KARABUM HQ JADI PILIHAN DIGAYAKAN PAGI RAYA DAN KE PEJABAT

KARABUM HQ MENJADI PILIHAN DIGAYAKAN PADA PAGI RAYA ATAU PEJABAT | Ramai yang masih tercari-cari baju raya yang sesuai dan sedondon dengan famili. Rasanya pandemik Covid-19 semuanya boleh dilakukan di hujung jari. Berbalik dengan senarai pilihan. Untuk harini Cikza nak ketengahkan salah satu jenama pilihan Cikza suka. Karabum Hq. Pasti ramai yang mengenali jenama Karabum ni.

Jangan terkeliru, karabum ni mempunyai 2 saiz yang berbeza. Bagi Karabum Hq yang Cikza pilih ni, paling last saiz yang ada ni adalah 2XL. Mujur badan masih boleh masuk saiz tersebut. Suami Cikza pernah puji ada satu prealoved Karabum Hq katanya lawa sangat.

KARABUM HQ LE VISA DE CUBA MENEPATI CITA RASA CIKZA UNTUK TAMPAK LEBIH YAKIN

Sejujurnya Cikza jarang beli baju. Sebab sejenis ala kadar pakai apa yang ada depan mata. Bukan apa selagi baju tersebut masih elok apa salahnya elak pembaziran. Cikza pernah jatuh cinta dengan satu design karabum yang Cikza betul-betul nak. Sampai kena tunggu sale baru dapat harga murah.

Karabum yang Cikza pilih adalah Le Visa De Cuba. Warna corak unggu kerana itulah pertama kali Cikza memilih Corak berkotak warna purple. Kebiasaan Cikza akan memakai plain sahaja. Sebab nak nampak kurus katakan.

KENAPA CIKZA SUKA PILIHAN LE VISA DE CUBA UNTUK PAGI LEBARAN 

1. Baju Kurung Unik Yang Ada Tie

 

Baju kalini nampak kelainan sedikit, bukan apa dalam tu uniknya ada disediakan Tie. Boleh digayakan mengikut kesesuaian yang kita rasa berkenan. Macam Cikza lebih suka simple dan buat ala bentuk riben.

2. Diperbuat dari Cotton Premium

Biasalah kalau namanya premium dah tentu harga dan material kain tersebut mahal dari biasa. Cumanya materialkain ni sejuk dan serap peluh tau. Rugi kalau tak sambar satu. Corak pun up to date. Yapi kecewanya lekas sangat habis stock.

3. Wudhuk Friendly Untuk Muslimah

 

Jangan fikir kalau wudhuk friendly tu dikatakan kalis neraka. Yang dimaksudkan baju ni tersedia zip kecil untuk memufahkan Cikza mengambil air sembahyang. Lagi pula kalu tiada zip nak tarik lengan baju payah sedikit. Baju boleh jadi kembang dekat satu tempat sahaja.

4. Karabum Turut Tersedia Bagi Mereka Pluss Size

Ramai yang pluss size tapi sukar mencati baju. Di Karabum ni. Semua saiz diperlukan ada terutama bagi mereka yang berbadan besar ni rasanya lebih kepada 6XL saiz yang disediakan tau. Tak perlulah nak pening-pening lagi nak mencari baju bersaiz besar. Semuanya ada di karabum plussize.

TERINGIN NAK SAMBAR SATU DESIGN LAGI TAPI DAH SOLD OUT

Sedang scroll Cikza terpandang HQ buat sale. Saja lah nak cuba nasib kalau dapat sehelai dua design yang diperlukan tu. Namun semuanya sia-sia tak sampai sehati dah sold out. Kalini sebab nak suai padan dengan tudung fareha yang baru Cikza beli tu.

Tunggulah kalau mereka ada restock baju baru design baru Cikza nak jadi orang pertama membelinya. Sebab baju ni Suami suruh pakai sedondon purple di pagi raya. Katanya nak sama tema dengan puan isteri. Kena cati fareha lagi ni sebab nak dondon dengan baju.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge