LOCKDOWN? PKP? JOM BELI BARANG GROCERY SECARA ONLINE

LOCKDOWN? PKP? JOM BELI BARANG GROCERY SECARA ONLINE | Assalammualaikum dan salam sejahtera. Perkongsian harini mungkin sedikit sebanyak membantu anda sepanjang pandemik Covid-19. Semalam Majlis Keselamatan Negara dan pengumuman dari Pejabat Perdana Menteri yang bermula 1 June 2021 mengumumkan untuk mengenakan Lockdown Fasa Pertama. sehingga 14 June 2021. Justeru itu, rasanya anda tak perlu gusar dan risau, Jika dilihat sektor ekonomi peruncitan masih lagi beroperasi seperti biasa.

TAK PERLU PANIC BUYING SEMUANYA DIHUJUNG JARI SAHAJA

Lockdown? Tak perlu panic buying sekalipun. Jangan risau, insha allah bekalan makanan dan barang basah tidak akan terputus. Tak perlu nak beratur panjang, semenjak kes Covid-19 telah meningkat, adalah lebih baik buat pembelian secara online. Disini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu korang yang ingin membuat pembelian secara online, hanya di hujung jari sahaja. Walaupun harganya mungkin tak sama dengan harga pasaran, tapi sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk Self Lockdown sendiri.

  • Lulu Hypermarket 

Lulu Hypermarket turut menyediakan perkhidmatan Delivery melalui dua cara, samada terus melalui website atau melalui Foodpanda. Cawangan hanya ada di tiga negeri sahaja seperti Kuala Lumpur , Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor. Sebelum membuat tempahan wajar untuk korang membuat semakan poskod terlebih dahulu. — > Semakan Kawasan Penghantaran

  • Village Grocer – Bites Shopping Groceries

Ini tempat Farvourite Cikza, kalau nak jimat Cikza suka sangat shoping di Village Grocer sebab sebelah pejabat, Fresh sayuran dah siap timbang, korang boleh pilih sahaja harga paling murah. Kalau pergi time dah nak dekat close yang bestnya semua harga ikan boleh jadi 50%. Kalau tengah diet, wajib beli buah potong yang disediakan memang best, rambang mata dibuatnya. Cuma waktu PKP ni semuanya dihujung jari. Jangan lupa semak lokasi penghantaran anda dan Operating Hours —-> Semak Lokasi Penghantaran Dan Operating Hours

  • Aeon Fresh 

Aeon Supermarket pasti ramai yang tahu, asalnya adalah Jaya Jusco. Turut menyediakan perkhidmatan online Groceries untuk mereka yang memerlukan, seperti di Village Grocer, Aeon Fresh ni sama seperti VG turut menyediakan pelbagai sayuran fresh dan buah-buahan yang menarik. Ikan segar turut disediakan yang pasti semuanya boleh dilakukan di hujung jari sahaja. — > Jom Membeli Aeon Fresh 

  • Tesco Online 

Kebiasaan kita akan lihat Tesco merupakan pilihan utama rakyat Malaysia untuk membeli barang dapur, mungkin disebabkan harga yang sangat murah dan berbaloi. Masa PKP dan Lockdown seharusnya mengambil langkah untuk berbelanja secara dalam talian kerana itu salah satu untuk memutuskan rantaian Covid-19. Cikza kalau di Tesco suka sangat shopping barang basah ada asa kalau promosi, harga udang basah sahaja tak sampai RM20 sekilo. dan beras paling mahal boleh jadi separuh harga. Jimat. —> Jom Membeli di Tesco Atau Lotus Store

  • Omma Foody – Pasar Basah Online 

Omma Foody ni, pertama kali Cikza dengar. Pertama kali Cikza tengok laman sesawang ni semua barangan basah mengikut harga kemampuan kita sendiri. Mempunya variasi pelbagai pilihan antaranya barang basah, buah-buahan pes masakan dan yang tak disangka makanan pantang ibu bersalin pun ada. Turut disediakan pelbagai pakej jimat bermula dari RM45.00 sahaja. Selanjutnya boleh terus ke laman untuk keterangan lanjut. —> Jom Beli Belah Di Omma Foody 

  • Online Pasar Basah 

Online Pasar, platform baru beroperasi. Menyediakan pelbagai pilihan variasi makanan termasuk barangan basah. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan, korang boleh pilih tarikh dan waktu delivery yang sangat bersesuaian dengan masa korang. Tak perlu risau, apa yang korang mahukan semuanya ada dalam ni. Harga pun murah dan laman sangat friendly dengan pengguna. Tiada alasan untuk beli belah di hujung jari— > Jom Beli Barang Basah Online Pasar 

TIADA ALASAN UNTUK KATAKAN TIDAK UNTUK MEMBELI BARANGAN SECARA ONLINE, TAK PERLU PANIC BUYING

Ini yang setakat apa yang Cikza tahu. Jangan risau, Cikza akan update dari masa ke semasa laman sesawang untuk memudahkan mereka ingin membuat pembelian grocery secara online. Jadi bila fikir, buat apa nak Panic Buying, semuanya boleh dilakukan di hujung jari. Bagi yang tidak kemampuan, seharusnya mereka yang disekeliling tu perlu ambil tahu jiran masing-masing ana tahu, mereka ada dikalangan yang telah uzur dan amat memerlukan bantuan kita untuk membeli barang dapur. Sambil pekena kopi pun boleh beli belah secara online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge