PERUBAHAN DAN PERSEDIAAN IBU SEPANJANG KEHAMILAN | Bagi pasangan yang baru pertama kali bakal menimang cahaya mata, persediaan fizikal dan mental sangat diperlukan, ini penting pagi si ibu untuk menghadapi perubahan dan persediaan sepanjang kehamilan. Ada pasangan yang bersedia dan ada yang terkejut dengan perubahan yang berlaku sepanjang kehamilan. Maka pasangan suami dan isteri seharusnya bersedia.

Anak dalam kandungan sangat menyukai saat ibu bermanja dengannya. Bayi sudah boleh mendengar seawal empat bulan kandungan iaitu setelah roh ditiup ke dalam rahim ibu. Beruntung allah beri pasangan yang dikurniakan rezeki zuriat berkeluarga untuk merasa pengalaman itu. Kerana penting ya para suami untuk mengambil tahu, banyak perubahan akan berlaku pada isteri di saat kehamilan tersebut.

PERUBAHAN DAN PERSEDIAAN IBU SEPANJANG KEHAMILAN

#1 – Sedia Menerima Perubahan Berat Badan 

Ada wanita bimbang bila berat badan akannaik mendadak sepanjang kehamilan, alasan yang diberikan ianya akan menjadi sukar selepas kelahiran untuk mendapatkan berat badan yang ideal semula. Jangan risau ramai berpandangan berisi ketika hamil adalah tersangat COMEL Selain penambahan berat badanhasil berat daripada bayi dalam kandungan, ibu hamil juga mempunyai selera makan luar biasa. Mengidam adalah faktor yang menyebabkan pertambahan berat badan kepada wanita hamil. Dan para suami kena ambil tahu, ibu hamil wajib mengambil makanan yang berkhasiat.

#2 – Perubahan Tekanan Darah 

Setiap wanita hamil perlu mengukur tekanan darah pada setiap kali temujanji di Klinik. Ini boleh menyatakan kebimbangan jika tekanan darah ibu hamil terlalu tinggi dan terlalu rendah. Ada wanita mempunyai perubahan tekanan darah yang berbeza sewaktu kehamilan. Punca yang mempengaruhi tekanan darah adalah seperti kegelisahan, banyak berfikir, stress dan kurang rehat.

#3 – Sedia Menghadapi Morning Sickness

Pastikan anda makan pada waktunya, namun makan dalam jumlah yang sedikit tapi kerap. Kebiasaan Asid Folik yang diambil semasa hamil menambahkan lagi rasa mual. Jika anda tidak mampu memakannya pada waktu pagi, boleh juga diambil sebelum nak masuk tidur. Jangan terkenangkan perkara-perkara yang akan membuatkan anda terasa mual dan muntah. Tukar menu kepadayang menyenangkan dan elak memakan makanan yang menyebabkan rasa mual.

#4 – Perubahan Pada Payudara Yang Semakin Besar Dan Aerola Bertambah Gelap

Jangan risau jika payudara anda semakin besar adalah petanda baik untuk menyusukan bayi nanti. Selain aerola gelap ketika hamil, kawasan itu juga akan menjadi bertambah besar ketika menyusukan anak nanti. Seronoknya perubahan ibu hamil.

#5 – Perubahan Pada Kemaluan (Miss V) Yang Lebih Lembab Dan Berbau

Ketika ini wanita hamil akan kerap membuang air kecil, kekerapan itu akan menyebabkan bau pada seluar dalam dan menjadi tidak enak. Seeloknya kerap menukar seluar dalam dalam atau panty liner setiap kali membuang air. Cecair jernih seperti putih telur juga akan terjadi pada trimistir ketiga, jika ianya tidak dijaga maka lebih mudah Miss V dijangkiti kuman. Itulah yang terjadi, kencing kotor dikalangan ibu hamil yang kerap berlaku.

#6 – Kehadiran Stretch Mark Sepanjang Kehamilan

Ramai wanita mengeluh mengenai Stretch Mark sepanjang kehamilan. Ingatlah bahawa kehamilan itu sendiri membawa banyak pahala apatah lagi ketika melahirkan bayi nanti. Paling penting, ketika ini anda hanya perlu menghayati saat-saat kehamilan dengan gembiranya dan bukan Stretch Mark tersebut. Jangan risau kerana ianya boleh dirawat ketika berpantang nanti. Banyak petua kampung dan perubatan moden yang boleh membantu anda kelihatan seperti anak dara semula.

#7 – Perubahan Pada Kesihatan Ibu Sepanjang Kehamilan

Wanita hamil, sangat sensitif terhadap persekitaran terutama pada bau dan jangkitan penyakit ketika ini. Ibu hamil mudah mendapat jangkitan selsema, demam dan batuk. Ini disebabkan perubahan hormon. Gigi dan gusi akan menjadi sakit sepanjang kehamilan. Ingatlah, biarpun sakit, pastikan anda positif dan bersedia untuk kuat kerana bergantung pada yang anda fikir. Jika anda sentiasa sakit dan tidak bermaya, ia akan memberi kesan negatif terhadap perkembangan bayi.

Semoga ianya memberi manfaat khususnya buat bakal ibu dan bapa seperti Cikza juga. Cikza mula mendalami ilmu parenting masa mengandung kali pertama tahun 2018, menerusi buku 9 bulan 10 hari. Tak rugi membaca. Walau tiada rezeki zuriat lagi disebabkan Kandungan Luar Rahim Cikza tetap ambil tahu ilmu-ilmu tersebut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge