RUMAH KEREPEK BANTING SEMEMANGNYA SYURGA PENGGEMAR KEREPEK | Assalammualaikum semua, rasa makin bersemangat pula nak cerita dengan korang semua. Sebelum tu, harini terlalu busy selesaikan urusan yang melibatkan kesihatan. Tapi takpe, kalau selalu duduk rumah pun boleh jadi stress dan tertekan, jadi bila dapat keluar pergi hospital tu adalah satu terapi minda.
Pasti ramai yang tengah kelam kabut untuk menyediakan keperluan aidilfitri yang tak lama lagi bakal menjelma, di tambah pula dengan dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakkan sebab ada beberapa daerah yang tidak dapat bergerak kesana dan kesini. Bagi penggemar kerepek anda tak perlu nak bersusah payah nak ke banting sepang sebagainya. Rupanya semuanya ada di Bandar Baru Bangi sahaja.
RUMAH KEREPEK BANTING SYURGA PENGGEMAR KEREPEK
Jika dahulu, sebut sahaja kerepek ramai yang akan mencari port-port menjual kerepek yang boleh di borong, terkadang ada yang sampai Air Hitam, Johor dan satu lagi lokasi adalah di Banting, Selangor. Khabarnya kebanyakkan pemborong akan borong untuk berniaga di sana. Harini setelah selesai urusan di hospital, terus mama ajak abah ke Rumah Kerepek Banting, mulanya Cikza ingat perlu sampai rentas ke Banting ke semata-mata nak dapatkan kerepek tu. Rupanya dekat sahaja tak perlu rentas daerah pun.
Cawangan Bandar Baru Bangi yang terletak 10km dari Pekan Bandar Kajang rasanya dah cukup dekat. Tapi kalau nak kepastian boleh cari Stesen Komuter UKM, kedai tersebut berhampiran dengan sebelum simpang ke stesen tersebut. Bagi mereka yang dah bermastautin di Kajang dan Bangi memang tau lah lokasi kedai tersebut dekat mana.
BETUL-BETUL SYURGA KEREPEK SAMPAI RASA LUPA DIRI TAK MENANG TANGAN
Sampai dekat Rumah Kerepek Banting, rasa memang seakan dalam syurga kerepek, pusing kiri dan kanan semuanya kerepek. Didatangkan terus dari Banting. Macam-macam jenis kerepek ada tau. Yang Ubi ada, pisang tanduk pun ada, yang kekacang pun ada. Senang cerita apa yang anda mahukan semuanya ada disitu.
Macam biasalah mama dan abah lupa diri, sampai tangan penuh dengan kerepek katanya rambang mata sampai tak tahu nak mula ambil kerepek dari mana. Bagi mereka yang ingin memborong untuk jualan sangat di alu-alukan. Memang dalam perancangan nak jual kerepek tapi disebabkan kondisi kesihatan terpaksa lah Cikza lupa diri.
Kalau dulu, nak cari kerepek mesti kena rentas sampai ke Banting, teringat lagi masa zaman muda kala, Kalau masuk sahaja bulan ramadhan mama dan abah pening nak cari kerepek sahaja. Sampai sanggup ke Banting semata-mata nak dapatkan kerepek. Bagusnya abah ni suka melayan mama.
RUMAH KEREPEK BANTING DI BANGI MACAM-MACAM ADA
Kata orang, Macam-Macam ada itu lah yang digambarkan, sudahnya tak perlu berhabis minyak kereta nak merentas sampai Banting semuanya dah cukup sempurna dekat Cawangan Bandar baru Bangi ni. Harga pun lebih kurang sama sahaja. Kalau nak di bandingkan dengan kos pengangkutan, minyak dan tol sebagainya. Jadi inilah betul-betul syurga Rumah Kerepek Banting sebenarnya, sebab semuanya didatangkan dari Banting, Selangor.
Nak bagitahu, bukan setakat Kerepek sahaja tau, korang kena cuba beli Bahulu dekat situ, fresh from oven tau. CIkza dah beli dan rasa sendiri, memang sedap. Kebetulan itu kegemaran abah. Jadi untuk moreh tadi CIkza ambil bahulu cicah dengan air teh o panas memang padu sampai tak terkata di buatnya.
CARA
LOKASI RUMAH KEREPEK BANTING (CAWANGAN BANGI-SG TANGKAS)
Hanya 10 minit sahaja dari pekan Kajang, dan 10km dari Pekan Kajang. Anda boleh menggunakan Waze sahaja untuk mencari lokasi tersebut. Terletak dekat SG Tangkas Bangi, rasanya dah cukup senang aksese ke sana sebab kedainya pun dari jalan uatam boleh kelihatan. Cikza tak puas tengok kerepek-kerepek tadi rasa nak borong semuanya tau. Mudahnya mereka yang duduk di kawasan Bangi semuanya dah ada. Anda hanya perlu mencari sahaja.
RUMAH KEREPEK BANTING (Bahulu Panas Bangi)
taman industri, No 8,jalan ST/1 Batu 18, Jalan Kampung Sg Tangkas, Kampung Sungai Tangkas, 43000 Kajang, Selangor
Facebook Rumah Kerepek Banting
No Telefon : 017-3093212 ( AIDAH ) | 016-9129241 (DIN)