RESEPI NASI GORENG SEDAP SENANG DAN RINGKAS | Salam subuh semua, pasti ramai yang tengah singgah untuk menjengah blog Cikza yang tak seberapa ni. Ada yang tengah fikir pagi nanti nak buat apa untuk breakfast? Terutama ibu-ibu yang tengah buntu tak terkejar mana nak urus PDPR anak lagi dan sebagainya.
Resepi Nasi Goreng ni adalah tersangan senang dan cepat untuk disediakan. Tak perlu renyah-renyah nak siapkan bahan-bahan premium, kita guna bahan apa ada di dapur. Lagi pula Nasi Goreng ni memang penuh nostalgia waktu Cikza di bangku sekolah sehingga harini. Resepi ni Cikza belajar dari abah, kalau korang nak tahu, inilah bekal makanan Cikza bawa ke sekolah ataupun ke pejabat. Air tangan abah kan.
RESEPI NASI GORENG SEDAP SENANG DAN RINGKAS
Kalau buat nasi goreng ni, selalu teringat kat abah. Lepas kahwin ni, kalau buat nasi goreng, rasanya tak sama kalau nak dibandingkan dengan air tangan abah. Nak tunggu merasa nasi goreng tu, waktu abah datang ke rumah nanti. Baru lah dapat merasa. Sebab sekarang abah dan mama lepas bersara pulang ke kampung halaman untuk habiskan hari-hari tua di sana.
Bahan-Bahan :
- 3 cawan nasi putih
- 2 biji telur
- Garam
- Gula
- Air
- Minyak Untuk Menumis
- Daun Bawang
Bahan Kisar / Bahan Melesung :-
- 2 Ulas Bawang Besar
- 2 ulas Bawang Putih
- 3 Tangkai Cili Merah
- Ikan Bilis
** Sebenarnya, nasi goreng yang sedap, bila rempah yang disediakan adalah secara menumbuk berbanding kisar menggunakan blender.
Cara Penyediaan :
- Panaskan minyak, dan tumiskan bahan yang telah dikisar atau ditumbuk sehingga garing, masukkan garam dan gula kacau seketika, letakkan sedikit air bagi nampak basah sedikit.
- Pecahkan telur dan kacau bagi sekata, atau boleh di bahagi kepada 2 bahagian dalam kuali
- Setelah telur dah nampak garing sedikit, masukkan nasi dan kacau bagi sekata, terus perasakan garam.
- Taburkan daun bawang dan sedia untuk dihidang.
Sebab tu lah kalau korang tengok cara penyediaan sangat ringkas, tapi resepi ni penuh nostalgia yang takkan pernah Cikza lupakan. Membesar dengan nasi goreng abah.