BAGAIMANA GAMES ONLINE MAMPU MENGERATKAN IKATAN FAMILI | Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Perkongsian harini adalah mengenai Games, siapa yang kaki games boleh lah baca entri ni sampai habis, Ramai yang salah anggap, permainan Games Online ni khusus untuk kanak-kanak sahaja. Jangan terkejut, mereka yang dewasa pun masih bermain Games Online untuk menghilangkan stress kerja dan sebagainya, selain dari minat.
Lepas baca sampai habis entri awa tentang Idea Aktiviti Yang Menyeronokkan Bersama Anak Di Rumah Sepanjang PKP, Jadi Cikza baca sampai habis, ini lah yang dicari-cari. Tak perlu tuggu bersama anak, walaupun kami belum rezeki dikurniakan zuriat.Cikza terfikir manfaat ini dapat mengeratkan lagi hubungan kami suami isteri.
Seperti Cikza, permainan games online telah menjadi kegemaran sejak zaman bangku sekolah lagi, kadang-kadang tangan ni gatal search dekat console Permainan Games Online, bermacam-macam senarai game yang akan keluar. Bila teringat balik, rindunya zaman-zaman waktu tersebut. BAGAIMANA GAMES ONLINE PLAYS.ORG MAMPU ERATKAN FAMILI Jom baca sampai habis.
Kembali Ke Zaman Kanak-Kanak Dengan Permainan Games Online Plays.OrgĀ
Baru-baru ni, seorang sahabat telah perkenalkan satu games online yang tak perlu bersusah payah perlukan space telefon untuk download sekalipun, semuanya secara online. Bila sebut permainan online terus secara automatik akan teringat zaman kanak-kanak. Game kegemaran Cikza adalah pinball dan tetris. Yang terbaru sejak bermain games secara PERCUMA di Plays.Org ni adalah Stimulation Supermarket.
Plays.Org merupakan permainan games 100% secara online dan mempunyai hampir lebih dari 100 jenis permainan untuk dicuba sendiri. YA! semuanya secara percuma. Rasanya yang pernah bermain Nintedo pasti mengetahui tentang kewujudan laman ini. Kini sangat mudah isi masa lapang dengan permainan games sebegini selain dapat mengeratkan lagi silaturahim antara keluarga.
Plays.Org Bukan Untuk Kanak-Kanak Tapi Termasuk Orang Dewasa
Dalam Perintah Kawalan Pergerakkan, sangatlah digalakkan untuk duduk di rumah. Plays.Org sangat bagus untuk dicuba. Bukan berfokus untuk kanak-kanak tapi orang dewasa pun boleh cuba permainan ni. Cikza dah cuba beberapa jenis game yang disediakan, memang best sangat. Berbaloi dalam duduk bosan sambil hadap dinding putih tu, hilangkan bosan dengan permainan yang di sediakan Plays.org .
Nampak menarik bukan, senarai permainan yang ada dalam Plays.Org tu, ada pelbagai variasi dan banyak pilihan yang boleh kita pilih antaranya seperti, papan Arcade, Stimulation, Math, Sudoku, Pin Balls, FlashCards dan macam-macam lagi yang boleh buat kita yang dewasa ni rambang mata untuk memilih game yang sesuai.
Cikza tak nampak dalam Plays.Org adalah game yang berunsurkan lali, dalam turutan game tersebut ada beberapa jenis permainan yang boleh menguji minda anak-anak seperti sudoku dan permainan arcade. Pernah tak korang main game ular yang naik tangga bagai tu. Haa! semuanya ada dalam Plays.Org.
Manfaatkan Waktu Perintah Kawalan Pergerakkan Dalam Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan
Jika sebelum PKP masa kita banyak dihabiskan dengan tugasan di pejabat, sehingga pulang sampai lewat malam. Bagi suami dan isteri yang belum punya zuriat, ada diantara mereka yang salah seorang suka melepak bersama kawan-kawan sehingga jauh lewat malam. Perkara itu akan membuat hubungan antara pasangan atau dengan anak-anak akan rapuh seterusnya akan terjadinya perasaan makan hati satu sama lain.
Setelah PKP ini diumumkan, adalah lebih baik manfaatkan masa yang tertinggal, kita penuhi dan tebus semula masa-masa yang kita dah rugi asbab sibuk dengan aktiviti luar dan pejabat. Tak salah kalau korang isi masa yang terluang dengan permainan games Plays.Org ni. Selamat dan terjamin tanpa perlu nak keluar rumah. Duduk berdua atau bersama anak-anak pun dah boleh aktiviti menyeronokkan. Anak-anak suka apatah lagi ibunya, Sambil main game, jangan lupa letak kudapan kerepek sedap dekat tepi sambil buat air sirap sejuk pergh.
Macam suami dan diriku sendiri adalah peminat setia games online, macam suami kebiasaan akan bermain Mobile Legend dan Cikza pula lebih kepada online games yang ada di laman web google. Cikza juga dah syorkan Plays.Org kepada suami, ternyata ada feedback positif. Mana taknya setiap hari sepanjang PKP ni, beliau selalu main Plays.Org sebelum tidur. Dah kata pasti terjebak, sebab ada pelbagai game yang menarik disediakan dalam tu.
Saya peminat game sejak dari bangku sekolah menengah. Daripada pc, konsol, sehinggalah ke dalam era mobile gaming. Anak – anak saya pun tidak dihalang bermain game asalkan prasayarat dan peraturan yang telah kami persetujui dipatuhi.
Cuma satu kerisauan saya, mobile gaming sekarang sudah mula diracuni oleh unsur-unsur perjudian…
Saiful recently posted…Cabutan Al-Awfar Bank Islam Sebagai Tabung Kecemasan.
hehe samalah, dlu psp pastu nintedo then ps