RESEPI

RESEPI MEE KARI NYONYA SIMPLE SEDAP DAN PUAS HATI MAKAN BERTAMBAH

RESEPI MEE KARI NYONYA SIMPLE SEDAP DAN PUAS HATI MAKAN BERTAMBAH| Assalammualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca semua. Resepi Mee Kari ni sangat sedap kalau bahan yang di gunakan tidak kedekut dan terlebih-lebih. Ada pelbagai variasi Resepi Mee Kari yang sentiasa menjadi pilihan. Tapi untuk harini, Cikza memilih untuk membuat perkongsian mengenai Resepi Mee Kari Nyonya Simple Sedap Dan Puas Hati versi Ayam. Cuma kalini kita guna bahan apa aja dekat dapur tu.

Mee Kari sangatlah sesuai dijamu untuk tetamu yang datang, rata-rata Mee Kari yang sedap bila tekstur kuah tu, pekat dan sedap menusuk rasa rencah dalam jiwa. Macam Cikza agak cerewet kalau nak pekena Mee Kari di gerai-gerai luar, bukan apa ada kala niaga semangkuk RM5.00 – RM7.00 sekalipun tapi kuah cair memang terus Cikza tak datang lagi. Kata orang baik buat sendiri puas hati, makan pun bertambah-tambah. Jom tengok bahan-bahannya.

RESEPI MEE KARI NYONYA SIMPLE SEDAP DAN PUAS HATI MAKAN BERTAMBAH

Bahan-Bahan 

  • 2 peket Mee Kuning
  • 500gm Isi Ayam Di potong Kecil
  • 1 Peket Bebola Ayam
  • 4 sudu rempah kari di bancuh bersama air sehingga pekat
  • 2 keping Asam Gelugor
  • 1 Kotak Besar Santan Pekat
  • 3 cawan Santan cair / air
  • 2 Batang Serai
  • Maggi Cukup Rasa
  • Garam

Bahan Untuk Di Kisar 

  • 2 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1/2 inchi halia
  • 1 sudu kecil Udang Kering
  • 4 Sudu Cili Kering Yang telah dikisar

Bahan Untuk Menumis 

  • 1 Batang Kayu Manis
  • 2 Biji Buah Pelaga
  • 3 Biji Bunga Cengkih
  • 2 Biji Bunga Lawang
  • Daun Kari

Bahan Hiasan :

  • 5 Tangkai Sawi
  • 1 genggam Taugeh
  • 5 biji telor rebus di potong 2
  • 2 keping tauhu ( digoreng dan potong kecil )
  • Limau Kasturi
  • Bawang Goreng
  • Hirisan Cili ( Ikut Kesesuaian )

Bahan Untuk Sambal Nyonya 

  • 4 Sudu Besar Cili Kering Yang Telah dikisar
  • 5 Tangkai Cili Merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 Sudu Besar Udang Geragau Kering
  • Belacan
  • Maggi Cukup Rasa
  • Garam
  • Gula
  • Minyak Untuk Menumis

Cara Penyediaan Mee Kari Nyonya Simple Sedap Dan Puas Hati

  1. Didihkan air terlebih dahulu untuk mencelur bahan seperti mee kuning, taugeh, Sawi, ( Sepatutnya lagi sedap kalau ada kacang panjang)
  2. Panaskan Minyak, tumiskan serai terlebih dahulu, bila naik bau terus tumis bahan kisar dan rempah sekawan termasuk daun kari tadi sehingga pecah minyak. Selepas bahan kisar hampir pecah minyak, masukkan rempah kari dan kacau sehingga betul-betul pecah minyak dengan api yang sederhana.
  3. Setelah pecah minyak masukkan isi ayam dan bebola ayam tadi bersama sedikit air, tujuan nak bagi murnikan serata dengan bahan tumis bersama ayam tadi. biarkan seketika.
  4. Masukkan 3- 4 cawan santan cair/air dan asam keping biarkan ia mendidih. Dah hampir didih masukkan garam/gula/Maggi Cukup Rasa dan biarkan seketika. Bila dah didih perlahankan api sekali lagi, masukkan 1 kotak santa sedikit demi sedikit sambil kacau bagi sekata dan mesra.
  5. Bila kuah dah hampir didih, masukkan tauhu pok dan biarkan dalam 5-10 minit sedia untuk dihidang.
  6. Hidangkan bersama bahan-bahan hiasan tadi.

Cara Penyediaan Sambal Nyonya 

  1. Kisar semua bahan kecuali belacan dan udang geragau kering. Belacan terlebih dahulu dibakar dan di hancurkan
  2. Panaskan minyak, Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak, taburkan belacan bakar dan udang geragau kering dan tumis sehingga betul-betul pecah minyak
  3. Masukkan garam, gula, maggi Cukup rasa dan sedikit air jika pekat. Tumis sampai pecah minyak sekali lagi. Perasakan sebelum dihidang bersama mee kari nyonya simple kita tu.
  4. Lagi lama korang tumis lagi pekat lagi sedap. dan tahan lama sambal tu.

 

You may also like...

8 Comments

  1. Sedapnyaaa cik za..kita suka makan mee kari 🤤

    1. Boleh cuba ni nanti

  2. Sedapnya mee kari nyonya tu cikza. Bahan-bahan semua ada ni. Boleh la buat nanti

    1. Sedap, kekuatan terletak pada sambal

  3. sedapnyaaa…

    1. Resepi senang, apa lagi boleh buat

  4. follow cikza kat IG 🙂

    1. Terima kasih sedap kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge