10 Kata-Kata Motivasi Padu Pemangkin Semangat Diri Sendiri | Dalam kita menjalani kehidupan seharian, pasti punya pengalaman jatuh dan bangun dan ada kalanya manusia akan mengalami masalah pekerjaan, ini menjadi penyebab seseorang itu kurang bersemangat, sentiasa memendam rasa stress dan tertekan. Hal ini seringkali terjadi pada sesiapa sahaja terutama mereka yang sedang bekerja, kehilangan pekerjaan dan kita sebagai pentadbir satu organisasi itu sendiri.
Jika masalah ini tidak dibendung, maka setiap apa yang kita lakukan tiada rasa semangat dan hasil kerja akan menjadi kurang memuaskan dan perjalanan kehidupan kita akan menjadi semakin jatuh. Positif itu jalan yang terbaik, Seperti Cikza yang juga seorang Pejuang Lupus SLE selama 11 tahun, sangat memerlukan sokongan kehidupan sekeliling termasuk dari semua sahabat dan keluarga sendiri untuk teruskan kehidupan. Ianya bukan dikategori sebagai pesakit mental, tapi SLE adalah berkait rapat dan mempengaruhi hormon dalam badan.
Jika masalah ini tidak dapat dibendung juga, kemungkinan ini akan menggangu segala konsentrasi perjalanan kehidupan anda. Dan ianya boleh memusnahkan kejayaan diri kita sendiri. Namun sebaliknya, setiap kata-kata motivasi yang Cikza abadikan sebagai poster kehidupan mungkin sedikit sebanyak boleh membantu dalam menjadikan kita sentiasa positif.
Perjalanan Kehidupan Yang Banyak Mempengaruhi Minda
Sampai bila kita ingin merudum jatuh kan diri sendiri dengan kegagalan diri sendiri. Kata-kata motivasi ini sedikit sebanyak, mungkin dapat membantu anda menambahkan lagi semangat dan boleh dijadikan suntikan untuk Berjaya. Tetapi harus ingat, jangan sekadar membaca dan berkongsi tanpa satu usaha untuk menjadikan anda lebih Berjaya.
Manusia yang gagal, selalunya banyak yang suka membuang masa tanpa mencari titik pemula untuk Berjaya. Dan seperti Cikza yang dulu pernah meratap sewaktu Ketika mula-mula disahkan Syndrome Lupus Erimatosus (SLE) ramai yang tidak tahu, ia sebenarnya boleh membawa maut jika tidak dibendung. Seolah Cikza rasakan hidup ini tersangat singkat dan mungkin akan mati lebih cepat. Jadi disebabkan kata-kata motivasi dan penguat semangat inilah membina keyakinan Cikza untuk jalani kehidupan lebih positif. Jom kita lihat mini poster yang Cikza ciptakan khusus untuk anda semua.
10 Kata-Kata Motivasi Padu Pemangkin Semangat Diri Sendiri
2 tahun memendam rasa, Ketika itulah Cikza bangkit lawan perasaan, dan sentiasa positif dengan kehidupan yang Cikza lalui sehingga ke harini. Asbab itu jugaah Cikza suka membuat poster motivasi untuk tatapan diri atau kawan-kawan yang ingin berkongsi dalam media sosial masing-masing. Semoga perkongsian Cikza ni memberi manfaat dan memberi makna buat mereka di luar sana. Jangan lupa kredit ke www.cikza.com tau.
Mohon izin untuk saya guna kata kata positif ini ya