TANDA AWAL KEHAMILAN SEBELUM HAID WAJIB AMBIL TAHU | Ramai yang beranggapan Menstruasi atau haid yang lambat merupakan tanda seorang wanita itu hamil, namun bukan satu-satunya tanda kehamilan. Ini Kerana saat sel telur dibuahi oleh sperma dan ditanam di dinding rahim boleh  sebelum periode haid, atau sehingga mungkin ada tanda-tanda kehamilan lain yang muncul sebelum haid terlambat. Jadi macamana nak tahu adakah anda telah ovulasi atau tidak boleh rujuk – Rancang Kehamilan Menggunakan OPK 

 

Bagi yang baru berumah tangga, dan ingin punya zuriat sendiri merupakan satu impian yang perlu ada pada setiap pasangan. Tapi adakah anda sudah bersedia? Bila terjadinya seseorang itu datang bulan lambat dari Tarikh sepatutnya, ia mempunyai dua kemungkinan dan salah satunya mungkin Tanda Awal Kehamilan. Jom kita lihat adakah anda mempunyai tanda-tanda tersebut? perlu diingatkan jangan terlalu berharap tapi mungkin boleh ambil langkah berjaga-jaga.

TANDA AWAL KEHAMILAN SEBELUM HAID WAJIB AMBIL TAHU

Dah bersedia nak buat semakan? Adakah anda mempunyai tanda-tanda berikut seperti yang dinyatakan dibawah? Tetapi jangan terlalu berharap, cuma yang penting ambil langkah berjaga-jaga dari segi pengambilan makanan dan pergerakkan. Salah satunya boleh mengelakkan Kandungan Luar Rahim, dan Cikza mempunyai pengalaman seperti tu. – Pengalaman Kandungan Luar Rahim

  • Kram Di Bahagian Perut

Kadangkala kram di bahagian perut pun, boleh jadi petanda samada ianya kandungan awal kehamilan atau persediaan datang bulan. Kebiasaan kram terjadi di bawah perut dan di bawah punggung.

  • Peningkatan Suhu Basal Tubuh

Kebiasaan suhu akan terjadi sebelum ovulasi, dan adakalanya sepanjang selepas Ovulasi (DPO). Suhu kembali normal adalah bila datangnya haid, Namun demikian suhu akan kembali naik sepanjang kehamilan bermakna tingginya kadar progestrone, Jika ianya suhu semakin naik sehingga 20 hari tanpa datang haid, ini salah satu petanda awal kehamilan.

  • Perubahan Pada Payudara

Kata orang, kalau payudara sakit pun ada dua kemungkinan, samada hamil atau datang bulan. Petandanya adalah sakit bila di tekan, dan disekitar aerola akan menjadi lebih gelap dari kebiasaan. Setelah berjaya ovulasi, Payudara dapat di rasa terlebih dahulu.

  • Cepat Penat Dan Keletihan

Ini adalah yang selalu terjadi bila awal kehamilan, salah satunya adalah cepat penat dan kuat tidur. Ini terjadi bila perubahan kadar progestrone semakin meningkat tinggi. Jangan risau ianya bertahan pada trimister pertama, bergantung pada keupayaan badan masing-masing.

  • Mual atau Mengidam Sesuatu

Tanda awal kehamilan bila terasa mual atau Morning Sickness ianya terjadi disaat bila ovulasi berjaya, Penyebab adalah peningkatan kadar estrogen dan progestrone sehingga setiap hari akan merasa mual atau Morning Sickness. Namun jangan berharap, ada ketika mual pun boleh jadi disebabkan datang haid.

Mengidam? Teringin nak makan sesuatu, pun boleh terjadi, kadangkala bau badan suami pun boleh jadi isu tau, Kalau di lihat tanda awal kehamilan ni boleh jadi mengidam sesuatu yang kita tak suka.

  • Sering Buang Air Kecil

Kerap buang air kecil pun dikira sebagai satu petanda awal kehamilan, jangan abaikan tau. Ini disebabkan adalah perubahan hormon yang menyebabkan ibu hamil akan sentiasa ke tandas untuk membuang air kecil, Tapi aianya terjadi sepanjang kehamilan.

  • Sakit Kepala

Sakit kepala adalah gejala pra-menstruasi yang paling umum. Namun dengan terjadinya ovulasi, hormon estrogen dan progesteron bekerja untuk mempersiapkan rahim bagi bayi dapat menyebabkan penurunan kadar gula darah. Hal ini dapat menyebabkan sakit kepala kerana sel-sel otak berjuang untuk mengimbangi tahap gula yang rendah.

  • Pendarahan Implantasi

Ini yang ditunggu-tunggu. Jangan keliru dengan darah haid atau implantasi. Ada ibu hamil tidak mengalami pendarahan implantasi. Kebiasaan ianya terjadi setelah 10-14 hari ovulasi berjaya. Kebiasaan ianya terjadi selama 2-3 hari sahaja. Namun kalau terjadi pendarahan berpanjangan di nasihatkan bertemu doktor.

Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Buat Ujian Kehamilan (UPT) 

Awas! ada yang cuba-cuba lakukan Ujian Kehamilan (UPT) seawal 5-6 hari selepas waktu ovulasi, lepastu nanti menyesal sendiri selepas melihat hanya tertera satu line. Jangan gelojoh, lebih baik bersabar. Tunggu sehingga lewat 4-5 hari haid untuk lakukan ujian tersebut. Jika hati kental, boleh lah mencelop UPT hari-hari. Tapi jangan menyesal pula jika jawapannya adalah sebaliknya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge