DIY GIFT IDEA MENARIK UNTUK YANG TERSAYANG

DIY GIFT IDEA MENARIK UNTUK YANG TERSAYANG | Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera, Terima kasih sebab sudi menjengah teratak blog Cikza yang biashe-biashe ni. Pasti ramai yang buntu terutama mak-mak kebiasaan masuk sahaja bulan yang melibatkan hari istimewa, pening memikir nak mencari idea atau gift yang sesuai untuk pasangan mahupun anak-anak. Kadang tu dapat mak yang jenis tidak kreatif habis jadi apa gift tu agaknya.

Macam Cikza, sekarang ni pening nak mencari idea Gift untuk suami, maklumlah lagi beberapa hari Anniversary 4 tahun dah rupanya diriku nikah sama si montel tu. Tapi bersyukur dia tidak cerewet seperti orang lain. Malah amat berterima kasih kepada beliau sebab sudi terima diriku seadanya. Rupanya tak perlu nak ke kedai untuk buat suprise pun. Membazir minyak kenderaan sahaja, sekarang bukan dulu lagi. Bila Perintah Kawalan Pergerakkan memang payah nak bergerak.

 SEMUANYA DI HUJUNG JARI, TAK PERLU NAK RENTAS NEGERI PUN 

Tengah scroll dekat facebook tiba-tiba teringat suatu ketika dahulu, diriku pernah suprisekan suami Hadiah Anniversary Tahun Pertama dengan bantal bucuk gambo baru kahwin. Waktu tu manis semuanya tu. Orang kata kentut masih wangi lagi. Sekarang masuk tahun 4 kalau kentut boleh bergaduh dari depan sampai ke dapur. Yess! baru teringat yang Printcious Malaysia Gift buat servis DIY Idea Gift Menarik Untuk Yang Tersayang kalau repeat lagi pun menarik sebab semuanya mudah di hujung jari.

Seperti biasa diriku menjadi rambang mata tidak tentu arah sebab tengok bermacam-macam gift yang ada dalam ni yang sesuai untuk dijadikan hadiah yang tersayang. Antaranya mug, baju, bantal, apron dan lain-lain tau yang menarik. Dengan Printcious Malaysia Gift tak perlu susah nak pening buat pilihan. Anda ada dua cara samada pilih design yang sedia ada atau, boleh juga DIY Idea mengikut kreativiti sendiri.

PRINTCIOUS MALAYSIA GIFT MEMBERI MOMENT INDAH DARI SI PEMBERI 

Daku masih teringat, waktu hadiahkan bantal cushion sempena Anniversary hasil dari DIY CUSHION IDEA PRECIOUS GIFT beberapa tahun lalu, nampak jelas keceriaan terpancar dekat mata suami. Kalau nak tahu, sebenarnya every gift yang kita beri atau DIY untuk yang tersayang memberi 1001 kebahagian dalam hati yang kita boleh lihat. Suami Cikza ni agak pemalu sedikit dan susah nak romantik. Daku pula jenis yang levely and suka buat suprise even beli coklat cadbury pun letak riben khusus untuk beliau tau. Percayalah jika korang kekalkan moment ni sampai bila-bila itulah salah satu rahsia rumahtangga bahagia.

Jadi jangan baca tapi tidak bertindak, korang boleh tengok apa yang menarik dekat Printcious Malaysia Gift ni pun boleh jadi rambang mata, jadi tak salah lah kan kalau Cikza nak kongsi dengan korang pasal Printcious Malaysia Gift ni kan. Bukan apa macam-macam ada disamping mudah dan menjimatkan masa. Apa yang korang nak semuanya ada. Nak idea unik pun boleh korang lakarkan dalam tu.

KEJUTAN APA UNTUK SUAMI SEMPENA ANNIVERSARY DARI PRINTCIOUS MALAYSIA 

Ramai nak tahu, hadiah apa yang sesuai untuk suami tersayang, kena tuggulah. Tak aci lah kalau beritahu awal. Sebab takut suami montel kita nanti sekodeng blog sebab nak tengok apa suprise kita buatkan untuk beliau. Kadang nilai pemberian tu tak ternilai harganya kalau dibandingkan dengan keikhlasan betul tak. Tapi dulu tak payah nak pening-pening. Sekarang semua apa yang Cikza nak ada dalam laman Printcious Malaysia    Gift semuanya ada dekat situ tak perlu pening-pening, makin rambang mata lagi dibuatnya ada lah.

Kalini Cikza nak cipta hadiah kelainan sedikit, bu kan apa kalau cushion lagi dah selalu, kalini idea nak beri satu hadiah peghargaan pula. Rasanya kalau kita buat kelainan agaknya harap=harap dia suka dan terima lah. Sebab sejujurnya daku bukanlah kreatif mana pun kalau  nak dibandingkan sebenarnya dengan beliau. Jadi korang kena tunggu next posting baru tahu, apa kelainan yang Cikza buat untuk suami sempena Anniversary yang ke 4 tahun ni. Korang yang macam Cikza nak buat suprise untuk pasangan pun boleh lah fikir nak beli apa.

Untuk Keterangan Lanjut 

Facebook Printcious | Website Printcious | Instagram Printcious | Youtube Printcious

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge