SERVIS PANTAS KEDAI CERMIN MATA MURAH DUO OPTICAL KL | Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih kepada pembaca semua yang sudi setia menjengah blog Cikza yang tak seberapa ni. Kalau yang suka baca perkongsian Cikza pasti ingat, suatu ketika dahulu diriku pernah buat perkongsian mengenai Kedai Cermin Mata Murah Siap 30 Minit di sekitar Kuala Lumpur.
Perkongsian harini adalah sekali lagi, Cikza ke Kedai Tersebut. Tapi kalini ajak suami sekali maklumlah, dia nak tatap muka kita 24 jam, lepasni nak suruh dia pilih sendiri design bingkai yang dia suka. Sampai je di kedai, terus disapa adik Rasman yang pernah memberi khidmat nasihat pasal cermin mata diriku suatu ketika dulu. Dan yang paling diriku terkejut, beliau masih ingat lagi design yang paling diriku suka. Bagus betul memang sangat cekap Rasman yang merupakan staff Duo Optical.
Sesi Pemilihan Bingkai Cermin Mata Pun Bermula
Kalini Cikza minta suami yang buat pilihan sementara Cikza nak memulakan beberapa ujian untuk dapat kanta yang sebenar. Jika dahulu Cikza memilih Multicoated yang ikut harga asal sekitar RM 150 – RM 200. Tapi kalini Cikza memilih kanta jenis Blue Ray yang harga asalnya sekitar RM180 – RM250 juga, Tapi serius di Duo Optical lagi murah Cikza dapat harga untuk kanta tersebut. Kedai tersebut hanyalah kedai biasa dan tidak popular atau viral, tapi cukuplah servis yang bagus dan mesra pelanggan harga setanding dan sangat murah dari kedai yang ada.
Disebabkan silau dan power naik lagi termasuklah Cikza pula seorang Lifestyle Blogger yang sentiasa hadap komputer, beliau mencadangkan untuk mengguna kanta Blue Ray, Silau lampu takkan tembus waktu malam jadi mudah untuk pemanduan Cikza waktu malam. Termasuk cahaya dari laptop dan komputer. Yang bagusnya Rasman ni, dia tanya budget kita yang ada. Jadi mudah lah untuk ke langkah seterusnya. Sebab tu Cikza berani gelarkan Duo Optical Kedai Cermin Mata Murah Dan Servis Pantas.
Servis Cekap Dan Cermin Mata Siap Dalam Masa 30 Minit Sangat Pantas
Kali kedua diriku ke Duo Optical, ternyata servis masih kekal pantas dan cekap. Ini bukan bual kosong tapi memang betul. Sepanjang 30 minit menanti cermin mata siap, Cikza dapat penerangan terperinci berkaitan setiap kanta yang di pamerkan. Dan perkongsian kejayaan beliau mengenai Duo Optical tersebut. Setiap kanta mempunyai pelbagai keistimewaan tersendiri, asalkan ada budget yang diperlukan semuanya dapat.
Tapi kalau tunggu sedikit masa lagi, katanya akan sampai design baru dan juga stok baru bingkai cermin mata. Cikza sebenarnya cerewet sedikit cuma keutamaan Cikza dalam mencari sesuatu adalah kecekapan, dan bagaimana kita di layan sebagai pelanggan itu yang paling utama, jadi keluar belanja berlebih pun terasa berbaloi.
Servis Pantas Kedai Cermin Mata Murah Duo Optical Kuala Lumpur
Servis Pantas Kedai Cermin Mata Murah Duo Optical Kuala Lumpur betul-betul menepati citarasa Cikza, dengan staff yang sangat friendly. Akhirnya Cikza dapat design bingkai yang suami suka. Nampak simple dan kena jaga betul-betul. Bukan apa, kena hargai pemberian seseorang. Bingkai yang suami Cikza pilih ni, nampak trendy, dan buat Cikza kembali ke zaman sekolah.
Masa Cikza sampai dekat Duo Optical tu, ada beberapa pelanggan yang datang hasil dari carian blog Cikza sendiri, even Rasman pun mengiyakan kebanyakkan dari pelanggan yang datang semuanya dari pembaca blog Cikza berkaitan perkongsian jujur mengenai kecekapan dan mesra pelanggannya kedai Cermin Mata Murah Siap 30 Minit Di Sg Wang Plaza. Dan kali kedua datang lai, jujurnya memang tidak mengecewakan. Dan kali ketiga akan kesana lagi, kalini bawa mama pula.
Buat korang yang nak mencari kedai cermin mata murah tu, jangan lupa dapatkan di :
DUO OPTICAL SDN BHD
Berhadapan dengan Famous Amous
Ground Floor, Sungei Wang Plaza, Jln Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur