DRAMA MELAYU

TONTON DRAMA MASIH ADA RINDU EPISOD 1-16 (AKHIR) AKASIA TV3

TONTON DRAMA MASIH ADA RINDU EPISOD 1-16 (AKHIR) AKASIA TV3 | Drama terbaru TV3 bagi slot AKASIA. Drama ‘Masih Ada Rindu’ diinspirasikan daripada novel karya Mimie Afinie. Turut menampilkan gandingan pelakon popular seperti Farid kamil dan Mimi Lana. Diarahkan oleh Osman Ali. Mulai 2 Jun 2021, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam. Jangan lupa juga, Tonton Drama Cukup Derita Itu pun dah masuk minggu akhir, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakkan produksi terpaksa tangguh penggambaran drama tersebut.

INFO DRAMA MASIH ADA RINDU SLOT AKASIA TV3

  • Jumlah Episod : 16
  • Mulai Tayangan : 2 Jun 2021
  • Waktu Siaran Tayangan  : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
  • Tayangan : Slot Akasia TV3
  • Penulis Novel : Mimie Afini
  • Penulis Skrip : Naza Manas
  • Pengarah: Osman Ali
  • Terbitan Produksi : Nuansa Sdn Bhd
  • Para Pelakon :
    • Farid Kamil
    • Mimi Lana
    • Halim Radzi
    • Dayang Areeda
    • Kuna Muzani
    • Rahim Jailani
    • Aleza Shadan
    • Fahmi Reza dan ramai lagi

SINOPSIS DRAMA MASIH ADA RINDU

Mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang disatukan tetapi masih dibayangi dengan hubungan yang lepas, apatah lagi isterinya hidup dalam memori indah bersama arwah suaminya. Bagaimanakah Hadi dan Syafika mengharungi dugaan dalam melayari makna bahtera perkahwinan itu? Di awal jalan cerita mengisahkan bagaimana Hakim melamar Syafika pada hari graduasinya.

Tetapi Ibu Syafika, Zaleha tidak bersetuju kerana tidak mahu apa yang berlaku padanya dahulu, berlaku pada anaknya pula. Ayahnya Saifuddin merestui tetapi Zaleha memutuskan hubungan dengan Syafika. Dengan rasa gembiranya Hakim memberitahu berita perkahwinannya kepada abangnya Hadi. Melihat pada Syafika, Hadi merasakan ada sesuatu yang dianggap istimewa.

Syafika dan Hakim berbulan madu. Hakim menunjukkan sisi romantiknya untuk sambutan hari lahir Syafika yang ke-21. Tetapi malangnya, Hakim diserang asma dan menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke hospital. Syafika yang masih berada dalam kesedihan yang amat besar atas kematian Hakim, dijaga dengan penuh kasih saying oleh Ibu Hakim, Hajjah Noraini, sehingga Syafika sering salah anggap bahawa Hadi adalah Hakim.

Hadi semakin tertarik dengan peribadi Syafika. Suatu hari Syafika yang kepenatan pengsan. Hadi menghantar Syafika ke hospital dan doktor mengesahkan Syafika disahkan hamil. Syafika mula merasakan Hadi sudah jatuh hati padanya. Syafika cuba untuk melawan perasaan itu kerana masih rindukan Hakim. Kebenaran diketahui oleh Hajjah Noraini dan merestukan hubungan mereka berdua, akhirnya Syafika membuka pintu hatinya untuk Hadi. Sudah bersediakah Syafika ‘melepaskan’ Hakim? Bagaimanakah Hadi membuktikan cintanya kepada Syafika?

TONTON DRAMA MASIH ADA RINDU EPISOD 1-16 (AKHIR) AKASIA TV3

EPISOD 1 | EPISOD 2 | EPISOD 3 | EPISOD 4 | EPISOD 5 | EPISOD 6 | EPISOD 7 | EPISOD 8 | EPISOD 9 | EPISOD 10 | EPISOD 11 | EPISOD 12 | EPISOD 13 | EPISOD 14 | EPISOD 15 | EPISOD 16

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge