PROSEDUR PUSH SKIN BIOPSY MENCARI PUNCA RADANG KULIT | Assalammualaikum dan salam sejahtera, baru harini dapat menulis setelah beberapa hari berehat sebentar. Sebagai seorang pesakit SLE, Cikza memang akan jadi cepat letih lately ni. Termasuk sakit di beberapa sendi. Untuk sekarang kena banyak berehat sebelum bergerak aktif semula.
Baru-baru ni, Cikza ada temujanji dengan Dr dari Klinik Dermatologi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia atau sekarang dikenali sebagai Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM. Itu adalah rutin bulanan sebagai pesakit SLE. Kalau korang nak tahu, baru-baru ni Cikza dah keluar masuk wad hampir 2 kali dalam bulan yang berhampir sama disebabkan SLE Acute Flare Sebelum Ramadhan dan SLE Acute Flare Dalam Bulan Ramadhan. Ujian berat tu, Lepas dari alahan teruk disebabkan ubat tempohari, terus hormon dah beralih. Cikza jarang kena alahan makanan, kalini silap sikit naik lah alahan. Lidah pula sekarang deria manis sahaja dapat detect lagi awal. Setiap apa yang Cikza makan rasa akan jadi manis.
PROSEDUR PUSH SKIN BIOPSY MENCARI PUNCA RADANG KULIT
Berbalik pada temujanji tadi, Selepas Cikza menunjuk semua kesan-kesan alahan yang teruk hampir satu badan kepada doktor, pada awalnya dapat doktor agak blur sedikit kalau ikutkan beliau doctor dari Hospital Kuala Lumpur. rasanya tengah buat study kot. Macam biasa dia examine seluruh kemerahan dekat seluruh badan Cikza ni. Sampai pada awal dia hanya berkata mempunyai alahan biasa. Tapi ini bukan biasa-biasa macam biasa Cikza terangkan, luar biasa kebetulan waktu tu nak pegang pen tengah sakit, di hujung-hujung jari akibat selirat merah-merah kat tapak tangan.
Terus di panggil untuk membuat ujian darah, Ujian darah diambil, rasanya agak banyak juga tube darah yang diperlukan. Setelah darah diambil, penerangan atau briefing diberikan. Cuma hanya minor surgeri tak perlu nak sampai masuk bilik pembedahan besar sekalipun. Tapi disebabkan darah SLE tengah aktif maka Cikza diberi dua pilihan samada bermalam di wad atau pulang ke rumah.
Prosedur bermula dengan mencari tempat yang dikenalpasti untuk melakukan proses tersebut. Disebabkan secara kebetulan rashes merah masih ada lagi, ada satu tempat sangat bersesuaian cuma akan susahkan sedikit pergerakkan. Tapi di mulai dengan tempat tersebut di suntik dengan ubat kebas terlebih dahulu, dan dalam masa 5 minit ubat tersebut akan menyebabkan kebas di tempat yang dikenalpasti.
Prosedur kedua adalah untuk mendapatkan sample kulit tersebut dengan rawatan Biopsi Punch. Biopsi jenis ini sering digunakan di klinik dermatologi samada di hospital atau pakar rawatan kulit berdaftar. Ianya adalah untuk diagnosis kondisi kulit. Prosedur biopsi ini dilakukan dengan menggunakan alat khusus yang berbentuk seperti tabung kecil dengan bagian tajam pada hujungnya lalu di cucuk di tempat yang kebas tadi sehingga dalam untuk mengambil sample kulit tersebut, dengan diameter tertentu sehingga jaringan kulit yang terambil akan berbentuk lingkaran. Selepas itu, Tindakan penjahitan diperlukan apabila diameter kulit yang diambil cukup lebar. Ini bagi mengelakkan terkena jangkitan kuman dan sebagainya.
Setelah selesai, kawasan yang berlubang tadi perlu di jahit dengan penu teliti, dan mengambil masa 14 hari untuk persiapsedia temujanji bagi membuka benang. Dan melihat sekitar tempat jahitan tersebut samada betul-betul kering kebiasaan mereka yang berpenyakit autoimun perlu berhati-hati dan adakalanya boleh menjadi nanah di tempat tersebut akibat jangkitan kuman.
TIGA HARI MANDI SECARA MENGELAP SEKITAR BADAN DAN MENCUCI LUKA SECARA SENDIRI
Selama 3 hari, Cikza hanya lap badan sahaja dengan air berisi sabun khusus untuk mereka yang ada radang kulit. Tapi tidak berani lagi untuk mencuci luka tempat biopsi, ada ketika pedih setiap kali melakukan pergerakkan. ada ketika akan berasa gatal. Mujur lah mak kita ni bekas jururawat. Selepas 5 hari di mintanya suami kita beli pekakas untuk dressing luka, mujur ikut senarai yang diberikan tu betul. Malam tu, lepas lap-lap badan, Cikza buka balutan untuk cuci luka tersebut, memang nampak di kapas tu ada darah yang fresh lagi mulai kering, mungkin sebab banyak bergerak.
Jangan risau, jika diberi pengalaman untuk melakukan, memang tak rasa sakit pada awalnya. Cuma untuk kebaikkan atas dasar kesihatan sendiri adalah lebih baik dilakukan sekurang setiap penyakit dapat dicegah lebih awal. Disebabkan penyakit autoimun, Cikza perlu menjaga rapi setiap luka dan yang berkaitan selagi ia tidak memudaratkan diri. Yang penting sentiasa makan ubat dan sentiasa positif diri.