RESEPI

RESEPI RENDANG UDANG GALAH SEDAP PILIHAN KELUARGA

RESEPI RENDANG UDANG GALAH SEDAP PILIHAN KELUARGA | Rasanya tak lama lagi raya bakal menjelma. Pasti sekarang ramai yang tengah scroll majalah dan Facebook sebab nak mencari Resepi Juadah Raya. Raya di mana-mana pun tak kisah asalkan juadah ada di depan mata walau simple.

Melalui perkongsian kalini, Cikza nak ketengahkan resepi berasaskan rendang. Kebiasaan rendang kita akan jumpa pelbagai dari juadah daging dan ayam. Jarang kita perlihat seafood untuk dijadikan rendang. Sebenarnya ini adalah rendang kegemaran suami Cikza. Maklumlah walau tak sama dengan air tangan mak mertua tapi dapat sediakan seakan yang beliau nak pun dah syukur.

UDANG GALAH RM1 FRESH DARI NOR LIZA

Sebenarnya udang galah ni Cikza dapatkan fresh dari adik NorLiza yang Viral udang galah online sekitar Ampang. Udang galah yang diberi tu sangat fresh dan segar. Cikza terlalu berpuas hati. Sampai order 50 ekor untuk juadah hari raya nanti. Agaknya keberuntungan siapa yang beraya rumah Cikza nanti. Raya setahun sekali tapi boleh buat berkali-kali. Jom kita tengok apa bahan-bahannya. Lain orang lain caranya.

RESEPI RENDANG UDANG GALAH SEDAP PILIHAN KELUARGA 

Bahan – Bahan Utama : 

  • 40 ekor udang galah (Dicuci Dan Digoreng Separuh Masak, gaul bersama serbuk kunyit dan garam)

Bahan-Bahan Kisar : 

  • 4 Biji Bawang Besar
  • 5 Biji Bawang Putih
  • 3 Batang Serai
  • 1/2 inci lengkuas ( Ikut Suka Nak Lebih Pun Boleh)
  • 3 Sudu Cili Boh
  • 10 batang cabai burung merah
  • 25 batang cabai burung hijau
  • 1inci Kunyit Hidup

Bahan-Bahan Sampingan : 

  • 1 ½ Santan Kotak Pekat
  • 1 cawan Santan Cair
  • 1 Blok Gula Melaka
  • Garam Secukup Rasa
  • Sedap Rasa Maggi
  • 3 sudu besar kerisik (lebih pun sedap)
  • Daun kunyit di racik halus / Serai / Daun Limau (option mana yang lebih anda suka)
  • Minyak Masak

CARA PENYEDIAAN :

  • Udang Galah perlu di goreng separuh masak sampai habis. Bukan apa nanti udang tak lah cepat melekat antara dengan kulit udang nanti. Tapi haritu Cikza goreng garing.
  • Minyak udang jangan dibuang, tumiskan kesemua bahan kisar sampai naik bau lepastu tutup api dapur. Satukan semua bahan samping kecuali daun kunyit diracik halus.
  • Biarkan sampai hampir kering, bila nampak dah separuh kering baru masukkan udang galah yang telah digoreng tadi. Kalau rasa kurang minyak tambahkan sedikit demi sedikit tau. Kenapa Cikza letak gula melaka berbanding gula biasa. Sebab rahsianya nak nampak rendang makin berkilat.
  • Jangan lupa kacau udang tu nanti hangus. Tak dapat merasa. Ada yang suka berkuah dan ada yang suka kering-kering terpulang pada anda semua. Dah tutup api gas baru lah tabur daun pilihan korang. Tapi kalau guna serai boleh goreng serai dilu dengan bahan tumisan. Tapi suami suka kering. Habis jugalah sampai suruh buat lagi pagi raya nanti.

Semoga perkongsian ni bermanfaat dan berguna buat semua mereka yang tengah bersengkang mata cari susunan juadah di pagi raya nanti.

 127 total views,  1 views today

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge