#LEKLUMcDBELANJA RAI 65,000 SENYUMAN PENGHANTAR MAKANAN

#LEKLUMcDBELANJA RAI 65,000 SENYUMAN PENGHANTAR MAKANAN | Penghantar makanan di seluruh negara tebus set hidangan Quarter Pounder dengan Keju McDonald’s ini berita menarik yang wajib dikongsikan dengan semua, terasa mereka juga patut dihargai sebagai frontliner walaupun sekadar Penghantar Makanan.

McDelivery Service riders receiving their free Quarter Pounder with Cheese meals, marking the start of the #LekLuMcDBelanja #RiderKu campaign on 12 July 2021

Penghantar makanan di seluruh negara kini tersenyum girang dan rasa sangat dihargai setelah McDonald’s Malaysia rai penghantar makanan dengan membelanjakan 65,000 penghantar makanan di seluruh negara dengan set hidangan Quarter Pounder dengan Keju sebagai tanda penghargaan atas penat lelah mereka bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Representatives from McDonald’s Malaysia showing their appreciation towards McDelivery Service riders.

PENGHANTAR MAKANAN WAJAR DIHARGAI

Ini satu penghargaan dan tanda terima kasih buat mereka yang bertungkus – lumus berhujan dan berpanas demi mencari rezeki untuk keluarga dalam tugasan menghantar tempahan kepada semua para pelanggan McDonald’s yang ada. Turut berkongsi pendapat mengenai program sebegini adalah Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dikatakan penghantar makanan memainkan peranan penting dalam menghubungkan kedai makanan dan minuman dengan orang ramai bagi memastikan perniagaan mereka terus berjalan lancar.

The McDonald’s team at Kuala Terengganu joins the nationwide programme in distributing free Quarter Pounder with Cheese meals to delivery riders as a token of appreciation.

“Penghantar makanan seringkali menjadi orang terakhir untuk makan, lebih-lebih lagi ketika sibuk memenuhi permintaan penghantaran pada waktu makan dan waktu puncak. Mereka terpaksa melepaskan waktu makan dan hanya makan selepas semua pesanan telah dihantar. 

Sesungguhnya, penghantar makanan memainkan peranan penting dalam menghubungkan kedai makanan dan minuman dengan orang ramai bagi memastikan perniagaan mereka terus berjalan lancar. Terima kasih kepada mereka, rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan kegemaran mereka di rumah masing-masing dalam keadaan selesa dan selamat.”

“Kami memahami sikap prihatin mereka, sehingga kadang kala terlupa untuk memberi perhatian kepada diri mereka sendiri. McDonald’s ingin mengingatkan semua penghantar makanan bahawa kami menghargai mereka, dan jangan lupa berehat untuk makan.”

TERCAPAI HASRATNYA McDONALD’S DENGAN KEMPEN #LekLuMcDBelanja #RiderKu

Usaha yang dilakukan oleh McDonald’s hargai penghantar makanan Malaysia adalah sebahagian daripada kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu yang dilaksanakan oleh restoran khidmat segera tersebut untuk mengajak rakyat Malaysia turut serta menzahirkan penghargaan kepada semua penghantar makanan yang bertungkus lumus memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan dengan selamat dan sampai tepat pada masanya.

Riders are lining up at McDonald’s Kuala Terengganu to claim their free Quarter Pounder with Cheese meals.

Bersempena dengan inisiatif #LekLuMcDBelanja ini, penghantar makanan daripada FoodPanda, GrabFood, DeliverEat dan perkhidmatan McDelivery (MDS) layak mendapatkan set hidangan percuma Quarter Pounder dengan Keju antara jam 2 petang hingga 5 petang, pada 12 Julai 2021, di restoran McDonald’s seluruh negara. Bagusnya inisiatif McDonald’s untuk mengadakan program sebegini ini kerana penghantar makanan adalah frontliner jadi sewajarnya mereka wajib merasa dihargai.

Merupakan Ibu kepada lima anak, bekerja sebagai penghantar makanan  . Saya perlu bekerja untuk meningkatkan pendapatan keluarga memandangkan suaminya tidak lagi dapat bekerja sepenuh masa disebabkan pandemik. – Pn Roslina Talhad

Benar pendapat beliau, rata-rata di waktu pandemik Covid-19 ramai yang sangat terkesan dan terjejas pendapatan. Jadi mereka tiada pilihan dan demi kelangsungan hidup, ramai yang terpaksa melakukan 2 kerja dalam satu masa, samada pagi sebagai penghantar makanan dan malam mungkin sebagai pengawal keselamatan.

GrabFood, FoodPanda and McDelivery Sevice riders with representatives from McDonald’s Sunway City Tambun.

Bagi William Quah yang merupakan penghantar makanan McDonald’s selama dua tahun. Rasanya lagi berpengalaman dalam bijak menguruskan masadan melalui pelbagai dugaan sewaktu menghantar makanan kepada mereka yang membuat tempahan. Rasa kepuasan bila tempahan sampai di tangan pelanggan.

“Menjadi seorang penghantar makanan sangat mencabar kerana permintaan untuk penghantaran makanan kini semakin meningkat. Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa untuk menghantar makanan menjadi lebih singkat. Tetapi, saya tetap berpuas hati dapat menggembirakan pelanggan setiap kali menghantar makanan kepada mereka.”

“Pernah sekali, ada keluarga yang membuat pesanan yang banyak semasa bulan Ramadan, dan mereka memberi satu set burger mereka kepada saya. Apabila McDonald’s Malaysia belanja penghantar makanan bagi menghargai penat Lelah penghantar makanan seperti saya, ia membuatkan saya bersemangat untuk terus bekerja.”

PELAJAR UNIVERSITI JUGA TURUT MELAKUKAN KERJA SAMPINGAN DEMI KELANGSUNGAN HIDUP DAN UNTUK MEMBAYAR YURAN

Bukan hanya suri rumah dan mereka yang diberhentikan kerja menjadikan dua kerja dalam satu masa, bahkan pelajar universiti juga menjadikan tugasan Penghantar makanan sebagai kerja sampingan untuk menampung yuran dan kelangsungan hidup di kampus. Tidak hanya membiarkan masa lapang di buang begitu sahaja, ramai penghantar makanan yang dilihat merupakan pelajar universiti yang mencari duit sampingan.

McDelivery Service riders are happy to receive their free Quarter Pounder with Cheese meals.

Bertanya pendapat Mohamad Azyhan Musa, yang membuat sampingan sebagai Penghantar Makanan McDelivery seorang pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti swasta yang menggunakan pendapatannya sebagai penghantar makanan untuk membiayai pengajian. Dari situ kita sendiri dapat melihat betapa strugglenya termasuk pelajar terpaksa membuat kerja sampingan untuk menyediakan keperluan peribadi.

“Saya gembira dan berterima kasih kepada McDonald’s kerana menghargai kami, lebih-lebih lagi saya juga seorang pelajar separuh masa. Kadangkala semasa bekerja, kami terlupa untuk makan atau terpaksa tahan makan semata-mata untuk memenuhi pesanan pelanggan. Dengan inisiatif ini, saya teruja untuk mendapatkan hidangan yang diberikan kepada kami.”

BELAJAR BERI PENGHARGAAN KERANA TIDAK AKAN RUGI WALAU SATU SEN PUN DARI HARGA DIRI KITA

 Jelas kesemua pendapat telah diberikan, kesimpulan yang dapat dilakukan adalah, kita sebagai rakyat Malaysia yang berkemampuan tidak seharusnya memandang rendah kepada penghantar makanan yang boleh di kategorikan sebagai frontliner. Seharusnya mereka wajar dihargai dan bukan di pandang rendah oleh kita. Hargai mereka kerana tidak kurang walau satu sen sekalipun dari harga diri kita, tapi maka berganda amalan kita diberikan jika kita menghargai penat Lelah mereka. Dan jadikan pemangkin dan motivasi untuk kita jadikan mereka sebagai contoh ingin berjaya.

A representative from McDonald’s Kuala Terengganu with a delivery rider.

Semoga kehidupan mereka lebih indah dengan apa yang mereka lakukan dengan satu senyuman kita yang dapat menghilangkan kepenatan mereka. Dari itu hargailah mereka kerana penghantar makanan seperti mereka juga adalah manusia biasa yang memerlukan penghargaan dari kita semua sebagai rakyat Malaysia.

Riders from various delivery platforms lining up to claim their free Quarter Pounder with Cheese meals.

Sebagai tanda terima kasih kepada semua penghantar makanan, kongsikan gambar atau video anda bersama #RiderKu di media sosial anda dan hashtag #LekLuMcDBelanja #TerimaKasihRider #MekdiBelanjaRider.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge