RESEPI RENDANG DAGING MASAK HITAM SENANG DAN MUDAH | Assalammualaikum dan salam sejahtera, rasa macam dah lama tak ke udara menulis blog dengan cerita baru kan. Terima kasih buat mereka yang masih sudi dan setia membaca blog Cikza.Com ni. Btw Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca blog Cikza ya. Tahniah bagi mereka yang dapat menunaikan qurban hari raya tahun ni.

 

Cikza sebenarnya confuse antara Rendang Tok dan Rendang Daging Masak Hitam keduanya nampak sama tapi berlainan bahan. Rata-rata yang Cikza search dekat google ada beberapa bahan yang membezakan antara dua rendang tersebut. Baru-baru ni juga, suami ada suarakan yang beliau rindu nak makan Rendang Daging Masak Hitam seperti yang mak mertua cikza masak setiap pagi raya. Maka gigihlah puan isteri bertanyakan resepi dekat mak mertua dan berguru walau dalam telefon. Syukur dapat sediakan, suami bertambah-tambah makan tau katanya sama macam mak selalu buatkan.

RESEPI RENDANG DAGING MASAK HITAM SENANG DAN MUDAH

Bahan – Bahan Utama

  • 1Kg Daging Batang Pinang
  • 5 Sb Cili kering Kisar ( Cikza biasa siapkan stok banyak mudahkan kerja dapur )
  • Daun Kunyit ( Dicarik kasar-kasar ) 
  • 2 Batang Serai ( Di ketuk hujung-hujung tu) 
  • 1 keping asam gelugor / asam keping
  • Rempah 4 Sekawan ( Bunga Lawang, Kayu Manis, Buah Pelaga, Bunga Cengkih )
  • Kicap Masin ( Guna brand Jalen sedap sangat ) 
  • 3 sb Kerisik Kelapa
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 kotak Santan ( Saiz Sederhana besar )
  • Air (setengah kotak santan tersebut)
  • Minyak masak

Bahan – Bahan Dikisar

  • 7 bji Bawang Besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 4 batang serai

Cara Penyediaan Rendang Daging Masak Hitam

  • Panaskan minyak, tumiskan daun kunyit, serai dan rempah 4 sekawan sampai garing. Selepas itu, masukkan bahan kisar dan tumis  sehingga naik bau, tapi Cikza menumis sehingga betul-betul naik bau dan garing.
  • Masukkan cili kisar dan asam keping / asam gelugor selepas bahan tumisan tersebut dah cukup syarat garing dan naik bau. Biasanya saya perlahankan api, untuk dapatkan tekstur garing dan cantik

  • Masukkan daging dan biarkan seketika dalam 15 minit, mudah guna daging batang pinang kerana daging tersebut cepat empuk dengan cepat dan tak perlu nak menunggu lama.
  • Masukkan bahan-bahan lain seperti santan, kerisik dan gula sambil tu kacau bagi sekata. Masukkan kicap jalen sedikit demi sedikit. Kenapa Cikza tidak menggunakan garam, sebab Kicap dah cukup masin. jadi garam tidak diperlukan. Kalau nak nampak gelap, boleh letak lebih sedikit ikut kesesuaian. Macam cikza menggunakan 1/2 botol sukatan kicap jalen tersebut.

  • Biarkan sehingga kering, tapi ikut kesesuaian anda, ada yang suka kering-kering macam rendang tok, ada yang suka sedang-sedang macam berkuah. Biasanya macam Cikza akan mengambil masa lebih kurang 3-4 jam untuk mendapatkan tekstur yang cantik dan rendang tersebut untuk bertahan lebih lama.
  • Sedia untuk di hidang bersama nasi impit dan atau lemang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge