaku kepada masyarakat sepanjang perlaksanaan PKP. Mulai menemui penonton pada 26 Julai 2021, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 11.00 malam, menggantikan drama RATU TENPIN yang telah sampai penghujungnya. Jangan lupa juga, Tonton Drama “Lockdown” sepanjang PKP ni.
INFO DRAMA LOCKDOWN TAYANGAN ASRTO RIA
- Episod : 10 Episod
- Pengarah : Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
- Penulis Skrip : Erma Fatima
- Produksi : U2 Media Sdn Bhd
- Tayangan : Astro RIA ( Saluran 104 )
- Waktu Tayangan : Isnin – Khamis ( 11.00 Malam )
- Pelakon : Zara Zya, Beto Kusyairy, Nabila Huda, Izzue Islam, Kaka Azraff, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Sara Ali, Fahrin Ahmad, Marisa Yasmin, Aishah Azman, Balkisyh Semundur Khan, Amerul Affendi, Anne Abdullah, Hasnul Rahmat, Liza Abdullah, Jalil Hamid, Azizah Mahzan, Syamsul Debat, Nasz Sally, Meor Mohd, Fadhil Dani, Razak Ahmad dan ramai lagi.
SINOPSIS DRAMA LOCKDOWN TAYANGAN ASTRO RIA
Drama Lockdown ini mengisahkan kehidupan masyarakat tempatan semasa PKP diumumkan. Antara suka duka dan realiti sebenar masyarakat dalam berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan. Pelbagai kisah menarik dan menghayat hati yang berlaku kepada sesetengah keluarga dan bersama-sama mengharungi suka duka semasa PKP. Antaranya seperti seorang anak yang terpaksa menjaga ibunya yang menghidap penyakit Alzheimer, pasangan yang berusaha untuk meneruskan perniagaan sepanjang PKP, lawak pasangan yang baru berkahwin dan terpaksa bekerja dari rumah, dan pasangan yang melalui cabaran hidup terutama sekali apabila suaminya mengalami kemalangan. Termasuk juga keletah pasangan PJJ dan madunya. Nak tahu kesudahannya ? Tonton Drama ni sampai habis.