SLE FLARE ACUTE SEKALI LAGI UJIAN SEBELUM RAMADHAN | Salam menyambut Ramadhan semua buat mereka sehingga harini yang jejak, CikzaCom sebagai pembaca. Maaf andai jarang update berikutan masalah kesihatan. Harini baru berkesempatan Cikza nak update perjalanan kehidupan Cikza sebagai pesakit SLE.
Ramai yang tak tahu tentang bahayanya penyakit Auto-Imun SLE, dimana lagi senangnya adalah penyakit kekurangan antibodi dalam badan, dimana antibodi sihat mengalami kecelaruan dan terus menyerang organ-organ dalam badan seperti buah pinggang, sendi, jantung, darah dan yang paling utama adalah otak. Itu yang sangat berbahaya, Kalau diikutkan SLE ni kebanyakkan hanya menyerang wanita berbanding lelaki yang hanya segelintir sahaja. Dikatakan juga, ianya sebaris nama dengan penyakit kanser yang boleh membawa maut jika tidak di kawal atau di bendung. Sehingga harini masih tiada ubat yang mampu menyembuhkan penyakit tersebut tetapi boleh mengawal dengan pengambilan steroid yang terkawal di bawah pengawasan doktor.
Temujanji Pertama Untuk Tahun 2021
Bulan Mac 2021 merupakan temujanji bulan pertama dalam tahun 2021, kalau diikutkan hampir 3 tahun lamanya penyakit SLE ni tak mai jengah badan Cikza. Tapi dah pernah terbayang, sekali datang pasti teruk sangat ni nanti. Masa awalan tu, memang dah mula rasa dekat sendi-sendi tangan berdenyut-denyut. Tapi untuk pertemuan pertama ni, ada beberapa ujian darah yang menunjukkan SLE bakal Flare-Up semula.
Awal-awal tu memang tak perasan pun, tapi mulanya ingat alahan biasa sahaja dengan mana-mana sabun atau makanan seafood. Semakin hari sendi semakin sakit sehinggakan nak bangun pun jadi sakit. Demam jangan kata lah, setiap hari tu selepas Asar dah mula rasa tak sedap badan. Antara kuat dengan tak kuar lah penerimaan badan ni.
30 Mac 2021 Permulaan Segala Cerita
Kalau ingat balik, waktu tu adalah hari nifsu Sya’aban haritu pula, katanya kalau kita banyak amal dan berpuasa insha allah akan dipermudahkan segala urusan. Jadi secara kebetulan suami masih tugas luar. Kalau boleh tak nak susahkan beliau. Tugasan beliau sekarang ni amat mencabar sikit. Fikir balik nanti balik kerja baru cerita semua. Kalau cerita sekarang nanti risau suami tak fokus kerja pemanduan bawa kereta.
- Jam 5.00 Petang – Suami balik kerja, first suami pandang isteri katanya kenapa muka sayang letih dan nampak pucat. Demam tu jangan kata waktu tu memang dah berat kepala. Tapi bersemangat nak cerita semua sekali kondisi badan sepanjang suami tiada. Suami terus cari barang nak berbuka katanya nak sambut buka puasa bersama isteri. Tapi waktu tu dah minta izin nak rehat dan biarkan suami sediakan peralatan untuk Cikza berbuka.
- Jam 7.15 Malam – Waktu nak tunggu berbuka, sendi terlalu sakit untuk bergerak. Terpaksa meminta suami papahkan sampai ke depan. Dapat berbuka semua jenis jamah sedikit-sedikit. Sampai suami suapkan makanan paksa makan. Hanya 3 – 4 suapan mampu ditelan. Selebihnya muntah. Suami mana tak risau bila kondisi badan teruk begini. Tapi minta izin lagi kata badan okeh. Sejenis perangai Cikza bila sakit betul-betul baru akan minta sendiri di bawa ke hospital. Sebab sejenis tak suka susahka orang dan tidur di hospital. Kalau terpaksa kena juga pergi.
- Jam 9.30 Malam – Suami paksa Cikza ke hospital. Hati memang dah tergerak nak ke hospital pun. Sampai di sana terus suami uruskan dari segi pendaftaran. Sampai Cikza di tolak masuk Zon Kuning. Rupa paras suami dah berkerut. Dengan harapan dapat terus rawatan. Tapi alhamdulillah dapat terus rawatan di Zon Kuning. 2 kali tramadol ubat tahan sakit agar dikurangkan kesakitan.
Bersambung 31 Mac 2021 Asessment Covid Centre PPUKM
- Jam 4.00 Pagi – Dipindahkan ke khemah Assesment Covid. Untuk saringan Covid-19 dekat situ ditempatkan selama 2 hari sementara menanti keputusan Covid-19. Dekat bawah khemah tu tiada satu pelawat dibenarkan melainkan hanya pesakit dan staff di pakai baju PPE sahaja. Suami hanya mampu melihat dari luar sahaja. Kebetulan abah dan mama dalam perjalanan ke Kuala Lumpur setelah suami maklum Cikza dimasukkan ke PPUKM. Terutama mama sampai tak senang duduk dibuatnya. Kesian jauh mereka datang dari Muar. Secara kebetulan mama ada temujanji di 2 hospital berbeza. Bolehlah dia datang awal.
- Jam 8.30 Pagi – Pagi ni darah diambil, beberapa jenis ubat wajib di telan. Dan 2 kali puff becotide setiap pagi. Methylpred diberi dos yang pertama. Sebab itu perancangan medikal Doctor dan Doctor pakar rheumatoid sendiri. Branula di tukar ganti sebab yang dipasang semalam menyebabkan bengkak dan leaking. Cuma mampu tahan sakit lah.
- Jam 7.00 malam – Dihantar terus ke wad pemerhatian bawah seliaan kecemasan. Selepas result Covid menunjukkan negatif. Awal juga result kalini keluar. Mungkin tak nak diletakkan lama-lama dalam cubicle Covid Asessment ni.
01 -6 April 2021 Bersambung Treatment Di Wad Medikal 6H PPUKM
- 7.30 Malam 11.00 Malam (01-03 April 2021)– Dihantar terus ke wad medikal 6H PPUKM. Treatment bersambung dengan metaphylpred dos kedua. Penampakkan rashes di tapak tangan dan badan mula kelihatan makin terang. Naik bertompok jadi teruk. Sampai jadi tergaru. Mata jangan kata masih tak boleh lelap kerana ratap nasib badan. Banyak tugasan yang ditinggalkan.
- Sendi di badan terutama point utama sakit, mujur dapat wad bilik pengasingan senang nak ke toilet dekat hanya pegang pintu-pintu sahaja. Rashes makin naik sepanjang beberapa harini. Tapi kerap membuang air kecil. Sebab flush iv ubat antibiotik dan meaphyrlpred. Iv yang paling sakit adalah ubat antibiotik. Sebab kepekatan ubat tu. Yang lain iv drip campur air garam.
- 8.30 Malam (04-06 April 2021) – Malam tu bermula Cyclo dos pertama tinggi. Selepas 4 jam badan makin terasa membengkak. Tapi mungkin biasa-biasa
- 7.30 pagi (04-06 April 2021)- disusuli dengan bengkak mata, rashes naik satu badan termasuk di kaki, tapak kaki. Sendi makin teruk sakit. Bibir allergik besar. Lidah jadi pecah dan membengkak. Seluruh badan rasa sengal dan point sendi semakin sakit.
- Pemantauan doktor sangat diperlukan. Setiap 2 jam doktor pakar yang rawat datang untuk melihat keadaan. Bengkak tu agak parah nak surut. Sendi makin teruk lepas ambil ubat tu. Maka bertabah. Berapa kali je asyik call suami suruh datang sebab tak tahan sakit. Nak pergi toilet pun sakit sendi bila nak bangun.
- 6.30 Petang (04 – 05 April 2021) – Dipindahkan katil ke bahagian depan mudah untuk pemantauan. Lepastu bengkak semakin surut. Sendi mula back to normal. Cuma belum sepenuhnya. Tapi cuba buat senaman bagi regangkan kaki dan sendi-sendi agar bekerja sepenuhnya.
- 7.30 Pagi (06 April 2021) – Rasa dup dup hati sebab nak minta discaj, badan sakit baring di katil hospital ni. Sebab tu ramai yang kata duduk lama-lama di hospital bukan makin surut makin sakit sebab persekitaran keadaan.
- 2.30 Petang (06 April 2021) Doktor Decide Untuk Discaj tapi Kalau sakit lagi kena datang kecemasan untuk dapatkan rawatan segera. Katanya SLE ni tengah Flare bila-bila masa sahaja. Jadi bila-bila masa sahaja kena bersiap sedia. Walau sendi ada rasa sikit-sikit lagi denyut tapi nak rehat atas katil sendiri tu yang penting.
Nanti ada sambungan part 2 pula tau. Waktu ni Cikza admit untuk kali ke dua 3 minggu selepas Discaj dari Wad 6H lagi besar dugaan ketika waktu bulan puasa. Lagi pula tak sangka makin worst. Rasa macam sekarang ni hidup bergantung pada ubat-ubat sahaja. Ramai yang belum tahu apa itu SLE. Cikza akan berkongsi perjalanan Cikza sebagai pesakit lupus. Harap korang tak jemu. Cuma nak minta sokongan padu dari korang yang membaca entri Cikza ni ya.
[…] baru-baru ni Cikza dah keluar masuk wad hampir 2 kali dalam bulan yang berhampir sama disebabkan SLE Acute Flare Sebelum Ramadhan dan SLE Acute Flare Dalam Bulan Ramadhan. Ujian berat tu, Lepas dari alahan teruk disebabkan ubat […]