SUDIO NIO PENEMAN SETIA SETIAP WAKTU SEPANJANG MASA | Assalammualaikum guys. Earphone memang sangat penting bagi Cikza, kalau nak dibandingkan dengan headphone yang besar gedabak tu. Bukan apa nak kemana takkan nak membawa headphone besar gedabak tu, walaupun dalam meeting. Rasanya Cikza dah jumpa solution paling terbaik untuk selesaikan masalah yang cikza hadap ni.
SUDIO WIRELESS EARPHONE MENJADI PENEMAN SETIA
Inilah solution yang Cikza katakan tu, dah lama idam nak dapatkan wireless Earphone ni, bukan apa, selain ia memudahkan diriku untuk melakukan sebarang kerja sambil mendengar lagu. Kalau dulu teringin juga nak beli, tapi korang pun tahu, kebanyakkan di luar kemampuan. Kena tunggu diskaun baru dapat merasa.
Kalau korang nak tahu, Jenama Sudio ni adalah brand yang cukup terkenal di Sweeden. Didatangkan dengan teknologi hebat, saiznya yang kecil menjimatkan ruang penyimpanan. Ianya boleh dibawa kemana sahaja dengan penuh gaya. Apa yang menarik minat tentang Sudio Earphone Wireless ni antaranya :-
Teknologi Dual Microphone Untuk Menjawab Panggilan
Salah satu faktor penting mengapa Cikza memilih Sudio adalah dengan Teknologi Dual Microphone, Cikza tak perlu bersusah payah nak tarik wayar berselirat nak jawab call, hanya letakkan earphone tersebut di telinga dan dengan sentuhan panel CIkza menjawab panggilan telefon dengan mudah. Fungsi dual Microphone ini dapat mengelakkan bunyi bising di belakang yang menganggu penggilan kita, jadi sambil berbual pun akan rasa smooth tanpa gangguan.
Tahan Sehingga 20 Jam Lamanya
Ini paling best, Sebab waktu kerja Cikza adalah 8-9 jam lamanya untuk sehari. Terkadang sambil mendengan lagu dan menjawab panggilan juga adalah keperluan Cikza dalam seharian. Rupanya Sudio Wireless Earphone ni dapat bertahan sehingga 20 jam lamanya, jadi Cikza tak perlu nak bersusah payah nak lakukan aktiviti seharian dari asyik terfikir untuk sentiasa mengecas earphone tersebut. Kualiti bateri wireless earphones ini adalah 35mAh, manakala bateri bersama tempat simpanan adalah 400mAh. Kalau dicaj bersama bekas ianya mengambil masa sehingga 90 minit untuk pengecasan penuh. Rasanya sangat berbaloi untuk dapatkannya.
Perlindungan IPX4 ( Waterproof Rating )
Tiada masalah jika terkena air hujan dan sebagainya, Sudio Nio mempunyai ciri daya tahan terhadap percikan air dari arah mana pun sekalipun kalua korang dalam keadaan hujan basah kuyup. Jadi tidak ada masalah jika menggunakan waktu bersenam dan berpeluh-peluh. Rata-rata jarang kita nak jumpa Wireless Earphone sehebat Sudio ni.
Mempunyai Panel Sentuh ( Touch Panel ) Dan Bluetooh Pairing
Selain ianya amat mudah di gunakan. Wireless Earphones Sudio Nio berfungsi secara automatik ‘on’ dan kita akan dapat menerima notifikasi berjaya berfungsi melalui bluetooth. Cara menggunakan touch panel Wireless earphones Sudio Nio, seperti berikut:-
- Single press – play/pause
- Double press – previous track (left earbud) / next track (right earbud)
- Triple press – reduce volume (left earbud) / increase volume (right earbud)
- 1-sec press – Answer calls
- 2-sec press – Decline calls
- 3-sec press – Hang up call
LEBIH BERGAYA JIKA DISARUNGKAN BERSAMA SUDIO NIO CASE APPLE LEATHER
Terkejut juga, tak pernah ambil tahu, yang kulit Apple boleh dijadikan duit. Rupanya Sudio Nio Case Apple Leather adalah gabungan dari kulit apple dari kebun di utara Italy. Betul jugak, daripada rugi dibuang baik dikomersialkan. Bertemakan mesra alam yang hypoallergenic, dan biodegradable selain nampak bergaya dan mewah. Ia menampakkan case tersebut unik dengan rekaan serba moden mengikut keperluan semasa.
Because we know you care about the planet just as much as we do. As early adopters of naturally-derived apple skin leather, Sudio is committed to reducing its carbon footprint on the planet. With your help, we can continue to create good things for you and the environment..” – Sudio Nio Team
Secara jujurnya, Sudio Nio Case ni tersangat memudahkan Cikza untuk dibawa kemana je, selain mengelakkan Sudio Wireless Earphone bercalar tanpa case yang sesuai. Rekaan case ni menarik minat Cikza kerana ianya unik dan lain dari yang lain. Rekaan yang kecil selain memudahkan untuk penyimpanan ianya boleh dibawa ke mana yang kita pergi. Lepasni nak jogging pun senang sebab boleh masuk poket terus dengan saiz yang kecil ni.
Kalau korang berminat dengan Sudio Nio Case Apple Leather ni, korang boleh terus layari https://www.sudio.com/my/ dan dapatkan secara PERCUMA bila korang buat pembelian Sudio Nio Wireless Earphones bermula 10 Mei – 6 Jun 2021 (Selagi Stok Masih Ada). Nak dapatkan DISKAUN 15% ? Anda hanya perlu menggunakan kod : NIOCASE sewaktu membuat bayaran. Pilihan ditangan anda.